Memaparkan catatan dengan label semakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label semakan. Papar semua catatan

Rabu, 19 November 2014

Semakan untuk pemilihan dan penempatan PLKN 2015

Ada seorang sahabat bertanya, bagaimana nak semak online mahu tahu anak terpilih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2015, dan nak semak penempatan pelajar terpilih kem PLKN 2015. Saya ingatkan ramai dah tahu bagaimana nak semak. Semakan untuk pemilihan dan penempatan PLKN 2015 boleh dibuat menerusi online dan juga menerusi SMS.

Semakan online PLKN siri 12/2015 adalah percuma, manakala semakan menerusi SMS akan dikenakan bayaran, hantar sebanyak RM0.15 manakala penerimaan SMS PLKN 2015 dikenakan caj RM0.20. Semakan juga boleh dilakukan menerusi panggilan telefon.

Menerusi semakan online, pelajar lepasan SPM boleh mengetahui status penempatan serta lokasi kem penempatan PLKN secara percuma. Pelajar mahupun ibu bapa boleh periksa dan mengetahui status semakan pelatih terpilih PLKN dan lokasi penempatan pelatih menerusi dua aplikasi online di dua laman web berbeza kendalian Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Semakan Pelatih Terpilih PLKN 2015 Siri 12

Untuk membuat semakan pelatih terpilih PLKN, ikuti langkah-langkah berikut:
Cara Semak Online PLKN 2015 Siri 12

  • Layari laman web aplikasi dengan klik - Semakan Online Pelatih PLKN Siri 12/2015
  • Masukkan nombor kad pengenalan pelatih atau pelajar di ruangan yang disediakan.
  • Tekan butang 'Semak' yang disediakan.

Atau boleh menyemak kemasukan pelatih menerusi SMS dengan langkah-langkah berikut:

Taip - PLKN SEMAK [Nombor Kad Pengenalan] Hantar ke 15888
  • Contoh: PLKN SEMAK 090515084012

Atau buat semakan dengan terus hubungi Call-Center JLKN 03-40274747 (8:00 pagi hingga 5:00 petang waktu pejabat)

Seandainya pelajar atau pelatih disahkan telah terpilih ke PLKN siri 12 2015, maka bolehlah menyemak penempatan pelatih PLKN. Jika tak terpilih, tak perlulah nak sesakkan sistem aplikasi ni ye .. kasihan pelatih dan ibu bapa lain yang benar-benar nak tahu penempatan dan lokasi kem PLKN.

Semakan Online Penempatan Pelatih PLKN 2015 Siri 12

Cara Semakan Online Penempatan Pelatih PLKN 2015

Atau semakan penempatan pelatih PLKN 2015 boleh dilakukan menerusi SMS:

Taip - PLKN KEM [Nombor Kad Pengenalan] Hantar ke 15888
  • Contoh: PLKN KEM 090515084012

Semakan penempatan pelatih PLKN menerusi telefon juga boleh dilakukan menerusi Call Center JLKN yang telah disediakan.

Moga informasi ini boleh digunakan sebagai rujukan untuk membuat semakan pelatih terpilih dan penempatan kem PLKN 2015.