Selasa, 2 Disember 2014

Cara Mudah Tingkatkan Pageview Dan Trafik Blog



Cara Mudah Mendapatkan Pageview Tinggi
Mahukan Pageview Tinggi? 
Setiap blogger pasti mahukan trafik blog yang tinggi dan dalam sehari dapat beribu-ribu pageview! Bagaimana caranya? Sebenarnya mudah untuk mendapatkan pageview beribu-ribu sehari malah berpuluh ribu pun boleh jika betul cara dan tekniknya.
Pakar SEO berkata, SEO adalah teknik yang paling berkesan untuk mengundang organik visitor. Ya!...tidak dinafikan ianya amat penting dan terutama sekali adalah keyword pada tajuk dan entri yang berkualiti.
Tapi ada cara lain yang mudah untuk anda meningkatkan pageviews dan meraih trafik yang tinggi. Ianya adalah dengan cara membuat entri yang disukai dan menjadi carian ramai. Apakah entri-entri yang mampu mengundang pageviews blog yang tinggi ini? Secara umumnya boleh kita bahagikan entri-entri ini kepada tiga kategori.

3 Kategori Entri Meningkatkan Trafik Blog

1. Entri yang mengundang trafik tinggi secara mendadak tetapi terhad jangka masanya.

Entri Isu Hangat Semasa
Isu hangat semasa yang berkait dengan dunia politik, sukan, krisis, tragedi, jenayah dan sebagainya sudah pasti menjadi carian ramai. (sebab inilah agaknya Harian Metro laris) Ianya amat mudah, anda hanya perlu mencedok dari portal-portal berita lalu jadikan entri anda. Apa yang anda perlu pastikan adalah membuat satu tajuk entri yang menarik dan memikat.
Entri Gossip Dan Hiburan
Sekarang ini begitu ramai yang sukakan hiburan. Segala yang berkaitan dengan dunia artis pasti mendapat liputan meluas dan menjadi carian terhangat. Betul atau tidak...itu belakang kira! Ambillah peluang ini, copy paste jer cerita-cerita dan gossip-gossip hangat ini dari portal-portal hiburan yang berlambak di internet (saya tidak galakkan anda buat begini). Mudah kan... Selain dari itu, entri pengenalan dan sinopsis filem terbaru, drama terkini, novel terlaris dan apa sahaja yang diminati oleh orang ramai berkaitan hiburan pasti mampu mengundang trafik yang baik.
Entri Video Online
Sekarang ini ramai yang menggunakan internet untuk menonton rancangan kegemaran mereka. Oleh itu perkongsian online adalah trend terkini. Anda hanya perlu membuat entri pendek tentang filem, drama atau live streming berkenaan lalu buat link ke laman yang menyiarkan video tersebut. Buatlah sinopsis ringkas...sebagai pelengkap entri. Anda lihatlah sendiri hasilnya... Kalau ianya berkait dengan filem dan drama yang popular... trafik dan pageviews anda pasti meningkat dengan mendadak! 

Cara Mudah Mendapatkan Pageview Tinggi 2. Entri yang mengundang trafik tinggi tetapi bermusim

Entri Hangat Bermusim.
Anda perlu bijak membuat entri sebegini kerana entri ini hanya akan meningkat apabila tiba musimnya. Contoh termudah seperti PRU, BR1M, Perayaan, Festival, Maharaja Lawak Mega dan sebagainya.

Entri anda mestilah releven untuk setiap musim oleh itu anda perlulah kemaskini mengikut situasi semasa pada musim tersebut. Setiap kali musimnya menjelang tiba, pasti entri anda akan kembali tinggi pageviewnya.

3. Entri yang mengundang trafik blog secara berterusan

Entri Resepi Dan Masakan
Sekarang ini buku resepi dah kurang laku kerana pelbagai resepi begitu mudah anda boleh dapat melalui carian di internet. Ambillah peluang ini dengan membuat entri berkaitan dengan resepi, makanan dan masakan mahupun petua. Ianya tidak mengundang trafik dan pageviews yang mendadak tetapi berterusan dan dalam tempoh-tempoh tertentu ianya mampu melonjak seperti pada bulan Ramadan.
Entri Libur
Entri ini pula berkaitan dengan dekorasi, lanskap, fesyen, travel, pelancongan dan fotografi. Ianya sangat tinggi permintaannya didalam engin carian. Setiap hari, entri sebegini mampu memberikan trafik yang memuaskan dan stabil malah ianya tiada had dan bermusim.
Entri Ilmiah dan Agama
Entri yang berkaitan dengan panduan dan pembelajaran sama ada secara formal atau tidak formal. Topik seperti cara membuat karangan, surat rasmi, mengisi borang dan sebagainya menjadi carian tinggi di enjin carian. Begitu juga cara membuat kraftangan, menjahit, menggubah, DIY dan yang sealiran dengannya. Topik berkaitan dengan agama, teladan dan pedoman juga menjadi entri yang sentiasa mengundang trafik serta mendapat pageviews yang tinggi dan berterusan.
Entri Panduan Blogging Dan Cara Buat Buit Melalui Blog
Setiap hari pasti ada blogger yang ingin meningkatkan ilmu blogging. Jika anda punya ilmu dan pengalaman, kongsikanlah. Walaupun entri-entri sebegini tidak memberikan trafik yang mendadak tetapi ianya sentiasa berterusan. Begitu juga dengan tips-tips untuk pendapatan sampingan melalui blog, ianya tidak menghampakan. 
Mungkin ada lagi yang tidak terfikir oleh saya...bolehlah anda kongsikan bersama diruang komen.

Adakah Pageviews Tinggi Matlamat Anda? 

Jika sebuah blog personal, sekadar membuat entri tentang kehidupan harian anda dan tiada jaringan sosial yang meluas serta follower yang beribu-ribu, terimalah hakikat adalah sukar untuk mendapat pageview dan trafik tinggi. Entri-entri sampingan inilah yang mampu melonjakkan blog anda untuk pendedahan dan lebih dikenali ramai. Oleh itu, perlukah pageview yang tinggi? Ianya terpulang kepada matlamat dan tujuan anda menjadi seorang blogger. Jawapannya... hanya anda yang tahu.

Tapi percayalah... apabila trafik blog anda mula menggunung tinggi, anda pasti akan merasa amat bermotivasi, teruja dan lebih bersemangat untuk berblogging! Tiada siapa yang mampu menafikan perkara ini! 
Namun menerbitkan entri-entri sebegini kurang bagus bagi sesebuah blog personal atau yang punya niche tersendiri. (Bayangkan blog ini menyiarkan kisah gossip artis, bukankah ianya nampak pelik). Ianya akan membuatkan blog anda carca marba kandungannya serta merendahkan kreadibiliti dan kualiti blog melainkan ianya diolah menjadi sebuah artikel yang berkait dengan niche blog anda. Namun segalanya terpulang kepada anda, blog anda, pilihan anda, cara anda.
Jika inginkan pageviews yang tinggi, cubalah... Namun harus diingat, bukan anda seorang sahaja yang akan menerbitkan entri sedemikian. Anda perlu bersaing dengan blog-blog serta website lain yang lebih kuat SEO untuk berada dimuka hadapan enjin carian. Nampak! ...akhirnya berbalik semula kepada SEO... tanpa SEO bagaimana anda hendak bersaing untuk merebut pengunjung yang beribu-ribu sedang mencari maklumat serta topik-topik tersebut?

Cara Mudah Mendapatkan Pageview Tinggi
Oleh itu, mahu atau tidak anda haruslah juga mempelajari ilmu SEO. Tidak perlulah sampai jadi seperti Pakar SEO Malaysia tapi belajarlah sekurang-kurang asas teknik On Page SEO. Teruskanlah mencuba kerana mungkin ada tuah yang akan tiba jika anda tidak pernah mengalah untuk terus mencuba dan berusaha tetapi ikutlah jalan, cara dan teknik yang betul. 
Terima kasih bersama Relaks Minda... Ilmu yang sedikit dikongsi bersama.
dipeti dari :
Read more: http://relakssminda.blogspot.com/2014/05/cara-mudah-mendapatkan-pageview-tinggi.html#ixzz3Ko8QREnY
Original article: relakssminda.blogspot.com
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial
Follow us: @relakssminda on Twitter | RelaksMinda on Facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan