Malam tadi Jumaat 19 Dis 2014 saya mengisi minyak di Stesen Petronas, Taman Matahari Height, Senawang. Nampak kelibat seorang lelaki, bertongkat, membawa beg. Fikiran saya mesti dia menjual sesuatu. Semasa saya mengisi minyak dia teragak-agak hendak menegur saya, saya beri salam dan tegur dia.
Tanya apa yang dia jual. Namanya Othman bin Akop dari Kg Terusan Seberang, Juasseh, Kuala Pilah. Dia mencari rezeki dengan menjual minyak wangi badan dan pewangi kereta. Dia akan datang ke Senawang, menetap 2-3 hari, bermalam menumpang di surau-surau, solat subuh biasanya di Masjid Bandar Baru Senawang. Kemudian dia akan pulang ke Juasseh, di rumah ibunya.
Dia menjadi OKU setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2010. Dia tidak mampu untuk melakukan rawatan atau pembedahan lanjutan kerana masih menunggu permohonan tabung perubatan katanya.
Kepada sahabat-sahabat yang nampak Encik Othman ini menjual minyak wangi, belilah.Semoga pak cik ini dimurahkan rezeki , amin .
SUMBER:- Harakah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan