Kisah ini dipetik
dari Sky News, pada 19 Januari 2014 selepas bekas tentera Jepun ini
meninggal dunia. Ianya adalah kisah seorang tentera yang berasal dari
Jepun yang bertugas semasa Perang Dunia II terus bersembunyi di dalam
hutan Filipina selama lebih dari 30 tahun. Dia menolak untuk keluar dari
hutan kerana tidak percaya Perang Dunia II telah tamat.
Tentera bernama
Hiroo Onoda itu keluar dari hutan di Filipina yang dihuninya sejak tahun
1944 itu, selepas bekas komandannya datang dan menjelaskan kepadanya
bahawa Perang Dunia II sudah berakhir.
Onoda merupakan
seorang pegawai tentera yang bertugas mencari maklumat dan dilatih untuk
melakukan perang gerila. Onoda dihantar oleh Jepun ke Pulau Lubang di
Filipina pada tahun 1944 lalu.
Onoda diperintahkan
oleh komandannya untuk tidak pernah menyerah, rela bunuh diri untuk
menyelamatkan maklumat, dan harus terus bertahan di dalam hutan sehingga
bala bantuan datang.
Onoda bersama tiga rakannya terus mematuhi perintah tersebut, walau Jepun telah kalah pada Perang Dunia II di tahun 1945.
Diketahuinya
kehadiran Onoda terjadi pada tahun 1972. Dia bersama dua rakannya
terlibat insiden tembak-menembak dengan tentera Filipina. Dua rakannya
tewas dan Onoda berjaya melarikan diri.
Insiden itu
mengejutkan Jepun. Lantas kerajaan Jepun menghantar wakil ke Filipina
untuk menjemput Onoda untuk pulang ke Jepun, dan menjelaskan padanya
bahawa Perang Dunia II telah tamat.
Dalam kenyataan
akhbar selepas kembali ke Jepun, Onoda mengatakan bahawa tindakannya
hidup selama 30 tahun di hutan bukan tindakan yang membuang-buang
waktu.
"Tanpa pengalaman seperti itu, mungkin saya tidak boleh hidup sampai saat ini," kata Onoda pada media.
Selepas kembali ke
Jepun pada tahun 1975, Onoda terpaksa menyesuaikan diri dengan
persekitaran barunya. Tidak lama kemudian, ia berhijrah ke Brazil
menjadi ushawan ternakan lembu.
Namun, tentera komited tinggi itu akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 17 Januari 2014 di usia 91 tahun.
Sumber: dairishare.blogspot.com