Setiap
detik kehidupan kita, pastinya kita tidak akan terlepas daripada
berbuat dosa. Dosa-dosa yang kita lakukan itu hanya boleh terhapus
dengan amalan baik dan dengan bertaubat bersungguh-sungguh kepada Allah
SWT.
Setiap manusia tidak mungkin terlepas daripada berbuat dosa besar mahu pun dosa kecil. Dalam pada kita berusaha untuk bertaubat padaNya, ada antara dosa-dosa yang tidak diampunkan oleh Allah…iaitu :
1- Makan harta anak yatim secara haram.
(
untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti
membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada
anak yatim tersebut . Jika anak yatim tersebut memaafkan perbuatannya,
barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut
tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus).
2- Menuduh wanita solehah berzina.
(
Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita
tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa
tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya
wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak
boleh bertaubat kepada Allah SWT ).
3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
(
Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak
layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang
lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan
Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).
4- Melakukan sihir.
(
Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik
kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT
melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada
kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).
5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.
(
Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui
niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka
dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua
Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud
barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang
telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan
Allah SWT).
6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.
(
Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah
kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah
mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek
Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).
Kitab Tanbihul Ghafilin , Jilid 1 & 2. M/S : 532.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan