Ahad, 9 November 2014

Blogger kocong : di manakah kita?

Assalamualaikum wbt…
Paksa diri untuk update blog malam ini. Marilah kita sama update sedikit tentang beberapa isu semasa minggu ini;
1. Israel laknatullah telah membenarkan extremist mereka mencerobohi masjid al-aqsa dan mengiystiharkan akan membina kuil di situ. Dan tidak membenarkan seorang pun rakyat palestin masuk (sebelum ini hanya pemuda dilarang). Mohon kita tembak doa banyak2, al-aqsa sedang genting sekaranh. Sebarang update boleh follow FB aman palestin atau sewaktu dengannya.

2. Video buli yang viral di media. Allahu… sedih melihat anak muda kita, budaya gengterism yang menular. Sudah dapat dikenal pasti tempatnya iaitu di sebuah rumah anak yatim di kedah. Bila dapat tahu mereka adalah anak yatim, rasa tersentap juga sebenarnya. Salah satu punca kerosakan akhlak, kurang perhatian dan kasih sayang. Ada salah kita juga, yang hidup seperti dua dunia berbeza. Berapa ramai dari kita yang ambil tahu tentang anak yatim ni? Daripada siapa lagi mereka ingin dapatkan belaian dan kasih sayang?

3. mahkamah putuskan lelaki berpakaian wanita tak bersalah. Nak kongsikan tulisan yang bagus dari dr Rafidah berkenaan isu ini, tapi sebab guna tab je, susah sedikit, InshaAllah nanti akan cuba share di sini. Tapi maruah Islam semakin dicabar dengan terang-terangan. Tapi masih ramai yang lena, sama ada kerana tak tahu, atau tak terasa ini adalah hal mereka atau dalam diam menyetujuinya.

4. SIS difatwakan haram, dan ada yang tak setuju?? Apakah ini? Dah terang lagi bersuluh SIS ni banyak menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar. Kononya islam yang moden sehingga membuat hukum sendiri. Sokongan terhadap comango, LGBT dll tanpa selan silu.
Sebenarnya banyak yang perlu dikupas untuk setiap isu. Dan nak share banyak artikel berkaitan tapi limited sedikit aktiviti melalui tab ni. Kena edit via laptop nanti InshaAllah.  Tapi sebelum tu marilah kita sama2 banyakkan membaca dan ambil tahu tentang apa yang yerjadi di negara kita dan juga dunia. penting! Kalau tak sentiasalah kita menjadi orang yang tak ambil peduli, dan asyik dibuai dunia yang terasa aman dan senang.

*teringat pula terlihat satu gambar yang katanya trend remaja lelaki sekarang, berpakaian seperti wanita. Penangan mat sutun kah? Tapi rosak, memang rosak remaja kita. Dek kerana hidup terlalu senang dan lapang, sehingga ada masa membuat sesuatu yang tak berfaedah. Nak bandingkan dengan remaja Palestin. Usahlah..
Nanti ada yang kata, itu sebab palestin sedang perang, itu remaja mereka semangat semacam je.
Ehh, Negara kita pun sedang perang tahu. Ni banyak cubaan menjatuhkan islam, tapi mereka tak ambil tahu pun, dek kerana sibuk meniru kpop atau hollywood.
Masih banyak kerja kita TT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan