Memaparkan catatan dengan label informasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label informasi. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Disember 2014

AWAS!! Korang Wajib Baca Untuk Diri Sendiri Dan Juga Keluarga Tersayang...!!!



Nauzubillah min zalik, ianya berlaku didalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal.

Kami ditayangkan dengan gambar-gambar kejadian rogol, bunuh dan buang oleh ramai mangsa yang anda tak akan dapat lihat didalam Metro atau KOSMO. Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak, ada yang besar2 anak saya sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, pungung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda. Ni bukan rekaan tuan-tuan dan puan-puan. Saya tengok gambar tu dengan mata saya sendiri.

Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan didalam penjara. Jadi awas tuan-tuan dan puan-puan, dikalangan kita ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang utk bertindak.

Dan mereka ni bukan orang kurang siuman. Semuanya bijak belaka. Mereka mengunakan kaedah seperti PHISING dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita.

Jadi anda boleh membuat perbezaan. Saya nak sarankan beberapa perkara mudah di FB yang InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda.

1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa,pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriminan. Tentukan org-org yg hanya boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samanda ianya akan mengamcam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah.Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukan anda bersendiri. Seperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungsi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mndedahkan lokasi anda....

7. Review friendlist anda dengan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gambar profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yang tak patut ttu delete sahaja!

Nampak paranoid, tapi kalau korang tgk sendiri baru korang tau. Jangan salahkan pihak berkuasa. Kita sendiri yg expose maklumat peribadi.

Orang Ramai Berpeluang Melihat Juraian Meteor pada 13 dan 14 Dis Ini.



Bulan Disember kembali menjelma, dan sebagaimana setiap tahun, ia merupakan bulan untuk beristirehat bersama keluarga, main banjir dan siap sedia untuk tahun baru.

Namun, dalam dunia astronomi, masih ada lagi satu major phenomena yang akan berlaku, iaitu juraian Meteor Geminids.

Apakah sebenarnya Meteor Geminids?

Meteor Geminids merupakan juraian meteor-meteor yang banyak, yang mana ia akan muncul dari kawasan buruj Gemini. Itulah sebabnya nama juraian meteor ini dipanggil Geminids.

Meteor-meteor ini akan kelihatan muncul di seluruh langit sekitar tarikh 13 dan 14 Disember nanti.


Orang ramai akan berpeluang untuk melihat Juraian Meteor Geminids yang akan bemula di buruj Gemini pada 13 dan 14 haribulan ini dimana ia merupakan waktu kemuncak untuk meteor kelihatan.

Menurut laporan daripada International Meteor Organization (IMO), untuk tahun 2014 ini, meteor Geminida akan mula muncul bermula dari tarikh 4 hingga 17 Disember. Ini bermakna jumlah meteor-meteor ini akan semakin bertambah dari hari ke hari bermula 4 Disember hinggalah 17 Disember nanti, yang mana jumlahnya akan kembali menurun dan akhirnya hilang.


Namun bagi kita di Malaysia waktu kemuncaknya adalah pada tepat pukul 8 malam pada 14 disember ini hingga waktu subuh. Ini kerana buruj Gemini masih belum terbit dan tidak kelihatan di langit pada waktu ini.

Menurut penulis FalakOnline Shahrin Ahmad, beliau menasihatkan orang ramai  untuk mencuba pada tarikh 13-14 disember dan 14-15 disember untuk melihat juraian itu.

"Merujuk kembali kepada laporan IMO, juraian meteor Geminids ini dijangka mencapai kadar 120 meteor sejam. Ini bermakna kita akan dapat lihat 120 meteor dalam waktu sejam!"

TETAPI…

"Kita kena ingat, jumlah 120 itu adalah dalam keadaan langit yang SEMPURNA, tiada awan, tiada gangguan cahaya, dan buruj Gemini tepat berada atas kepala!  Disebabkan adalah hampir mustahil untuk mencapai keadaan sebegitu, adalah lebih selamat untuk menyatakan jumlah meteor Geminids adalah dalam sekitar 50 meteor sejam (masih lagi banyak tu!)" katanya.

Antara faktor yang menyebabkan jumlah meteor tersebut kurang adlah kerana 2 perkara iaitu beza waktu puncak tadi dengan waktu malam kita di Malaysia da bulan ketika itu dalam fasa SUKUAN AKHIR (Last Quarter). Maknanya, Bulan akan berada di langit dari tengah malam hinggalah ke subuh. Cahaya dari Bulan ini AKAN mengganggu penglihatan meteor-meteor yang kurang terang.


Meteor Geminids ini (dan juga juraian meteor lain) merupakan fenomena tahunan yang berulang-ulang. Maka secara amnya, cara untuk mencerapnya adalah sama kesemuanya.-Siakapkeli.com.my

Khamis, 11 Disember 2014

Koleksi Gambar Real Yang Sukar Untuk Dipercai Paling Awesome!!

3 Jenis Makanan Dalam Neraka


makanan neraka


Neraka merupakan suatu tempat yang wajib diyakini oleh umat Islam sebagai satu tempat pembalasan yang mempunyai kesengsaraan abadi setelah mati. Jika baik amal seorang manusia itu, dia akan masuk ke syurga dan jika buruk amal seseorang manusia itu, dia akan dihumban ke dalam neraka dan diberi 3 jenis makanan yang mengerikan ini.

Apakah 3 jenis makanan di neraka itu?
(1) ZAQQUM
Firman Allah swt: Sesungguhnya pohon zaqqum itu, makanan orang yang banyak berdosa. Ia bagaikan kotoran minyak yang mendidih di dalam perut, seperti mendidihnya air yang amat panas. (43 – 46 : ad-Dukhan)Firman Allah swt: (Makanan surga) itukah hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum.? Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai ujian bagi orang-orang yang zalim (samada mereka percaya atau tidak). Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang tumbuh dari dasar neraka. Buahnya seperti kepala syaitan-syaitan. Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebagian dari buah pohon itu sehingga memenuhi perutnya dengan buah zaqqum itu. (62 – 66 : as-Saffat).
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya Nabi saw membaca ayat ini: “bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.”
Rasulullah saw bersabda:
“Sekiranya setitis zaqum menitis ke dunia nescaya akan merosakkan seluruh kehidupan ahli dunia. Bagaimana keadaan orang yang setiap hari buah zaqum menjadi makanannya?”
Hadis riwayat Tirmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban. Syekh Syuaib menyatakan sanad hadis ini sahih.Imam Ibnu Kathir berkata: “Allah swt menyatakan mereka memakan pokok ini walaupun rupanya sangat buruk dan sangat hodoh. Tambahan lagi dengan rasanya yang tidak sedap dan bau yang busuk. Mereka terpaksa makan kerana tidak ada yang lain.”
(2) GISLIN
Firman Allah swt: Maka tiada seorang temanpun baginya pada hari ini di neraka ini Dan tiada (pula) makanan sedikitpun (baginya) kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa. (35-37 : al-Haqqah).
Ulama berselisih pendapat terhadap hakikat Gislin seperti berikut:
1~ Nanah ahli neraka yang keluar dari luka dan kemaluan mereka. (Ibnu Abbas)
2~ Pohon yang menjadi makanan ahli neraka. (Dahhak dan Rabie bin Anas)
3~ Air dari basuhan daging dan darah ahli neraka. (Akhfasy)
(3) DARIE’
Firman Allah swt:



Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri. yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar. ( 6 dan 7 : al-Ghasiah)
Para Ulama berselisih pendapat terhadap Darie’. Diantaranya adalah seperti berikut:
1~ Tumbuhan yang berduri yang melata di tanah. (Pendapat Ikrimah, Mujahid dan kebanyakan ulama tafsir).
2~ Batu (pendapat Said bin Jubair).
3~ Tumbuhan hijau yang busuk. Ianya dilemparkan laut ke daratan. (pendapat Khalil).
4~ Pohon berasal dari api neraka. (Pendapat Ibnu Abbas)
Pendapat yang dipilih adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Qurtubi:
“Pendapat yang lebih jelas adalah ianya pokok yang berduri seperti ianya di dunia. Daripada Ibnu Abbas ra, 
Nabi saw bersabda: “ Darie adalah sesuatu yang ada dalam neraka. Ia meyerupai duri. Lebih pahit dari pokok lidah buaya. Lebih busuk dari bangkai. Lebih panas dari api. Allah swt namakannya sebagai Darie.” (Hadis riwayat Ibnu Mardawiyah – sanadnya lemah)
MAKANAN YANG SUKAR UNTUK DITELAN
Kerana sesungguhnya pada sisi Kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka yang menyala-nyala. Dan makanan yang menyebabkan tercekik di kerongkong dan azab yang pedih. (12 – 13 : al-Haqqah)
Ibnu Abbas berkata:
“Makanan yang tidak boleh ditelan dan tersangkut di halkum. Tidak boleh turun ke perut dan tidak boleh dikeluarkan. Makanan ini adalah Gislin, Zaqqum dan Dharie.”
KELAPARAN YANG MENYEKSAKAN
Abu Darda berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Dicampakkan rasa lapar kepada ahli neraka. Kelaparan yang mereka rasai menyamai azab yang mereka alami dalam neraka. Lalu mereka menjerit meminta tolong dan mereka pun diberikan Darie yang tidak menghilangkan kelaparan mereka. Lalu mereka menjerit meminta makanan dan mereka pun dibawa makanan yang menyebabkan mereka tercekik.
Mereka teringat kalau tercekik didunia mereka hilangkan dengan air. Mereka pun meminta air minuman. Lalu mereka diberi air yang sangat panas dengan besi-besi panjang yang berkapala sabit. Muka mereka hangus terbakar apabila air ini menghampiri mereka. Segala isi perut terputus apabila masuk kedalam perut mereka.”
Hadis riwayat Tirmizi dengan sanad yang lemah. Kebanyakan apa yang disebut dalam hadis ini ada disebut dalam ayat Quran dan Hadis sahih yang lain.

RUJUKAN:
Tafsir Qurtubi, Tafsir Ibnu Kathir, Tuhfatul Ahwazi, Sunan Tirmizi tahqiq syeikh Syuaib, Muntaqa oleh Dr Yusuf Qardawi, Tazkirah oleh Qurtubi, Buhur Zahirah oleh Imam as-Safirani.

( 4 Gambar) Ular beranak bukan bertelur


Lazimnya kita ketahui ular tergolong dalam spesies reptilia iaitu akan bertelur dan bukannya beranak tapi lain pula kali ini apabila seekor ular yang dikatakan beranak.


Ini adalah tanda tanda kebesaran Allah s.w.t

Lelaki Bongkar Kecurangan Seorang Wanita Sarat Mengandung Semasa Menonton Perlawanan Di Stadium..


Seorang lelaki yang bernama 'Lye' datang ke stadium untuk menonton permainan American Football, namun dia terheret dalam drama kecurangan dalam percintaan satu pasangan di stadium.

Ianya terjadi apabila Lye bengang melihat tingkahlaku seorang wanita pada satu perlawanan bola sepak Amerika di stadium. 

Insiden berpunca apabila Lye terlihat seorang wanita yang sedang sarat mengandung membalas mesej romantis dengan lelaki lain dalam telefon bimbitnya sedangkan teman lelakinya sedang berkepit di sebelah.

Lye

Lye kemudiannya dengan selamba membongkarkan kecurangan wanita tersebut apabila selepas perlawanan berakhir Lye menyerahkan suatu nota kepada teman lelaki wanita tersebut yang menyatakan teman wanitanya sedang berlaku curang dengannya dengan tergamak bermain ayat cinta dengan lelaki lain bernama Jason serta menyuruh lelaki tersebut memeriksa telefon bimbit wanita itu. 


Lye menyatakan dia mengambil tindakan itu kerana berasa bengang dengan manusia yang suka menipu dan memperkotak-katikan perasaan insan lain. 

Kisah nota Lye kepada lelaki tersebut terus menjadi viral di media sosial.
 
sumber: ejeninfo

Sembur Cat Di Kemaluan Kekasih Kerana Cemburu



Gara-gara cemburu kerana mengesyaki teman wanitanya ada kekasih lain, seorang lelaki menyembur cat merah pada dada dan kemaluan wanita terbabit dalam kejadian di Kampung Ulu Lenggong, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Superintendan Jamalani Mohd Isa berkata, kejadian kira-kira jam 5 petang, Ahad lalu itu berlaku setelah suspek mengajak mangsa berjumpa dan menjemputnya di rumah sebelum dibawa ke kawasan kebun getah.

Menurutnya, berlaku pertengkaran di lokasi kejadian apabila wanita terbabit dituduh mempunyai kekasih lain sedangkan mereka bercadang untuk mendirikan rumah tangga.

"Pertengkaran itu menyebabkan suspek membuka pakaian wanita terbabit dan merabanya sebelum menyembur cat merah pada dada serta kemaluan mangsa.
"Selesai berbuat demikian, suspek hantar semula teman wanitanya ke rumah sebelum mangsa membuat laporan polis pada malam kejadian," katanya.

Difahamkan, suspek dan masing-masing berusia 22 tahun serta menjadi pasangan kekasih sejak setahun lalu.

Beliau berkata, berdasarkan laporan dibuat mangsa, suspek dicekup di rumahnya pada hari laporan diterima kira-kira jam 1 pagi dan direman hingga 14 Disember ini bagi membantu siasatan.

"Tangkapan diketuai Inspektor Ridzuan Ab Aziz itu berjaya membawa kepada penemuan pakaian mangsa dan tin cat di lokasi kejadian.

"Kes sebegini adalah yang pertama berlaku di daerah Gerik sejak saya bertugas, di sini, dua tahun lalu," katanya.

Dalam pada itu, Jamalani berkata, ibu bapa perlu mengawasi pergaulan anak-anak dan tidak membiarkan mereka terlalu bebas bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.

Menurutnya, orang awam juga diingatkan supaya peka dengan persekitaran kerana ia mungkin boleh menyelamatkan kawasan mereka daripada menjadi sasaran penjenayah.

"Jika ada ternampak kenderaan mencurigakan segeralah catat nombor pendaftarannya, warna dan jenis untuk dilaporkan kepada kita.

"Kerjasama seperti itu memudahkan kenderaan terbabit dikesan kerana berkemungkinan ia digunakan untuk tujuan jenayah," katanya.

Gambar Eksklusif Rumah Nabi Muhammad SAW dan Khadijah di Mekah


Nabi Muhammad SAW ialah manusia yang paling mulia dan paling berpengaruh sepanjang zaman. Baginda hidup di tengah-tengah masyarakat negeri Arab ketika itu dengan penuh kesederhanaan. Baginda yang berakhlak mulia dan tidak pernah letih membimbing umat agama Islam ini hidup bersama isteri tercintanya Khadijah r.ha di rumah yang sederhana. Di bawah merupakan gambar eksklusif rumah Nabi Muhammad SAW dan isterinya Siti Khadijah di Mekah sebelum Nabi berhijrah ke Madinah.




Ini adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.


Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw Sayyidah Khadijah r.ha yang dilihat lebih dekat.


Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah r.ha


Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah r.ha, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.


Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha

Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.

Gambar di atas ini adalah makam Sayyidah Khadijah r.ha (yang besar) dan puteranya, Qasim (yang kecil) di sudut.