Melihat wajah
Ratu Cantik ini selepas 50 tahun memenagi Miss Universe pada tahun 1965,
anda pasti terkejut kerana kejelitaannya masih kekal sama.. Ini kerana
wajahnya masih sama malah kulitnya tampak muda dan anjal pada usianya
kini, 67 tahun.
Apasra Hongsakula
lahir pada tahun 1947 di Bangkok Thailand, namanya mula menjadi
perhatian umum selepas memenangi Ratu Cantik Miss Universe pada tahun
1965 ketika dia berusia 18 tahun, dan merupakan jelitawan pertama dari
Thailand yang memenangi Gelaran Miss Universe itu.
Apasra dilahirkan
dan dibesarkan di Bangkok, Thailand. Di pernah mendapat pendidikan di
Penang, Malaysia. Dia pernah berkahwin dengan sepupu kepada Permaisuri
Sirkit namun telah bercerai dan mempunyai seorang anak lelaki. Walaupun
telah bercerai, dia sering mendapat perhatian di negaranya seperti dia
masih mempunyai pertalian dengan keluarga di Raja.
Setelah 50 tahun
berlalu sejak dia memenangi gelaran Miss Universe pada tahun 1965, kini,
gambarnya menjadi viral dalam media sosial kerana ramai tidak menyangka
pada usia sekarang dia kelihatan masih muda dan tidak jauh beza
semenjak anugerah yang dimenangi 50 tahun lalu.
Namun dengarnya,
bagi mengekalkan kemudaan wajah dia melakukan pelbagai rawatan
anti-penuaan berjumlah 2.5 juta Baht (RM 253,289)
Bagaimanapun,
pengurus kepada Apasra menafikan khabar angin tersebut dan memberitahu
wajahnya adalah asli dan hanya rambutnya sahaja diluruskan dan mungkin
itu jadi penyebab ratu cantik itu kelihatan muda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan