Gunung berapi
terjadi apabila plat tektonik bumi bergerak dan menyebabkan muncung
magma subterranean meletus atau di lokasi di mana mantel bumi tersangat
panas hinggakan menolak magma ke permukaan.
Walaupun di
Malaysia memang tiada gunung berapi, tapi kita semua tahu kebiasaannya
lava memang berwarna merah api atau jingga kemerah-merahan.
Apa yang kita
tak tahu ialah sebenarnya, wujud lava gunung berapi berwarna biru.
Negara jiran kita, Indonesia memang terkenal dengan gunung berapi yang
aktif dan masih meletus seperti gunung berapi Sinabung yang meletus
selepas beberapa tahun dalam keadaan dormant. Selain itu, gunung berapi
Ijen di Jawa Timur turut menarik perhatian kerana ia merupakan gunung
berapi yang kompleks dan paling unik dengan muntahan lava birunya yang
disebabkan kandungan sulfur yang berkonsentrasi tinggi.
National
Geographic ada menyebut tempat ini sebagai salah satu tempat yang
menakjubkan pemandangannya lantas menarik kunjungan pelancong asing ke
Jawa Timur untuk melihat panorama ini.
Apabila fotografer Olivier Grunewald menjalankan penggambaran di sana, mereka terpaksa memakai topeng gas setiap masa memandangkan konsentrasi sulfur yang tinggi di dalam udara. Olivier dan timnya terpaksa tidur sambil memakai topeng gas untuk merakamkan panorama lava biru tersebut.

Thanks to Olivier dan tim, dapatlah kita sama-sama melihat salah satu kejadian bumi yang unik dan luarbiasa ini.