Selalu orang
cakap banyak kelebihan diperolehi lelaki yang mempunyai paras rupa yang
hensem dan kacak bergaya.. Tetapi takde yang terpikir lelaki yang tidak
hensem pon banyak memilik kelebihan.. antaranya seperti dibawah..
1) Tidak menjadi perhatian:-
bukankah satu
kelebihan jika diri kita tidak menjadi perhatian orang. Oleh itu kita
bebas melakukan apa saja yang kita suka tanpa mempedulikan pandangan
orang kepada kita. Yelah.. Orang tak pandang kan? Buat apa pun, pakai
apa pun, buat facial atau nice hair cut pun, bukannya orang perasan. Aku
la tue..Hahahaha
2) Tidak dikejar:-
Ya.. Ini juga
satu kelebihan. Sekarang ini, memiliki wajah yang kacak menawan juga
mampu mengancam diri. Mana tak nya, kalau sering dikejar oleh
wanita-wanita di luar sana. Cuba bayangkan kalau asyik digoda
berkali-kali, masakan tidak ada satu masa yang kita akan terkalahkan
juga (terkalahkan...tak bole blah perkataan)? Itu belum lagi gay, bapak
ayam, tauke tukang urut ++, serta datin-datin puan sri-puan sri yang
kurang kasih sayang.
3) Tidak dianggap gay:-
ini amat
menakutkan. Kerana ramai orang memiliki persepsi lelaki nie tidak
menjaga kecantikan. Dan banyak kekeliruan antara homoseksual dan
metroseksual. Bila seseorang itu metroseksual,
boleh jadi jika beliau dianggap gay oleh sesetangah orang. Ini amat
dangerous kerana tanpa sengaja wanita juga akan menjauhkan diri. Dan
bila wanita menjauhkan diri, mungkin diri korang akan mula mencari
lelaki pula untuk meluahkan perasaan cinta yang mambara dan bergelora.
(Uwekk! Aku rasa loya sekarang! ) Sekarang nie dah la this gays amat
berani dan merata-rata. Memang orang cakap lelaki memang jarang
mengambil tahu tentang penjagaan diri. Tapi tak semua yang metroseksual
itu homoseksual okay? Aku? Species tak jaga muka. Takde masa...
4) Menjadi contoh kepada “Kecantikan dalaman lebih penting dari segalanya”:-
apabila wajah
yang kacak menawan bukan lah asset kepada seseorang lelaki, secara tidak
langsung hati budi dan kesantunan tutur kata serta perilaku akan
menjadi titik tolak persepsi rang terhadap diri anda. Bagi mereka yang
prejudis pula, anda akan terselamat dari dikatakan, “mamat nie harap
muka jer macho tapi hanco!” atau “muka jer hensem tapi satu sen haram
pun tak guna”. Mungkin kerana bila kes bagi lelaki yang tak kacak,
kekurangan dan sebagainya adalah dimaafkan. Hahahaha
5) Mengahwini wanita yang best:-
bukankah amat
seronok apabila seorang wanita, hopefully bukan lelaki, yang mengahwini
anda itu memilih anda bukan kerana paras rupa? Jika seseorang itu
mencintai seseorang kerana paras rupa, sudah pasti cinta itu akan hilang
kerana rupa korang yang hensem lah sangat tue akan hilang jua dimamah
usia dan waktu. Cucuklah botox ataupun vitamin C sekalipun, orang tetap
akan cam yang anda tua, lebih-lebih lagi rakan sebaya anda kerana mereka
tahu umur anda yang sebenar.
6) Mengahwini wanita yang lawa:-
aku tak tahu
kenapa mengikut pengalaman aku pergi kenduri-kendara sebelum nie, kalau
isteri dia cantik molek cute miut, laki dia mesti...erm... tak berapa
hensem. I don’t know why. Aku masih mencari sebab untuk yang ini. Kalau
tahu suggest lah kat aku. Mungkin sebab wanita yang cantik sibuk mencari
lelaki-lelaki yang biar takde rupa tapi ada peribadi, dan wanita-wanita
yang tak cantik tue pula sibuk mencari laki yang hensem dan kacak.
Hahahaha
7) Boleh berjimat:-
kalau anda
seorang yang kacak, sudah pasti orang akan menyibuk dan ambil tahu
tentang wajah anda. Tumbuh jerawat satu pun orang dah kecoh. Badan gemuk
sikit pun orang nak sibuk. Jadi untuk mengelakkan mahkota anda jatuh,
pasti anda akan sentiasa memastikan kecantikan wajah anda dapat
diekalkan dari masa ke semasa. Oleh itu, anda akan membeli produk-produk
penjagaan wajah tak kira murah atau mahal. Mungkin ada yang sampai
senyap-senyap buat facial seminggu sekali, dan mungkin juga ada yang
pakai botox serta ada juga yang pakai susuk atau ilmu guna-guna. Kalau
kita tak kacak, orang tak hiraukan, jadi tak perlu semua itu, kan? Duit
pun dapat disalurkan ke rumah amal ataupun rumah anak-anak yatim serta
tabung surau.
8) Pasangan tidak gusar (gusar, satu lagi perkataan tak bole blah):-
Sekarang ratio
lelaki dan wanita amatlah ketara bilangannya. Ditolak dengan ada yang
jadi gay, mak nyah, yang masuk pusat pemulihan, yang berpeleseran,
tinggal berapa kerat je kan? Jadi memandangkan lelaki sikit, wanita
mungkin akan bertindak dengan lebih aggresif iaitu menyasarkan suami
orang. Hehehehe. Jadi, jika anda tidak kacak, mungkin wanita-wanita itu
tidak menyasarkan anda lantas pasangan anda tidak perlu khuatir yang
anda kan memasang satu cawangan lagi. Tapi tak tau lah kalau dah
desperate sangat sampai orang yang tak hensem pun dorang nak sapu jugak.
Hm...
9) Terhindar daripada gossip:-
bukankah
kewujudan anda hanya disedari oleh seglintir orang saja? Jadi sudah
pasti anda tidak akan menjadi bahan gossip-gossip liar para pemilik
mulut longkang yang takde keje lain itu. Tambahan pula, tiada mana-mana
agensi permodelan atau agensi cari pelakon yang akan menawarkan anda
peluang untuk menjadi bintang terkemuka ataupun bintang mee segera serta
pasarayanbintang. Jadi anda tidak akan menjadi artis ataupun model
sekaligus anda tidak akan digossipkan dengan mana-mana artis. Suka tak?
Hahahahaha
10) Yang terakhir tapi bukan yang paling kurang (last but not least), Menjadi Penyabar yang baik:-
jika anda tidak
kacak, mungkin ada mulut-mulut jamban yang akan mengata atau menghina
anda secara depan-depan atau belakang-belakang. Macamlah muka si pengata
tue hensem sangat kan.. Baru pakai fair and lovely sekali dah declare
muka hensem. Herh... Sekiranya anda menjadi mangsa atau menjadi objek
bahan gurauan, jangan pula anda memaki balik, melempang orang tue,
calarkan motor dia, bubuh julap dalam minuman dia atau bunuh family dia,
sebaliknya lebih anda simpan dendam itu, dan leburkanlah ia sebelum
tidur. Bukan ker elok maafkan semua orang sebelum tidur? Dan jangan
menangis! Tangisan anda itu boleh anda simpan, dan luahkan ketika anda
solat tahajud ataupun solat hajat. Lagi elok.
sumber: penpatah.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan