Isnin, 17 November 2014

Tips Mudah Menulis dan Menjual Ebook

Selamat datang ke blog Blogger Kocong ,
Sebenarnya, ada pelbagai cara untuk korang hasilkan produk sendiri. Tidak semestinya korang kena karang sendiri ebook korang, korang boleh juga gunakan artikel-artikel PLR untuk cipta sebuah ebook yang ringkas dan padat, tetapi harganya perlulah bersesuaian dengan isi kandungan ebook tersebut.
Takkan lah korang nak letak harga sampai RM100 untuk ebook yang guna artikel PLR, sekurang-kurangnya letaklah harga yang berbaloi dengan masa dan tenaga korang hasilkan ebook dari artikel PLR tersebut. 
RM20. Pada aku harga ini agak munasabah. Kenapa aku kata munasabah?
Sebabnya isi kandungan ebook tersebut semuanya dah siap-siap ditulis, kerja korang adalah copy&paste sahaja artikel tersebut dan convert dalam bentuk fail PDF, buat design sikit untuk ecover ebook korang, selesai. Tetapi, terpulanglah pada korang sendiri untuk tetapkan harga ebook korang tu, jangan ikut aku pulak..hehe..
Sebagai permulaan dan juga jenis ebook yang menggunakan artikel PLR, korang tak perlu sangat nak buat sales letter berbagai, promosi guna Facebook dan blog sahaja sudah mencukupi. Kebanyakkan mereka yang menjual ebook menggunakan sales letter adalah ebook yang dihasilkan sendiri melalui pengalaman mereka, jadi ianya agak berbaloi untuk bina sales letter, target market mereka adalah secara long term.
Kalau yang menggunakan artikel PLR ini sebagai isi kandungan ebook, ianya lebih kepada short term. Namun tak semestinya short term itu tak berbaloi, ianya tetap membantu korang menjana pendapatan dengan produk digital sendiri
Bagi ebook jenis ini, aku syorkan korang target market luar negara sana, lagipun banyak artikel PLR berbahasa Inggeris, nak cari bahasa Melayu punya agak susah sikit. Orang-orang mat saleh nie rajin membaca buku-buku berbentuk Self Reference dan yang sewaktu denganya, jadi dari situ korang dah ada target market untuk ebook korang.
Salah satu tempat jualan untuk ebook korang ialah dengan menggunakan platform Google Play Book Store. Korang sendiri tahu berapa ramai pengguna Google di dunia nie, andai kata dapat ambil 1% dari pengguna Google nie sebagai pembeli ebook korang pun dah cukup berbaloi. 
Percuma ke?
Ya, korang boleh jual ebook korang di Google Play Book Store secara percuma sahaja. Tak perlu bayar apa-apa. Keuntungan akan dibahagi iaitu Goole 50.1% dan korang sebagai penjual dapat 49.9% dari hasil jualan. 
Amazon, satu lagi platform yang boleh orang gunakan untuk jual ebook korang, berbanding Google, penulis ebook di Amazon boleh mendapat keuntungan sehingga 70%, kalau tak silap aku. Setup fees aku tak pasti pula untuk Amazon nie.
Cara dan teknik sebegini banyak dilakukan oleh IM luar negara sana, cuma di Malaysia nie, ianya masih lagi kurang pendedahan di kalangan kita semua. Mungkin ada diantara kita yang masih baru lagi tentang Google Play Book Store nie, aku pun masih baru lagi dengan ilmu nie, jadi nak buat tutorial lengkap untuk panduan buat korang agak melampaui batas ilmu aku buat masa sekarang.
Jadi, pada korang semua yang rasa cara dan teknik ini dapat membantu korang buat duit dengan produk sendiri, korang dah boleh mulakan sekarang. Cubaan pertama mungkin tak seindah yang korang harapkan, tapi kalau ada kesungguhan dan tidak kenal erti putus asa, confirm korang boleh berjaya.
Sedangkan Thomas Edison cipta mentol yang ke 1000 baru berjaya, inikan pula kita yang baru sekali cuba dah terus nak berjaya, kan?
Usaha tangga kejayaan

Okay, itu sahaja yang aku nak kongsikan untuk kali nie, kalau ada di kalangan korang yang dah berjaya dengan cara dan teknik nie, kongsi-kongsilah dengan aku dan pembaca blog ini ye, boleh jadi pembakar lemak semangat pada aku dan yang lain-lain.
Okay, sekian.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan