Ahad, 16 November 2014

Pemilik Lamborghini Gallardo Lihat Kereta Rempuh Tembok

ad 140277051 Pemilik Lamborghini Gallardo Lihat Kereta Rempuh Tembok


SEORANG pemilik kereta sukan, Lamborghini Gallardo hanya mampu melihat keretanya yang sedang dipandu oleh pemandu kenderaan tetamu sebuah hotel merempuh simen konkrit sehingga menyebabkan kerosakan bernilai RM818,000. Lamborghini Crash Pemilik Lamborghini Gallardo Lihat Kereta Rempuh Tembok

Kejadian itu berlaku di hadapan lobi Hotel Le Meridien, New Delhi ketika pemiliknya, Nipun Miglani sedang menunggu keretanya untuk pulang. Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hotel, kereta sukan itu gagal dikawal pemandu ketika kawasan tersebut sesak dengan kenderaan lain.
Lamborghini Gallardo itu tiba-tiba bergerak laju melanggar belakang sebuah kereta sebelum merempuh tembok konkrit hotel hingga pecah. Akibatnya, kereta mewah itu mengalami kerosakan teruk di bahagian depan.
Pemiliknya, Miglani memberitahu bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hotel berikutan kerosakan kereta tersebut. Harga sebuah kereta import dan kos mendapatkan alat ganti di India lebih mahal daripada negara lain kerana duti import.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan