Sabtu, 6 Disember 2014

hera Aiyob Telah Bertudung dan Buang Gambar Tak Bertudung



Sebelum ini ramai sudah artis-artis wanita berhijrah dengan mula memakai tudung. Terkini seroang lagi artis wanita mulai berhijab. Artis yang dimaksudkan ialah seorang Pelakon iaitu Shera Aiyob. Wajahnya kelihatan manis berhijab seperti mana artis-artis lain yang sudah lama berhijrah seperti Irma Hasmie, Mizz Nina, Umi Nazeera dan Natasha Hudson.

Jika dilihat dilaman Instagram milik Shera Aiyob yang juga isteri kepada aktor Zahiril Adzim, gambar-gambar lama yang tidak bertudung juga telah dipadam begitu juga dengan di laman Zahiril.



Sebelum ini, Shera sudah mula dilihat berjinak-jinak mengenakan hijab ketika menjayakan naskhah drama yang ditayangkan di TV Al-Hijrah berjudul Dalam IradatMu, baru-baru ini.

Semoga selepas ini semakin ramai artis-artis wanita mulai berhijrah dengan berhijab.


Sumber: mynewshub.cc