Ahad, 2 November 2014

Blogger Kocong : Faktor tarikan pelancongan di Malaysia

Malaysia menjadi pilihan pelancong dari luar Negara untuk datang ke tanah air dan melihat cara hidup serta pemandangan indah yang terdapat dalam Malaysia. Pelbagai alternatif telah diambil untuk sentiasa memastikan Malaysia menjadi pilihan utama pengunjung dari luar Negara. Terdapat pelbagai faktor tarikan utama pelancongan di Malaysia iaitu: 1. Mempunyai pelbagai budaya
Memandangkan Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan berlainan bahasa seperti Melayu, Cina, India, KadazanDusun, Iban dan banyak lagi, ia menjadi tarikan utama pengunjung dari luar datang ke Malaysia. Hal ini kerana pengunjung boleh melihat budaya daripada bangsa yang berbeza. Contohnya mereka berpeluang untuk melihat tarian Melayu, Cina dan India yang masing-masing mempunyai cara dan jenis yang berbeza ketika melakukan persembahan.
2. Pemandangan yang Indah
Malaysia mempunyai banyak lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Antara lokasi menarik dan popular di Malaysia dalah Cameron Highland dan Genting Highland. Kawasan tersebut mempunyai pemandangan alam semula jadi yang indah. Setiap negeri di Malaysia mempunyai tarikannya yang sendiri. Oleh itu, ia akan menarik pengunjung untuk datang ke negeri yang diingini
3. Pulau-pulau menarik
Malaysia juga mempunyai banyak pulau yang menarik. Keindahan air dan pemandangan pulau menambat hati pelancong yang datang ke Malaysia. Antara pulau-pulau yang menarik pelancong adalah Pulau Langkawi, Pulau Sipadan, Pulan Manukan, Pulau Tioman dan banyak lagi. Pengunjung pastinya berpuas hati dengan pemandangan yang mereka perolehi. Tambahan lagi, pulau tersebut sangat cantik dan bersih. Oleh itu, amat sesuai untuk melakukan aktiviti riadah, mandi manda, snorkling dan sebagainya.
4. Pelbagai aneka makanan
Memandangkan rakyat Malaysia mempunyai pelbagai bangsa yang berbeza sudah pasti Malaysia juga mempunyai pelbagai jenis makanan yang berbeza. Ia menjadi tarikan kepada pelancong kerana pelancong berpeluang untuk merasa makanan yang enak dan lazat yang hanya boleh diperolehi di Negara ini. Antara makanan yang popular adalah Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Sup dan sambal belacan. Selain itu, setiap negeri juga mempunyai makanannya yang tersendiri seperti Terengganu terkenal dengan keropok Lekor manakala Sabah pula makanan yang terkenal adalah Tuhau dan Amplang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan