Selasa, 7 Oktober 2014

Cara Menaikkan Trafik Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Trafik blog merupakan suatu perkara yang agak penting dalam kemajuan sesebuah blog.Pelbagai cara menaikkan trafik blog seperti hasil daripada aktiviti blogwalking, enjin carian, laman web ping blog, promosi di laman Facebook, Twitter dan Google Plus serta lain-lain sumber yang berkaitan.
cara menaikkan trafik blog
Secara tidak langsung peningkatan trafik akan memberi kesan positif kepada emosi pemilik blog itu sendiri. Siapa tak gembira kan bila trafik blog meningkat setiap hari? Dengan adanya peningkatan trafik blog yang konsisten, ia memberi kesan yang baik dalam menjana pendapatan dengan blog melalui sumber pengiklanan seperti Komli, Nuffnang dan sebagainya lagi.
Apa yang aku perhatikan, sejak dua menjak ni, trafik blog Pondok Kecil meningkat setiap hari. Walaupun sebelum ni, nak dapatkan purata 500 pelawat sehari pun susah. Tapi sekarang tak adalah susah sangat. Ada beberapa perkara yang aku perhatikan. Yang mana sedikit sebanyak perkara tersebut telah menyebabkan peningkatan trafik blog Pondok Kecil.
1. Penggunaan keyword tak senonoh
Ok. Untuk bahagian ini, aku nak terangkan secara umum sahaja. Semuanya dah besar panjang dan aku rasa ini semua perkara normal. Baik lelaki, baik perempuan. Penggunaan keyword macam ni, tidak bermaksud artikel itu dihasilkan 100% 18sx. Tak semestinya macam tu.
2. Aku malas tulis panjang-panjang.
Jadi, aku kongsikan lagi 15 Cara Meningkatkan Trafik Blog. Boleh klik dan baca serta fahaminya dengan penuh perasaan teruja. Aku tahu. Dalam 15 cara tu, tak semuanya korang mampu lakukan. Haha. Sama lah dengan aku. Dalam 15 cara tu, satu dua jer yang rajin aku buat. Selebihnya, simpan dalam kepala aje la.
Harap korang semua berpuas hati dengan artikel yang bertajuk Cara Menaikkan Trafik Blog. Bila tengok keyword lucah macam tu, rasa semacam aje. Ada ketikanya aku rasa macam tak sedap hati jer. Bahtera Pondok Kecil yang aku kemudikan ini dah jauh terpesong dari landasan yang sepatutnya.
Yang dikendong tak dapat, yang dijinjing berciciran. Macam tu lah kot apa yang aku rasa sekarang ni. Mungkin lah. Disebabkan keyword lucah macam ni aku susah nak dapatkomisen jobdirumah. Orang kata, hidup tak berkat susah rezeki nak dapat. Kan?
p/s : Sekadar renungan bersama dan selamat membaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan