Jumaat, 5 Disember 2014

20 Tanda kita jatuh cinta dekat seseorang




Menyukai seseorang  yang bukan sama jantina adalah lumrah manusia..
Manusia hidup saling memerlukan antara satu dengan yang lain..
Begitu juga lelaki dan perempuan, mereka saling melengkapi..
Tapi pernah tak korang rasa korang macam jatuh hati atau jatuh cinta atau suka dekat 
seseorang? dan adakah apa yang korang pada tahap cinta?
Ketahui tanda-tanda adakah korang betul-betul jatuh hati
atau tak pada pandangan pertama :

Excited betul minion ni..hak3..

1. Terasa selesa memandang dia dan pada mata korang dia tak ada kekurangan, bila dah jatuh cinta semua kekurangan dan kelemahan dia ditolak tepi. 

2. Setiap kali nampak dia mesti jantung terasa laju, perut pun rasa kecut semacam..kononnya nervous lah katakan..

3. Hari-hari nak tengok dia, dari jauh pun jadi lah, contoh kalau dekat kelas nampak beg dia pun jadilah..
atau dekat tempt kerja nampak kereta or motor dia..so tau lah dia ada berdekatan dengan korang, so mission mestilah nak mengusha ye dak? 

4. Kalau boleh nak cari cara untuk bercakap dengan dia, konon-konon buat-buat bagi barang..at least dapat cakap dengan dia..

5. Kalau nampak dia ada satu perasaan yang teramat gembira dalam hati, kalau hati tu boleh keluar dah lama dia pergi terjun keluar..terlampau excited punya pasal..

6. Kerap terpikirkan pasal dia tak tahu lah apa masalah otak korang masa tu, tapi akan kerap terpikir pasal dia dan kadang-kadang boleh terbawa sampai ke mimpi.

7. Menjadi stalker tegar dia seperti di facebook,twitter,intagram dan laman sosial lain

8. Selalu menghantar text mesej yang mengajak dia berbual dengan korang

9. Terasa jealous bila ternampak dia dengan orang lain yang tak dikenali, dan tertanya-tanya siapa orang yang sedang dia berkomunikasi.

10. Bayangann kekasih lama sudah mampu dibuang jauh ke dalam laut dah tak kisah dah pada kekasih lama sebab hati dah suka pada yang baru.

11. Bila tak nampak dia di mana-mana mesti tercari-cari dan bila dia tak ada timbul perasaan kecewa yang teramat.

13. Selalu tersenyum tanpa sebab, kadang-kadang bila dengar nama dia pun dah boleh buat korang senyum sampai telinga

14. Selalu nak cuba berpakaian cantik,comel,smart or hensem bergaya semata-mata nak dia memandang korang.

15. Sering bercerita pada kawan rapat tentang apa yang si dia buat hari ni, apa yang berlaku antara korang dengan si dia, mungkin perkara kecil seperti dia minum air oren pun akan diceritakan pada kawan baik.

16. Lama kelamaan dia mula menjadi obsessi korang

17. Minta nombor telefon dia

18. Sering curi gambar yang ada muka dia dari mana-mana laman sosial atau sering mencuri-curi tangkap gambar dia

19. Sering berpura-pura melihat sekeliling padahal mata mencuri pandang dekat dia

20.Tanda-tanda seterusnya rasa korang dah boleh agak dah apa yang terjadi..semua terpulang pada korang sama ada dia menyukai korang balik atau cinta korang sekadar bertepuk sebelah tangan sahaja..hik3..