Isnin, 17 November 2014

Filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC) Kembali Menemui Peminat..



Pada tahun 2002 filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC) dari Indonesia menjadi sebutan dikalangan remaja-remaja pada masa itu. Ianya berkisahkan percintaan remaja di antara Rangga dengan Cinta. 

SELEPAS 12 tahun berlalu, fenomena filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC) telah kembali  untuk menghilangkan rasa rindu para peminatnya.

Menurut laporan portal Detikhot, AADC lakonan Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo muncul menerusi drama mini dengan menggunakan judul yang sama.

Drama mini AADC mengisahkan babak baru kisah Rangga yang kini bergelar wartawan yang berjaya di New York kembali ke kampung halamannya di Jakarta untuk satu tugasan.

Memandangkan Rangga dan Cinta sudah lama tidak berhubung antara satu sama lain, pemuda itu bercadang ingin mencari cinta lamanya.
Drama mini tersebut dibawa oleh Line iaitu sebuah aplikasi massenger antara yang terpopular pada masa kini.. 

Jom lihat drama mini Ada Apa Dengan Cinta 2014..






Sumber: mStar.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan