Pada masa ini ramai
pasangan yang kedua-dua mereka bekerja. Apa yang lebih memeritkan
adalah kedua-dua mereka terpaksa menjalani hubungan jarak jauh atas
kepentingan tugas masing-masing bagi mencari rezeki yang halal. Apatah
lagi jika ikatan itu baru sahaja dibina. Ianya memerlukan pengorbanan
yang besar serta dugaan yang mencabar dan setiap pasangan harus memahami
di antara satu lain. Jika anda perasan, kebiasaannya pasangan yang
berhadapan dengan isu Perhubungan Jarak Jauh ini adalah dari golongan
guru, penjawat awam seperti Polis dan mereka yang mempunyai profession
yang mana jawatan mereka di sesuatu tempat adalah amat terhad sepert
PTD. Jom kita ikuti 5 tips bagaimana kita mahu menjaga hubungan jarak
jauh.
#1 Berdoa Agar Kekal Bahagia
Berdoa adalah
perkara yang paling utama sekali. Doa juga dikira sebagai salah satu
usaha kita. Berdoa memohon kepada Allah agar dihindari dari
perkara-perkara yang boleh merosakkan rumah tangga seperti kehadiran
orang ketiga, bisikan syaitan dan sebagainya. Lazimnya, apabila pasangan
tinggal berjauhan, maka tidak mustahil akan wujudnya anasir-anasir luar
menghasut supaya meninggalkan pasangan mereka. Ingat, kita perlu rajin
berdoa dan tabah.
#2 Berhubung Secara Kerap
Rajinkan diri kita
untuk bertanyakan khabar kepada pasangan setiap hari. Jangan sesekali
kita lupa untuk menghubunginya setiap hari tidak kira sama ada SMS,
Call, WhatApp dan sebagainya. Pada hari ini pelbagai medium teknologi
telah disediakan. Kita hanya perlu guna dengan sebaiknya. Tidak ada
alasan untuk kita tidak menghubungi pasangan. Sekurang-kurangnya,
ucapkanlah selamat pagi, dan selamat malam kepada pasangan kita secara
bergilir-gilir.
#3 Mengadakan Pertemuan
Sama ada isteri
mahupun suami, kedua-duanya perlu berbincang sepakat untuk mengadakan
pertemuan. Jika suami tinggal jauh hanya 100-200 KM dari tempat tinggal
isteri, mungkin boleh mengadakan pertemuan setiap hujung minggu. Jika
tidak, tetapkanlah sama ada dua minggu sekali mahupun sebulan sekali.
Jika terlalu jauh
seperti di antara semenanjung dan Sabah Sarawak, pasangan perlu akur
bahawa pertemuan secara kerap memang agak sukar untuk dilakukan
lebih-lebih lagi ia melibatkan kos yang tinggi.
#4 Jujur Terhadap Pasangan
Antara kunci
kebahagian adalah jujur terhadap pasangan. Jika tidak jujur, bagaimana
kita mahu menjadikan hubungan itu dihindari dari tipu muslihat. Jika si
isteri mahu keluar ke mana-mana, maklumkan pada suami agar dirinya tahu
lokasi anda. Setiap pasangan jangan sesekali keluar berdua dengan orang
lain yang berlainan jantina. Jujurlah dengan pasangan anda. Ini kerana
selain boleh menimbulkan fitnah, ia juga juga boleh mengundang
cerita-cerita kurang enak. Lagi bahaya jika cerita itu sampai ke telinga
pasangan. Boleh berperang nanti.
#5 Menyambut Ulang Tahun Bersama
Jangan sesekali
kita lupa tentang tarikh ulang tahun perkahwinan. Jika kita lupa, ia
sedikit sebanyak boleh merosakkan hubungan. Tambahan pula, pasangan akan
mula berprangka tidak baik terhadap kita. Maka, sambutlah ulang tahun
bersama dan usahakan diadakan dalam suasana yang kondusif. Tidak perlu
pergi ke tempat yang mewah, sudah memadai anda berada bersamanya dan
berikan hadiah serta ucapkan ucapan sayang kepadanya.
sumber: kisahbest.org