Isnin, 17 November 2014

Lima Jenis Produk Laris di Facebook

Selamat datang ke blog Blogger kocong. Sekarang ini, semakin ramai yang berlumba-lumba nak berniaga di Facebook, lebih-lebih lagi bila dengar kisah kejayaan orang lain yang dah berjaya buat duit dengan berniaga di Facebook .
Bagi aku ianya satu perkembangan yang positif buat kita semua yang mana ramai di kalangan remaja dan anak muda sekarang menjadikan Facebook sebagai medium menambah pendapatan buat diri sendiri mahupun keluarga. Selain itu, pengguna Facebook di Malaysia juga sudah terbiasa membeli belah di Facebook, jadi target pasaran juga sudah sedia ada.
Situasi ini sememangnya membuka peluang buat kita semua untuk menceburi bidang perniagaan di Facebook. Namun, masih ramai di antara kita yang masih lagi tidak mula berniaga di Facebook kerana tidak tahu produk apa yang hendak dijual, produk apa yang LARIS di Facebook serta sumber untuk mendapatkan stok produk tersebut.
Anda perlu ingat bahawa dalam dunia perniagaan, ianya bukan tentang "apa yang ingin kita jual", yang sebetulnya, "apa yang orang ramai hendak beli", fahamkan?
Baiklah, disini aku senaraikan Lima Jenis (Kategori) Produk Laris di Facebook:-

1. Pakaian ( terutama pakaian wanita)
- Semua sedia maklum, bila melibatkan barangan wanita, juallah apa sahaja sekalipun, pasti ianya mempunyai pembeli. Seperti contoh, jubah, tudung, baju kurung, dress dan pelbagai lagi.

2. Makanan Kering
- Contohnya seperti seperti rempah segera, serunding dan pelbagai lagi produk makanan kering.

3. Buku
- Buku merupakan antara produk yang laris di Facebook, lebih-lebih lagi topik yang mempunyai pasaran yang besar.

4. Produk Kesihatan
- Produk kesihatan ini terdiri daripada pelbagai jenis seperti supplement, vitamin, dan sebagainya.

5. Produk Kecantikan dan Penjagaan Diri
- Tidak sah kalau produk ini tidak dijual di Facebook. Bila bercerita tentang kecantikan, semestinya ramai yang inginkan penampilan mereka menarik di khalayak ramai, jadikan produk kecantikan ini sebagai senjata utama perniagaan anda.

Sekarang anda sudah tahu jenis-jenis produk yang paling LARIS di Facebook, ambil peluang ini untuk anda memulakan perniagaan anda di Facebook.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan