Ahad, 9 November 2014

Blogger kocong : Masjid Al-Aqsa Kubah Emas sudah jatuh ke tangan Zionis

Masjid tempat suci ketiga Islam, bumi tempat berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj, Al-Aqsa sekarang sedang diceroboh. Berlaku pertempuran di antara penduduk Palestin dan puak Yahudi Israel, ruang sebelah dalam masjid tersebut dirosakkan. Zionis dan tentera mereka mula menyerbu Masjid Al-Aqsa, mengoyakkan Al-Quran dan melemparkannya ke tanah, mencemari ruang solat dengan kasut mereka seolah-olah mencabar seluruh umat Islam dengan tindakan mereka itu.

Penduduk Palestin pula dihalang daripada memasuki kawasan Al Aqsa, sementara pendatang haram Israel bebas menceroboh dan menunggu masa untuk merampas kawasan tersebut.

Sememangnya mereka sudah tidak sabar lagi hendak menjadikan masjid itu sebagai kuil tempat sembahan mereka.

Berikut adalah antara gambar-gambar suasana terkini. Di manakah suara umat Islam dunia sekarang?



Serpihan dipercayai daripada grenade launcher dan peluru getah tentera zionist berselerak dalam kawasan masjid.
Ruang dalam masjid yang dirosakkan oleh puak zionist
Para ahli Parlimen, rabi dan rakyat negara haram Israel telah mengumumkan akan memasuki Masjid Al Aqsa secara beramai-ramai. Mereka akan memakai topeng 'Yehuda Glick' sebagai tanda solidariti kepadanya sebagai seorang aktivis berbangsa Yahudi yang konsisten memperjuangkan hak Yahudi untuk memiliki Masjid Al Aqsa.



Rakyat Palestin sedang membersihkan semula Masjid Qibli (masjid yang mempunyai kubah berwarna hijau tua) yang mengalami kerosakan setelah diserang oleh penceroboh Israel. Masjid Qibli adalah salah satu masjid yang terdapat di dalam kawasan Masjid Al Aqsa.

Kelihatan pada gambar di bawah, puak zionist sudah mula menguasai kawasan masjid kubah emas. Penduduk Palestin sudah tidak lagi dibenarkan masuk ke kawasan ini.

Masjid Al-Aqsa kini dalam situasinya yang paling merbahaya, dan apa sahaja cara adalah dibenarkan bagi menentang penjajahan kata Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaleed Meshaal.

Zionis sedang berkawal di masjid kubah emas. Ada banyak lagi berita terkini yang sentiasa dikemaskini dengan gambar, sila kongsikan fanpage https://www.facebook.com/AmanPalestinOfficial dan bersama mengambil tahu tentang keadaan di Palestin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan