Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan

Rabu, 3 Disember 2014

Senarai penuh perpindahan pemain liga Malaysia 2015

Di bawah ini saya senaraikan pemain-pemain yang bakal berhijrah untuk musim hadapan yang mana tempoh pendaftaran bagi pemain tempatan bermula 22 September 2014 sehingga 5 Disember 2014 jam 12.00 tengahari. Pendaftaran bagi pemain import berakhir pada jam 11.59 malam hari yang sama (sumber). Artikel ini akan diupdate dari semasa ke semasa sehinggalah tarikh tutup perpindahan pemain diumumkan.
Obinna Nwaneri ke kancah liga Malaysia selepas meninggalkan Kelantan.

KELANTAN
Stefan Nikolic (Pemain kebangsaan Montenegro) Signed
Emmanuel Kanmogne (Import Cameroon) Signed
Isaac Pupo (Import Liberia) Signed
Jonathan McKain (Import Australia) Signed
Norfarhan Mohamad (Terangganu) Signed
Norhafiz Zamani Misbah (N.Sembilan) Signed
Ferris Danial Mat Nasir (HMA) Signed
Hazrul Mustafa (Perak) Signed

JOHOR DARUL TAKZIM
Farizal Marlias (Selangor) Signed
S. Kunalan (Selangor) Signed
S. Chanturu (Sarawak) Signed
Junior Estdal (Sarawak) Signed
Fandi Othman (HMA) Signed
Amer Saidin (HMA) Signed

ATM
Obinna Nwaneri (Bekas import Kelantan) Signed
Jerry Palacios (Pemain kebangsaan Honduras) Signed
Mario Karlovic (Bekas import Terangganu) Signed
Abdulahfees Abdulsalam (Bekas import Perak) Signed
Norshahrul Idlan Talaha (JDT) Signed
Fadzli Shaari (Sime Darby)

PAHANG
Amirulhadi Zainal (JDT)
Gary Steven Robbat (HMA)
D. Savindran (HMA)

TERANGGANU
Paulo Rangel (Bekas import Selangor) Signed
Gustavo Fabian Lopez (Import Argentina) Signed
Hassan Chaito (Import Lubnan) Signed
Helmi Rameli (PKNS) Signed

PERAK
Bruno Perone (Bekas pemain QPR)
Darren Mattock (Import Jamaica)
Ognjen Vranjes (Import Bosnia)
Shahrazen Said (Pemain kebangsaan Brunei)
Sumardi Hanjalan (N.Sembilan)
Azizon Kadir (PDRM)
Bobby Gonzales (PDRM) Signed
Zamir Selamat (PKNS) Signed

SELANGOR
Robert Cornthwhite (Pemain kebangsaan Australia) Signed
Guilherme de Paula (Import Brazil) Signed
Leandro Dos Santos (Import Brazil) Signed
Norazlan Razali (JDT) Signed
S. Subramaniam (JDT) Signed
Azrif Nasrulhaq (HMA) Signed
K. Thanaraj (FELDA) Signed

PDRM
Lot Abu Hassan (Sarawak) Signed
Saiful Amar Sudar (Kedah) Signed
Faizal Abu Bakar (Kedah)Signed
Nurul Azwan Roya (JDT) Signed
Shahurain Abu Samah (FELDA) Signed

FELDA UNITED
Rashid Aya (Sarawak) Signed
Fauzan Dzulkifli (PKNS) Signed
Firdaus Fauzi (Sime Darby) Signed

SARAWAK
Billy Mehmet (Bekas import Kedah) Signed
Ivan Fatic (Pemain kebangsaan Montenegro) Signed

KEDAH
Lawrence Olum (Import Kenya)
Chidi Edeh (Import Nigeria)
Keith M Nah
Shahkir Ali (Kelantan) Signed

PULAU PINANG
Alberto Da Costa (Penjaring terbanyak liga Indonesia) Signed
Reinaldo Lobo (Import Brazil) Signed
Mafry Balang (Sarawak) Signed
Sani Anuar Kamsani (Sarawak) Signed
Syukur Saidin (Sime Darby) Signed
Failee Ghazali (Sime Darby) Signed
Farid Ramli (Sime Darby) Signed
Mohd Azrul Ahmad (ATM) Signed
See Kok Luen (JDT ii) Signed
Mohd Ramezey Che Ros (PKNS)
Mazlizam Mohamad (Terangganu)
Faiz Subri (Terangganu)
Redzuan Nawi (Sabah)

SABAH
El Hadji Diouf (Bekas pemain Liverpool) Signed
Eamon Zayed (Pemain kebangsaan Libya) Signed
Ricarte Dos Santos (Import Brazil) Signed
Zuraindey Jumai (Kedah) Signed
Izuan Salahuddin (HMA)
Syafiq Jamal (Kedah)

JOHOR DARUL TAKZIM II
Baihakki Kaizan (Pemain kebangsaan Singapura) Signed
Irfan Fazail (JDT)

NEGERI SEMBILAN
Forkey Doe (Bekas Import Kelantan) Signed
Bruno Martelotto (Bekas import ATM)
Helmi Eliza Elias (PDRM)
Rudie Ramlie (ATM)
Irwan Fadzli Idrus (ATM)
Ahmad Fauzi Shaari (ATM)
Rezal Zambery Yahya (ATM)
Akhmal Mohd Noor (ATM)
Shahrizal Saad (Perak)
Azizi Matt Rose (JDT)
Khyril Muhymeen (Kedah)

MELAKA
Azizan Baba (Pulau Pinang) Signed

Segala isi kandungan yang terdapat dalam artikel ini merupakan informasi yang dikutip dari pelbagai sumber seperti akhbar, blog dan beberapa laman sosial lain. Tanda (Signed) akan diletakkan dibahagian tepi nama pemain yang telah pun sah menyertai pasukan baru.

Selasa, 18 November 2014

Liverpool berjaya pikat Moreno

Liverpool berjaya pikat Moreno Moreno dapat restu jurulatih untuk sarung jersi The Reds.
Cardiff: Liverpool mengumumkan satu perjanjian berjaya dicapai untuk mendapatkan pertahanan kiri Sepanyol, Alberto Moreno dari juara Piala Europa, Sevilla.

Pemain 22 tahun itu tidak menyertai skuad Sevilla ketika tewas 2-0 kepada Real Madrid pada aksi Piala Super UEFA sebelum Liverpool mendedahkan perjanjian sudah dimaterai untuk membawa pertahanan itu ke Anfield.
“Liverpool sudah boleh mengesahkan yang kelab ini sudah mencapai kata sepakat dengan Sevilla untuk perpindahan pemain kebangsaan Sepanyol, Alberto Moreno,” menurut kenyataan kelab itu menerusi laman web rasminya.

“The Reds akan meneruskan secara formal untuk melengkapkan perjanjian pemain 22 tahun itu dan pengumuman akan dilakukan selepas ianya selesai.”

Restu pemergian

Liverpool bagaimanapun tidak mengesahkan nilai perpindahan yang sudah dipersetujui tetapi media Britain melaporkan ia membabitkan nilai berjumlah £12 juta (RM64 juta).

Mengulas selepas tewas kepada Real di Stadium Cardiff City, jurulatih Sevilla, Unai Emery berkata kelab itu merestui Moreno untuk meninggalkan pasukan itu.
“Kami tidak ada sebarang harapan yang jelas tetapi ia sentiasa berada di minda kami,” katanya.

“Tawaran ini sudah dilakukan kira-kira sebulan atau dua bulan dan kami sedia maklum tentang keperluan untuknya keluar daripada skuad ini.

“Kami berada di England dan ia begitu hampir dengan kelab yang berminat terhadap Alberto.

Mungkin keputusan akan dipercepatkan kerana tarikh akhir hampir tiba (31 Ogos). Kami harap yang terbaik buatnya dan kami juga perlu teruskan perjalanan kami,” kata Emery. AFP