Selasa, 2 Disember 2014

Pelik! Ada Kelas YogaBerb0gel Yang Pertama Dibuka di London.




Yoga dikenali sebagai senaman untuk menjaga tubuh tetap sihat, dan itu telah dibuktikan oleh mereka yang telah mengamalkan. Yoga juga merupakan cara meditasi untuk ketenangan jiwa, kerana saat kita melakukan gerakan yoga, kita harus menahan gerakan tersebut.

Yoga juga boleh diaplikasikan di rumah, pejabat, hingga tempat di tempat-tempat sempit. Tetapi jika yoga dilakukan dengan cara berbogel apa anda mahu melakukannya? Mungkin kebanyakan daripada kita tidak akan mahu, jika dilakukan di tempat orang ramai.




Tapi di London, kini sudah dibuka kelas yoga yang menghendaki setiap orang yang masuk dan berada di sana berbogel. Semua peserta yang mengikuti kelas yoga tersebut tidak mengenakan pakaian sama sekali, baik pun pakaian dalam.

Salah satu guru yoga, Annette, yang merupakan pengasas yoga berbogel mengatakan jika idea tersebut telah terfikirkan beberapa tahun lalu, namun baru boleh terlaksana tahun ini kerana permintaan yang cukup tinggi ketika ini.

Ia ingin mmemberikan kepada murid-muridnya manfaat yang lebih besar lagi dari yoga itu sendiri. Kerana pada saat tubuh tidak memakai sehelai benang pun, maka psikis kita juga boleh bermeditasi dengan sempurna. Selain itu, tujuannya adalah untuk meningkatkan aliran darah ke bahagian-bahagian tubuh yang memerlukannya.

"Tubuh kita adalah sebuah keajaiban yang terdapat di manusia, kita terlalu sering mengkritik orang lain, dan menyembunyikan ketakutan kita. Ini adalah masa penuh cinta, penghargaan dan kesenangan bagi tubuh kita," kata Annette.

Jika anda berminat untuk mengikuti kelas ini, sebaiknya anda  kunjungi ke London kerana pesertanya sangat terhad.



sumber : gabancomel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan