Bulan Disember kembali menjelma, dan sebagaimana setiap tahun, ia merupakan bulan untuk beristirehat bersama keluarga, main banjir dan siap sedia untuk tahun baru.
Namun, dalam dunia astronomi, masih ada lagi satu major phenomena yang akan berlaku, iaitu juraian Meteor Geminids.
Apakah sebenarnya Meteor Geminids?
Meteor Geminids merupakan juraian meteor-meteor yang banyak, yang mana ia akan muncul dari kawasan buruj Gemini. Itulah sebabnya nama juraian meteor ini dipanggil Geminids.
Meteor-meteor ini akan kelihatan muncul di seluruh langit sekitar tarikh 13 dan 14 Disember nanti.
Orang ramai akan berpeluang untuk melihat Juraian Meteor Geminids yang akan bemula di buruj Gemini pada 13 dan 14 haribulan ini dimana ia merupakan waktu kemuncak untuk meteor kelihatan.
Menurut laporan daripada International Meteor Organization (IMO), untuk tahun 2014 ini, meteor Geminida akan mula muncul bermula dari tarikh 4 hingga 17 Disember. Ini bermakna jumlah meteor-meteor ini akan semakin bertambah dari hari ke hari bermula 4 Disember hinggalah 17 Disember nanti, yang mana jumlahnya akan kembali menurun dan akhirnya hilang.
Namun bagi kita di Malaysia waktu kemuncaknya adalah pada tepat pukul 8 malam pada 14 disember ini hingga waktu subuh. Ini kerana buruj Gemini masih belum terbit dan tidak kelihatan di langit pada waktu ini.
Menurut penulis FalakOnline Shahrin Ahmad, beliau menasihatkan orang ramai untuk mencuba pada tarikh 13-14 disember dan 14-15 disember untuk melihat juraian itu.
"Merujuk kembali kepada laporan IMO, juraian meteor Geminids ini dijangka mencapai kadar 120 meteor sejam. Ini bermakna kita akan dapat lihat 120 meteor dalam waktu sejam!"
TETAPI…
"Kita kena ingat, jumlah 120 itu adalah dalam keadaan langit yang SEMPURNA, tiada awan, tiada gangguan cahaya, dan buruj Gemini tepat berada atas kepala! Disebabkan adalah hampir mustahil untuk mencapai keadaan sebegitu, adalah lebih selamat untuk menyatakan jumlah meteor Geminids adalah dalam sekitar 50 meteor sejam (masih lagi banyak tu!)" katanya.
Antara faktor yang menyebabkan jumlah meteor tersebut kurang adlah kerana 2 perkara iaitu beza waktu puncak tadi dengan waktu malam kita di Malaysia da bulan ketika itu dalam fasa SUKUAN AKHIR (Last Quarter). Maknanya, Bulan akan berada di langit dari tengah malam hinggalah ke subuh. Cahaya dari Bulan ini AKAN mengganggu penglihatan meteor-meteor yang kurang terang.
Meteor Geminids ini (dan juga juraian meteor lain) merupakan fenomena tahunan yang berulang-ulang. Maka secara amnya, cara untuk mencerapnya adalah sama kesemuanya.-Siakapkeli.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan