Sabtu, 6 Disember 2014

AFC hukum Al Shamrani lapan perlawanan kerana meludah


PENYERANG kelab Al Hilal, Nassir Al Shamrani menjulang trofi apabila ditabal selaku Pemain Bola Sepak Terbaik 2014 oleh Gabungan Bola Sepak Asia (AFC), di Manila November lepas. - Foto AFP
KUALA LUMPUR: Nassir Al Shamrani - pemain yang baharu ditabal selaku Pemain Bola Sepak Terbaik Asia 2014 - digantung lapan perlawanan.
Ini kerana tindakannya meludah ke arah pemain lawan ketika perlawanan akhir kedua Liga Juara-Juara Asia, bulan lalu.
Al-Shamrani dilihat menjadi punca kepada pergeseran dalam perlawanan ketika Al Hilal tewas 0-1 kepada kelab dari Australia Barat, Sydney Wanderers pada 1 November selepas perlawanan di Riyadh.
Al Shamrani menewaskan pemain Al Ain, Ismail Ahmed dan pemain Qatar, Khalfan Ibrahim untuk memenangi anugerah bola sepak terbesar benua pada Majlis Anugerah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Manila pada 1 Disember lalu. - AFP