Sebelum ini heboh di media massa apabila gambar pemain terkenal
kebangsaan, Safee Sali sedang merokok sambil mengenakan baju bola sepak
kebangsaan disebarkan hingga menjadi bahan kutukan dan dikritik oleh
masyarakat.
Susulan kontroversi tersebut, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan disiplin ke atas penyerang negara Safee Sali jika insiden merokok seumpama itu berulang.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan ini merupakan amaran keras buat penyerang itu supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Menurut Hamidin, denda berat akan menanti jika Safee gagal mematuhi amaran tersebut selepas mengakui kesilapannya di Singapura hingga mencetuskan kontroversi sehari sebelum perlawanan akhir peringkat kumpulan bertemu tuan rumah.
Sebagai seorang pemain profesonal sebenarnya Safee sendiri sepatutnya sedar akan tugasannya terhadap negara yang memerlukan tuntutan disiplin yang tinggi.
Hamidin juga berharap agar insiden itu dijadikan pengajaran kepada pemain kebangsaan yang lain.
Disamping itu, jurulatih negara Dollah Salleh turut menyuarakan yang permohonan maaf daripada penyerang tersebut dapat diterima berikutan kejayaan Safee menjaringkan gol pertama ketika bertemu Singapura yang turut membawa pasukan ke separuh akhir.
Tambahnya, dia berharap agar Safee akan lebih berhati-hati masa hadapan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan