Memaparkan catatan dengan label informasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label informasi. Papar semua catatan

Selasa, 23 Disember 2014

11 Sebab Perempuan Suka Membebel





Pernahkah anda menghadapi situasi wanita, kekasih, isteri, kawan perempuan membebel pada anda? Mungkin pernah atau pun belum lagi dibebel. Adakah membebel itu memang sifat wajib yang ada pada wanita?

Bagi lelaki yang tahan dengan bebelan mereka pasti tiada masalah untuk mengharunginya. Namun bagaimana pula dengan lelaki yang “pantang” dibebel? Pasti panas telinga mendengar.

Kadangkala kita bertanya “kenapalah awak ni suka sangat membebel?” kan? Atau juga kita berkata “Awak ni tak habis-habis nak membebel la” Sambil menyumpah #^@&&. Situasi lebih buruk jika bila wanita membebel lelaki pun ikut sama membebel. Pasti huru hara kan?

Adakah kita pernah tanya kepada mereka kenapa mereka suka sangat membebel? Bagi yang belum pernah tanya dan tak mahu bertanya atau mahu tahu apa sebab mereka suka sangat membebel siang dan malam tak kira pada kita, pada anak atau pada jiran (tu pun kalau terlebih advance bab membebel ni).
Jom Baca!! 11 Sebab Perempuan Suka Membebel

11 sebab kenapa perempuan kuat membebel yang perlu anda tahu adalah seperti dibawah.
Sifat semulajadi – Memang sifat perempuan suka bercakap. Tak kira apa yang dia cakap tetapi mereka memang suka bercakap. Sama ada mengumpat, mengutuk atau bergosip memang sinonim dengan kaum hawa.


Tugas rutin – Dalam rumahtangga perempuan yang lebih banyak menjadi pengurus rumahtangga. Walaupun mereka lebih dianggap “Menteri Kewangan” tetapi sebenarnya mereka lebih banyak bertindak sebagai “hakim” kepada pasangan, kawan, suami dan anak-anak. Ada saja yang tidak kena, habis riuh rendahlah.

Meluahkan perasaan – Banyak perempuan lebih suka membebel daripada menggunakan kekerasan fizikal kepada orang dibebelnya. Mereka tidak punya kekuatan yang cukup untuk menggunakan fizikal tetapi mereka mempunyai mulut yang hebat.

Tanda protes – Kalau nak protes di jalan-jalan pasti orang anggap demonstrasi atau lebih teruk lagi orang akan panggil gila. Jadi kita akan menjadi tempat bebelannya walaupun atas perkara yang sangat kecil.

Terlalu sayang – Kadangkala perempuan lebih risau akan keselamatan orang sekelilingnya dan juga mereka lebih takut sekiranya berlakunya kejadian yang tidak diingini orang yang rapat dengannya. Bukan perempuan tidak suka pada apa yang kita buat tetapi mereka terlalu sayang pada kita dan tak mahu kita ditimpa apa-apa kecelakaan.

Petunjuk – Bila mereka membebel pasti ada sesuatu yang tidak disukainya. Maka dengan membebellah mereka memberitahu kita. Jika disalah tafsir pasti malang perempuan itu.

Senaman otot mulut – Jarang sekali kita lihat perempuan diam membisu. Jika diam maka lain lah yang berlaku. Jika mereka kuat sangat membebel ketahuilah bahawa mulut mereka sedang bersenam tanpa perlu membuat rawatan muka.

Amaran – Membebel juga adalah satu amaran kepada lelaki tentang perasaan marah mereka. Jika bebelan mereka tidak dihentikan maka ianya akan berlarutan kepada kepada sesuatu yang lebih buruk.
Mengharap sesuatu – Jika mereka membebel ketika membuat sesuatu kerja, hulurkan bantuan kerana mereka sedang membuat kerja dengan “terpaksa” walaupun mulut mereka berkata sebaliknya. Hulur-hulurkan tangan pasti bebelan mereka akan reda.

Penyelesaian masalah kesunyian – Jika tak ada perempuan maka sunyilah kita. Hanya mereka jenis manusia yang susah untuk berhenti bercakap. Bila mereka tidak membebel pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Menandakan mereka sihat – Perempuan akan membebel lebih banyak jika mereka sihat. Jika mereka sakit pasti mereka tidak akan banyak bercakap. jadi beruntunglah jika dapat perempuan yang kuat membebel sebab itu menunjukkan yang mereka sihat.

Dalam banyak-banyak sebab diatas pasti anda bersetuju dengan pernyataan diatas, atau anda ada sebab lain yang lain daripada yang lain dan mungkin anda seorang saja yang merasainya. Maka kongsilah diruangan komen ya. Jangan malu-malu untuk berkongsi!
 
sumber : jiwakacaudot.blogspot.com

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin




APABILA seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Pelbagai perasaan menakhluki hati sebelum membina masjid.  Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.


Ini antara janji Allah untuk anda yang ingin berkahwin.

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,...

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim)....

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah....

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah...

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita....

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”.... (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim...


Semoga bermanfaat
 
sumber ; cilipanas

Isnin, 22 Disember 2014

Zizan Razak Tampil Beri Komen Isu Berpisah Dengan Emma Maembong

Setelah berita perpisahan dengan Emma Maembong tersebar, Zizan Razak akhirnya tampil memberi kenyataannya tentang gosip ini.

Kata Zizan Razak hubungan mereka baik-baik sahaja dan mereka masih menyayangi Emma Maembong.

Ini tulis Zizan Razak:

Kami disini baik2 sahaja..terima kasih rakyat malaysia yang sentiasa mendoakan yang baik tuk hubungan kami berdua..dan Emma Maembong sentiasa saya cintai u always in my heart

Itulah jawapan Zizan di laman sosial apabila kisah pasangan ini berpisah dan Emma Maembong kini berkasih dengan Kamal Adli.

Emma Maembong juga menggesa jangan mudah percaya dengan gosip yang ditulis oleh Harian Metro tersebut.

Ini kata Emma Maembong:

Jgn dgr gossip2 yg tak betul oke 

Memang berita perpisahan Emma Maembong dan Zizan Razak agak mengejutkan. Baca laporan tentang berita perpisahan mereka di SINI



Menarik!!! Di Antara Isteri dan Ibu Sendiri...



Pada masa ini banyak kegagalan rumahtangga berpunca daripada kegagalan suami mengimbangkan tanggungjawab sebagai seorang anak dan seorang suami. Ada Suami yang menganggap bahawa ketaatan kepada ibu bapa adalah segala-galanya dan segala kehendak mereka dituruti hinggalah menyebabkan isteri terluka dan dipinggirkan dan ada pula yang terlalu sayang kepada isteri sehingga mengenepikan Ibu bapa dan menyebabkan mereka terluka, si anak terjatuh dalam lembah derhaka. Baca kisah yang dikongsikan oleh blogger hisham79.blogspot.com yang boleh dijadikan pengajaran dan panduan kepada mereka yang bakal dan sudah bergelar suami dalam mengimbangi rumah tangga mereka.


“Ustaz nak uji sikit boleh?” tanya Ustaz Wan kepada saya sambil tersenyum.

“Uji apa pula Ustaz?” tanya saya kehairanan. 

“Uji tentang ilmu baitul muslim la, Sham kan tak lama lagi nak menamatkan zaman bujang.” Jelas Ustaz Wan. Masih tersenyum.

“Oh, kena uji-uji pula ye Ustaz, haa, tanyalah, saya ada juga baca buku, insyaallah boleh jawab soalan ustaz punya.” Balas saya dengan penuh keyakinan.

“Jangan yakin sangat.” Celah Ustaz Wan, seakan dapat membaca fikiran saya.

“Ok, Ustaz nak tanya, katalah tiba-tiba berlaku dalam rumahtangga, mak si lelaki minta anaknya untuk ceraikan isterinya, apa tindakan yang lelaki tersebut perlu buat?” Soal Ustaz Wan.

Saya terkejut, tidak sangka soalan begini pula yang dikeluarkannya.

“Ish Ustaz ni, pelik betul soalan, tak ada soalan lain ke.” Saya cuba membantah.

“Jawab soalan Ustaz yang ini dulu.” Arahnya, membuatkan saya menggaru kepala yang tidak gatal.

“Hmm, tak boleh la kot Ustaz kan.” Saya berfikir dan menyerkap jarang. Menjawab dengan logik dan pengalaman yang mentah.

“Kalau Ustaz kata ada dalil dalam hadis yang membolehkan perkara ini berlaku, macamana?”
Saya tersentak.

“Eh, ada dalil, biar betul Ustaz?”

“Ustaz, saya ‘surrender’ lah, tak tahu lah nak jawab soalan begini, kalau tanya rukun nikah tu tahu la saya. Tapi, kenapa Ustaz tanya begini?” Saya menyerah kalah. 

“Baiklah, Ustaz terang dulu kenapa Ustaz tanya.” 

“Ikut pengalaman Ustaz, dan ramai juga kawan-kawan ustaz yang lain, banyak krisis rumahtangga yang berlaku akibat campurtangan ibu bapa dalam rumahtangga.”

“Akhirnya rumahtangga jadi kacau bilau bila suami tidak cukup ilmu, tidak ada pendirian dalam rumahtangga untuk menangani krisis dengan ibu bapa hingga menyebabkan akhirnya banyak perceraian berlaku akibat campurtangan keluarga.”

“Tadi Ustaz kata ada dalil?” saya mencelah. Masih keliru.

“Benar, ada dalil dari hadis tentang pertanyaan sahabat kepada Rasul, ada juga kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, juga ada dalil tentang Saidina Umar dan anaknya yang kesemua kisah ini menceritakan tentang arahan untuk menceraikan isteri.” Terang Ustaz Wan, tanpa memperincikan hadis tersebut.

“Cuma, aplikasi dari kisah-kisah tersebut yang diriwayatkan daripada hadis, tidaklah boleh diaplikasikan terus dalam kehidupan umat Islam tanpa pemahaman yang jelas tentang banyak perkara.”

“Ketaatan kepada kedua ibu bapa memang suatu yang wajib, tapi tidak dalam bermaksiat kepada Allah. Terlalu menurut kehendak ibu bapa sehingga menzalimi isteri adalah jelas suatu perkara yang bercanggah dengan agama.” 

“Nabi tidak pernah mengajar kita begitu kerana baginda adalah yang terbaik terhadap isteri-isteri baginda dan pada masa sama insan yang paling tegas dalam menyuruh anak-anak untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” Jelas Ustaz Wan, membuatkan saya termenung panjang.

Tidak saya sangka bahawa pesanan seorang murabbi 8 tahun yang lalu rupanya adalah realiti kehidupan rumahtangga yang saya lihat hari ini.

Banyak krisis yang berlaku dalam rumahtangga berpunca akibat gagalnya suami mengimbangkan tanggungjawab sebagai seorang anak dan seorang suami.

Ada yang menganggap bahawa ketaatan kepada ibu bapa adalah segala-galanya, sehingga segala kehendak ibu bapa dituruti hingga menyebabkan isteri terluka dan dipinggirkan.

Ada pula yang mengenepikan ibu bapa kerana terlalu sayang kepada isteri. Ibu bapa terluka, si anak terjatuh dalam lembah derhaka.

“Lepas kahwin nanti Sham, kena pandai dan kena kuat emosi dan rasional, kena ada pendirian.” Sambung Ustaz Wan lagi setelah melihat saya terdiam.

“Ustaz bagi contoh, kalau lepas kahwin, ibu suruh kita duduk serumah, hingga menimbulkan kegelisahan isteri sebab terkongkong dari segi aurat dengan ipar dan rasa tak selesa kerana selalu dinilai oleh mertua dalam apa jua tindakan.”

“Banyak kes begini berlaku, hingga menyebabkan isteri hilang sabar dan akhirnya menuntut cerai.”

“Dalam kes begini, suami kena pandai berbincang dan buat pertimbangan. Mungkin tak perlu tinggal serumah pun, hanya memadai dengan ziarah kerana ibu masih sihat dan ada anak-anak lain yang menemani.”

“Lainlah kalau ibu sakit atau ada sebab-sebab dharuri yang memerlukan untuk tinggal sekali.”

“Jangan atas nama ‘Birr Walidain’ (berbuat baik kepada ibu bapa), kita menzalimi dan menyakiti hati isteri.”

“Kena ada pendirian, kena selalu berbincang bila ada masalah.”

“Begitu juga kalau isteri naik kepala. Merajuk tak tentu hala bila di ajak pulang ke kampung untuk menziarahi ibu bapa yang sedang sakit dan memerlukan perhatian. Tak suka untuk berbuat baik kepada ibu bapa suami.”

“Dalam kes begini, suami kena tegas dengan isteri. Kasih kepada isteri tidak harus menyebabkan ibu bapa dilukai hatinya. Jangan atas nama berbuat baik kepada isteri, hak ibu bapa semuanya dilanggar.” Jelas Ustaz Wan lagi.

Saya mengangguk perlahan, dan hari ini saya mengangguk lagi mengingatkan pesanannya.

Banyak kes-kes perceraian yang berlaku akibat campurtangan keluarga. Kisahnya mungkin berbeza, tapi puncanya adalah sama iaitu suami tidak ada ilmu dan tidak ada pendirian dalam rumahtangga.

Gagal mencari imbangan tanggungjawab antara isteri dan ibu sendiri.

Lemah.

Suami adalah ketua dan pemimpin keluarga, 

baik sang suami, baiklah rumahtangga, 

buruk sang suami, hancurlah rumahtangga.


Sumber: hisham79.blogspot.com

SERAM!! 4 Pantai Yang Paling Menyeramkan Di Dunia..

Pantai adalah salah satu lokasi yang paling popular untuk keluarga beriadah selain daripada sungai dan berbagai lagi taman tema air. Namun tidak semua pantai boleh menimbulkan kegembiraan kepada tetamunya kerana ada pantai yang mempunyai suasana yang menyeramkan.
Pantai-pantai ini dikatakan paling berhantu, walaupun keindahan pantai-pantai ini tidak kurang menakjubkan berbanding pantai-pantai yang lain. Namun suasana seram dan banyak kejadian aneh di pantai inilah yang membuatkan orang ramai takut untuk mengunjunginya. Lihat 4 pantai yang paling menyeramkan.
1. Pantai Kaupoa, Hawaii..
Pantai ini dahulunya sebuah lokasi yang popular kepada para pengunjung namun ianya sekarang menjadi tidak terurus dan dikhabarkan berhantu. Pantai ini seringkali terjadi kejadian-kejadian aneh dimana para pengunjung sering terdengar suara-suara kanak-kanak yang menyeramkan.
2. Pantai Dumas, India
Pantai Dumas ini merupakan pantai yang menyeramkan dan terletak 21 KM dari Kota Surat, Gujarat India. Pantai ini menjadi salah satu tempat kremasi mayat sehingga menimbulkan banyak kejadian aneh dan menyeramkan di pantai ini. Ramai pengunjung yang mendengar bisikan-bisikan menyeramkan ketika berjalan di pantai ini. 
3. Pantai Changi, Singapura. 
Pantai Changi ini merupakan salah satu lokasi popular keluarga tempatan beriadah di Singapura. Disebalik suasana yang menyamankan pantai ini pernah menjadi sejarah yang menyeramkan. Pantai Changi pernah menjadi lokasi pembunuhan askar Jepun semasa perang dunia kedua iaitu semasa Sook Ching Massacre. Ribuan orang Cina yang anti askar Jepun dibunuh dan diseksa oleh askar Jepun. Pantai ini pernah dikatakan lokasi yang paling menyeramkan di asia. Sehingga sekarang ramai pengunjung mengatakan terdengar suara-suara jeritan yang misteri.
4. Pantai Moss, California
Pantai Moss terletak di California USA dikatakan antara lokasi yang menyeramkan dengan banyaknya berlaku kejadian aneh dan penampakan lembaga wanita. Ada pengunjung yang menyatakan seringkali diceritakan penampakan wanita berpakaian biru di lokasi tersebut. Menurut cerita tempatan, semasa tahun 1930-an, seorang surirumah yang cantik yang suka berpakaian warna biru menjalinkan hubungan sulit dengan pemain piano dan sering berjumpa secra rahsia di pantai. Apabila suaminya mendapat tahu, dia telah dibunuh di pantai dan rohnya berkeliaran dan menjadi tidak tenteram. 
 

sumber : ejeninfo

GAMBAR GADIS SINGAPURA MABUK DIC@BUL LELAKI RAKUS!!




Seorang pelayar web Stomp, Suganthi, telah diancam dengan menggunakan pengepit kuku selepas berjaya merakamkan aksi dua lelaki yang mengambil kesempatan ke atas seorang wanita.

Kejadian tersebut berlaku di Blok 406 Admiralty Lain sekitar jam 8 malam semalam.

Menurut Suganthi, pakaian wanita itu telah diselak hingga paras pinggangnya dan salah seorang dari lelaki itu memasukkan tangannya ke dalam seluar dalam wanita berkenaan.

Suganthi melaporkan:

"Wanita sedang mabuk dan dua orang lelaki mengambil kesempatan ke atasnya.

"Seluar dalam wanita itu terdedah dan kedua-dua lelaki itu meraba seluruh tubuhnya.

Beliau kemudian cuba mendekati dua lelaki tersebut, tetapi mereka kemudiaanya mula menengking beliau.

Pihak polis kemudiaanya dihubungi. Selepas tiba, rakan wanita tersebut telah dihubungi untuk membawanya pulang. Kemudian pihak polis dilihat bercakap sesuatu kepada dua lelaki tersebut.

Suganthi yang masih berada di tempat kejadian kemudiaanya cuba diserang oleh dua lelaki tersebut dengan pengepit kuku. Pihak polis sekali lagi dipanggil untuk meleraikan keadaan.

Jika Anda Terlihat Pakcik Ini Jual Minyak Wangi,Belilah...


Malam tadi Jumaat 19 Dis 2014 saya mengisi minyak di Stesen Petronas, Taman Matahari Height, Senawang. Nampak kelibat seorang lelaki, bertongkat, membawa beg. Fikiran saya mesti dia menjual sesuatu. Semasa saya mengisi minyak dia teragak-agak hendak menegur saya, saya beri salam dan tegur dia.

Tanya apa yang dia jual. Namanya Othman bin Akop dari Kg Terusan Seberang, Juasseh, Kuala Pilah. Dia mencari rezeki dengan menjual minyak wangi badan dan pewangi kereta. Dia akan datang ke Senawang, menetap 2-3 hari, bermalam menumpang di surau-surau, solat subuh biasanya di Masjid Bandar Baru Senawang. Kemudian dia akan pulang ke Juasseh, di rumah ibunya.


Dia menjadi OKU setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2010. Dia tidak mampu untuk melakukan rawatan atau pembedahan lanjutan kerana masih menunggu permohonan tabung perubatan katanya.

Kepada sahabat-sahabat yang nampak Encik Othman ini menjual minyak wangi, belilah.Semoga pak cik ini dimurahkan rezeki , amin .

SUMBER:- Harakah

MESTI TAHU : 10 Sikap Wanita yang DISUKAI Lelaki.Sekadar Renungan buat kita SEMUA.




Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.






Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.



Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.



Menghargai

Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuatlelaki berasa bangga.




Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??



Pandai berbicara

Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.



Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.




Menghormati Diri Sendiri


Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.



Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

#AWAS~Kaum Hawa Diingatkan Berhati-Hati Ketika Guna Tandas Awam Mungkin Ada CCtv


Mohon kepada warga perempuan agar berhati-hati sewaktu menggunakan tandas awam. Ketika masuk ke dalam tandas, sila periksa di bahagian bawah mangkuk jamban dan di sekeliling tandas.


Sila pastikan tidak terdapat apa-apa yang mencurigakan. Ini adalah satu dari bukti apa yang terjadi pada masa kini. Saya terpaksa memuat naik gambar ini agar anda tahu akan kedudukan kamera tersebut.

P/S : Berita ini baru saja saya terima dari seorang sahabat saya yang terkejut setelah ternampak kamera yang terdapat di bawah mangkuk jamban tersebut. Selalunya apabila kita masuk ke dalam tandas, kita akan rasa geli jika terdapat kotak kecil , kotak rokok, tuala wanita, pembalut tisu dan sebagainya. Namun hakikatnya di dalam itu terdapat sesuatu yang akan memalukan diri sendiri. Mohon agar kita saling mengingati.

Mungkin anda tidak terfikir langsung untuk membersihkan kawasan itu kerana bagi anda ia kelihatan seperti sampah bukan? Tetapi awas! Ia benar-benar telah terjadi. Sila ambil langkah berjaga-jaga ketika berada dalam tandas.

Asal:Taotauajer

Ahad, 21 Disember 2014

TERKINI~Malaysia tunggu pengesahan nasib MH370 daripada Vietnam


SEPANG: Laporan media yang mendakwa pesawat Malaysia Airlines terhempas ke dalam Laut China Selatan kira-kira 120 batu nautika dari Kota Bharu masih belum dapat disahkan.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kesahihan maklumat itu sedang disahkan oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia dengan tentera laut Vietnam.

"Kita sedang tunggu pengesahan dari pihak tentera kita yang sekarang ini sedang menghubungi tentera laut Vietnam untuk mendapat pengesahan," katanya dalam sidang media.

Menurut Hishammuddin, maklumat itu juga tidak disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam dan Wisma Putra.

Sebuah akhbar Vietnam sebelum ini memetik kenyataan Laksama Tentera Laut negara itu yang mengatakan radar tentera mengesan lokasi terakhir penerbangan MH370 itu iaitu di kawasan perairannya sebelum ia dilaporkan hilang.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang mengirimkan kapal lautnya KM Segantang, KM Amanah and KM Langkawi ke kawasan terakhir pesawat Boeing 777-200 itu dikesan oleh radar namun tidak menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan pesawat berkenaan.

Astro AWANI juga difahamkan beberapa syarikat cari gali minyak yang beroperasi di kawasan berdekatan telah menyertai operasi mencari dan menyelamat yang digerakkan oleh pihak berkuasa Malaysia dengan kerjasama Vietnam dan China.

Dalam pada itu, Hishammuddin mengesahkan tidak menerima sebarang maklumat tentang penemuan sebarang bangkai pesawat di kawasan carian.

“Kita juga tidak menerima maklumat tentang pesawat yang dikaitkan dengan bom atau pengganas," katanya, merujuk kepada spekulasi yang tersebar di kalangan orang ramai.

“Walau bagaimanapun, kami sedang meninjau semua kemungkinan,” tambahnya.

Hishammuddin berkata Jabatan Penerbangan Awam akan menjadi pusat untuk mendapatkan maklumat dan sidang media akan diadakan setiap dua jam untuk member maklumat terkini kepada orang ramai.

Penerbangan MH370 itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara di Subang pada 2.40 pagi kira-kira dua jam selepas berlepas. Lebih 12 jam selepas kehilangannya, ia masih belum dapat dikesan.

Pesawat itu membawa 227 penumpang, dua daripadanya bayi dan 12 anak kapal. Ia berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.

Dalam pada itu, penganalisis bebas penerbangan Gerry Soejatman memberitahu AFP operasi mencari dan menyelamat perlu dilakukan dalam masa 24 jam.

"Kita tidak boleh membuat andaian tidak ada yang terselamat, dan sekiranya ada, adalah mustahak untuk menyelamatkan mereka dalam masa sehari atau peluang untuk hidup akan jadi semakin tipis," katanya yang ditemubual di Jakarta oleh agensi berita itu.

Tetapi sebelum itu operasi mencari harus mengenal pasti dengan tepat kawasan terlibat bagi memperkecilkan kawasan carian.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya berkata
pihaknya sudah menghubungi lebih kurang 80 peratus keluarga penumpang dan anak kapal penerbangan MH370.

Beliau juga memberitahu MAS akan menghantar pegawainya ke Beijing untuk memberikan sebarang bantuan yang diperlukan.

Ahmad Jauhari juga berkata kehilangan pesawat itu tidak menjejaskan operasti dan perkhidmatan syarikat penerbangan itu.

Sumber~astroawani

Jumaat, 12 Disember 2014

Lelaki lebih Manja ketika sakit, Demam dan Selsema .betul ke ?


Lelaki biasanya lebih manja dan mahukan perhatian serta simpati apabila demam dan selsema menurut satu kajian.

Kajian pertubuhan kesihatan pengguna The Engage Mutual melaporkan sebanyak 57% lelaki mengharapkan perhatian dan simpati apabila sakit, manakala 2/3 suka merengek dan merungut.

Lelaki juga menganggap selesema biasa sebagai demam dan sedikit pening kepala sebagai migrain. Mereka mahu dilayan seperti seorang anak kecil tetapi pada masa yang sama mahukan si isteri melaksanakan urusan rumah tangga seperti biasa.

Penyelidik percaya keadaan itu terjadi berpunca daripada gen MicroRNAs yang mempunyai hubungan dengan fungsi imun dan dikeluarkan oleh kromosom X.

Wanita lebih upaya menentang komplikasi akibat kecederaan atau jangkitan kerana mereka memiliki dua kromosom X berbanding satu yang dimiliki oleh lelaki.

Pakar perbidanan dan sakit puan berkata suami perlukan isteri untuk menjaga mereka ketika sakit kerana kajian menunjukkan lelaki antara 20 dan 40 tahun jarang bertemu doktor.

Lelaki biasanya takutkan doktor dan apabila sakit sedikit, mereka sangat risau.

sumber : http://sukanstartv.blogspot.com/2014/10/kajian-menunjukkan-lelaki-lebih-manja.html

10 masjid tercantik di dunia



1) Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi

Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi adalah masjid terbesar di dunia terletak di kota suci Makkah dan berada di sekitar Kaabah. Masjid ini merupakan tempat paling suci bagi umat Islam dan sebagai penunjuk arah kiblat. Ketika ini, luas Masjidil Haram ialah 39.6 hektar termasuk ruang solat luar dan dalam. Ketika musim Haji, ia mampu menampung sehingga 4 juta Jemaah.


2) Masjid Nabawi

Masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjidil Haram dan kedua paling suci bagi umat Islam. Salah satu tempat paling penting pada masjid ini adalah Kubah Hijau di mana ia menempatkan makam Nabi
Muhammad SAW.

3) Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis, Palestin

Majid Al-Aqsa bermaksud masjid paling jauh, dan ia merupakan tempat suci bagi kota lama Baitulmaqdis. Bagi umat Islam, masjid ini adalah masjid ketiga paling suci selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

4) Masjid Zahir, Kedah, Malaysia

Dibina pada 1912 dan dibiayai Tunku Mahmud iaitu anak Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Di sini juga terletaknya makam pahlawan Kedah yang maut ketika mempertahankan negeri itu dari Siam pada 1981. Seni binanya diilhamkan dari Masjid Azizi di Langkat, utara Sumatera di Indonesia. Terdapat lima kubah melambangkan rukun Islam.

5) Masjid Sultan Omar Ali Saifudin, Brunei

Masjid Sultan Omar Ali Saifudin, Brunei adalah masjid diraja Kesultanan Brunei terletak di Bandar Seri Begawan. Masjid ini diklasifikasikan sebagai masjid paling hebat di rantau Asia Pasifik dan menjadi
antara tarikan utama pelancong. Bagi masyarakat tempatan, masjid ini adalah mercu tanda negara mereka.

6) Masjid Taj’ul, Bhopal, India

Terletak di Bhopal, India, masjid ini adalah salah satu masjid terbesar di Asia. Pada sebelah petang, ia digunakan sebagai sekolah agama.

7) Masjid Baiturrahman, Banda Aceh, Indonesia

Dahulu, masjid ini adalah masjid Kesultanan Aceh. Apabila Belanda menyerang Banda Aceh pada 1873, masjid ini dibakar dan Belanda membina sebuah masjid baharu sebagai pengganti. Kubah pertama masjid disiapkan pada 27 Disember 1883, dan tiga lagi kubah ditambah pada 1935. Kini, ia dikembangkan kepada lima kubah pada 1959 hingga 1968.

8) Masjid Sultan, Singapura

Terletak di Muscat Street dan North Bridge Road di Kampung Glam Rochor. Sejak ia dibina, masjid ini tidak banyak berubah. Hanya penambahbaikan kecil sahaja dilakukan di ruang utama pada 1960 dan ruang tambahan dibina pada 1993. Pada 14 Mac 1975, ia diiktiraf sebagai monumen kebangsaan.

9) Masjid Faisal, Islamabad, Pakistan

Ia masjid terbesar di selatan timur dan selatan Asia serta keempat terbesar di dunia. Pada 1986 hingga 1993, ia merupakan masjid terbesar di dunia sebelum selesainya pembinaan Masjid Hassan II di Casablanca, Maghribi dan pembesaran Masjidil Haram serta Masjid Nabawi pada 1990-an.


10) Masjid Qol Shariff, Rusia

Ia adalah salah satu masjid terkenal di Rusia. Nama masjid ini diambil sempena nama Imam Qol Shariff pada abad keenam.


- SUMBER: www.indiatvnews.com