Seorang pelayar web Stomp, Suganthi, telah diancam dengan menggunakan
pengepit kuku selepas berjaya merakamkan aksi dua lelaki yang mengambil
kesempatan ke atas seorang wanita.
Kejadian tersebut berlaku di Blok 406 Admiralty Lain sekitar jam 8 malam semalam.
Menurut Suganthi, pakaian wanita itu telah diselak hingga paras pinggangnya dan salah seorang dari lelaki itu memasukkan tangannya ke dalam seluar dalam wanita berkenaan.
Suganthi melaporkan:
"Wanita sedang mabuk dan dua orang lelaki mengambil kesempatan ke atasnya.
"Seluar dalam wanita itu terdedah dan kedua-dua lelaki itu meraba seluruh tubuhnya.
Beliau kemudian cuba mendekati dua lelaki tersebut, tetapi mereka kemudiaanya mula menengking beliau.
Pihak polis kemudiaanya dihubungi. Selepas tiba, rakan wanita tersebut telah dihubungi untuk membawanya pulang. Kemudian pihak polis dilihat bercakap sesuatu kepada dua lelaki tersebut.
Suganthi yang masih berada di tempat kejadian kemudiaanya cuba diserang oleh dua lelaki tersebut dengan pengepit kuku. Pihak polis sekali lagi dipanggil untuk meleraikan keadaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan