Isnin, 17 November 2014

Senarai Program Dropship, Affiliate Dan Pembekal Produk

Berniaga di Facebook sememangnya satu cara yang amat popular sekarang. Dengan jumlah penggunanya yang mencecah jutaan orang, tidak mustahil anda berjaya menjana jualan di Facebook. Tidak semestinya anda memerlukan modal yang besar untuk memulakan perniagaan di Facebook pada masa kini. Di luar sana pelbagai program dropship yang boleh anda ikuti sesuai bagi anda yang tidak memiliki produk dan modal yang banyak.
Dengan dropship, apa yang perlu anda lakukan ialah mempromosikan produk peniaga lain mengikut harga yang anda tetapkan sendiri. Anda juga tidak perlu memeningkan kepala untuk menguruskan proses penghantaran produk kepada pembeli kerana ianya akan diuruskan sendiri oleh pihak pembekal.
Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan di Facebook, anda boleh memulakannya dengan menyertai program dropship yang ada di Malaysia.
Berikut merupakan program dropship yang boleh anda sertai:-
-Merupakan salah satu platform dropship yang dipercayai di Malaysia. Pelbagai barangan dan produk yang boleh anda promosikan di Facebook tanpa perlu menyimpan stok produk yang banyak.
2. MuslimNiaga.com
-Satu lagi laman web yang menyediakan program dropship untuk anda sertai. Seperti EdyMart.com, Muslim Niaga juga salah satu program yang dipercayai oleh peniaga online di Malaysia.
-MoonAbaya menyediakan program dropship bagi produk pakaian wanita. Pelbagai design terkini yang disediakan oleh pihak Moon Abaya selari dengan fashion masa kini.
-Di dropship.im, pelbagai produk kesihatan dan kecantikan yang boleh anda promosikan di Facebook. Daftar akaun anda secara percuma sahaja.
Selain program dropship, anda juga boleh menyertai program affiliate yang ada di Malaysia. Namun, untuk program affiliate, kebanyakkan produk yang disediakan adalah berbentuk digital bukan fizikal. Disini tiada proses pengeposan yang akan dibuat, setiap pembelian produk akan diberikan link download produk sahaja.
Untuk program affiliate, ebook merupakan salah satu produk yang mendapat permintaaan yang tinggi di luar sana. Pastikan anda mempromosikan ebook yang benar-benar berkualiti dan mendapat permintaan yang tinggi dari pelanggan. Antara program affilite tempatan yang boleh anda sertai ialah:-
-Klikjer.com menyediakan program affiliate yang boleh anda sertai secara percuma sahaja. Pelbagai jenis ebook pelbagai niche yang boleh anda promosikan di Facebook.
-Salah satu program affiliate tempatan bertaraf antarabangsa yang diusahakan oleh pakar Internet Marketer Malaysia iaitu saudara Gobala Krishnan. Pendaftaran juga percuma.
-AgenAffiliate salah satu program affiliate yang semakin meningkat naik sekarang. Salah satu produk mereka yang mendapat permintaan tinggi ialah JobDiRumah. Pasti anda pernah melihat iklannya di blog-blog bukan? Pendaftaran juga adalah percuma.
Sekiranya anda ingin menari pembekal dan pemborong produk, salah satu website yang boleh anda layari ialah Majalah.com. Di Majalah.com, terdapat ramai pembekal dan pemborong produk yang mengiklankan perniagaan mereka. 
Anda boleh memilih sendiri pembekal anda produk anda dalam pelbagai kategori. Pastikan anda selidik dahulu latar belakang pembekal dan pemborong di sana sebelum melakukan apa-apa transaksi. Ini bagi mengelakkan anda ditipu oleh orang yang cuba mengambil kesempatan ke atas anda.
Ini merupakan antara sumber-sumber yang boleh anda dapat untuk memulakan perniagaan di Facebook. Banyak lagi sebenarnya yang boleh anda cari di Google, namun pastikan anda tidak di tipu oleh pihak lain.
Okay, dah boleh mula berniaga dah nie. :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan