Selamat datang ke blog Blogger Kocong ,
Sebenarnya, ada pelbagai cara untuk korang hasilkan produk sendiri.
Tidak semestinya korang kena karang sendiri ebook korang, korang boleh
juga gunakan artikel-artikel PLR untuk cipta sebuah ebook yang ringkas
dan padat, tetapi harganya perlulah bersesuaian dengan isi kandungan
ebook tersebut.
Takkan lah korang nak letak harga sampai RM100 untuk ebook yang guna
artikel PLR, sekurang-kurangnya letaklah harga yang berbaloi dengan masa
dan tenaga korang hasilkan ebook dari artikel PLR tersebut.
RM20. Pada aku harga ini agak munasabah. Kenapa aku kata munasabah?
Sebabnya isi kandungan ebook tersebut semuanya dah siap-siap ditulis, kerja korang adalah copy&paste sahaja artikel tersebut dan convert dalam bentuk fail PDF, buat design sikit untuk ecover ebook
korang, selesai. Tetapi, terpulanglah pada korang sendiri untuk
tetapkan harga ebook korang tu, jangan ikut aku pulak..hehe..
Sebagai permulaan dan juga jenis ebook yang menggunakan artikel PLR, korang tak perlu sangat nak buat sales letter berbagai, promosi guna Facebook dan blog sahaja sudah mencukupi. Kebanyakkan mereka yang menjual ebook menggunakan sales letter adalah ebook yang dihasilkan sendiri melalui pengalaman mereka, jadi ianya agak berbaloi untuk bina sales letter, target market mereka adalah secara long term.
Kalau yang menggunakan artikel PLR ini sebagai isi kandungan ebook, ianya lebih kepada short term. Namun tak semestinya short term itu tak berbaloi, ianya tetap membantu korang menjana pendapatan dengan produk digital sendiri.
Bagi ebook jenis ini, aku syorkan korang target market luar negara sana,
lagipun banyak artikel PLR berbahasa Inggeris, nak cari bahasa Melayu
punya agak susah sikit. Orang-orang mat saleh nie rajin membaca
buku-buku berbentuk Self Reference dan yang sewaktu denganya, jadi dari situ korang dah ada target market untuk ebook korang.
Salah satu tempat jualan untuk ebook korang ialah dengan menggunakan platform Google Play Book Store.
Korang sendiri tahu berapa ramai pengguna Google di dunia nie, andai
kata dapat ambil 1% dari pengguna Google nie sebagai pembeli ebook
korang pun dah cukup berbaloi.
Percuma ke?
Ya, korang boleh jual ebook korang di Google Play Book Store secara
percuma sahaja. Tak perlu bayar apa-apa. Keuntungan akan dibahagi iaitu
Goole 50.1% dan korang sebagai penjual dapat 49.9% dari hasil jualan.
Amazon, satu lagi platform yang boleh orang gunakan untuk jual ebook
korang, berbanding Google, penulis ebook di Amazon boleh mendapat
keuntungan sehingga 70%, kalau tak silap aku. Setup fees aku tak pasti pula untuk Amazon nie.
Cara dan teknik sebegini banyak dilakukan oleh IM luar negara sana, cuma
di Malaysia nie, ianya masih lagi kurang pendedahan di kalangan kita
semua. Mungkin ada diantara kita yang masih baru lagi tentang Google Play Book Store
nie, aku pun masih baru lagi dengan ilmu nie, jadi nak buat tutorial
lengkap untuk panduan buat korang agak melampaui batas ilmu aku buat
masa sekarang.
Jadi, pada korang semua yang rasa cara dan teknik ini dapat membantu korang buat duit
dengan produk sendiri, korang dah boleh mulakan sekarang. Cubaan
pertama mungkin tak seindah yang korang harapkan, tapi kalau ada
kesungguhan dan tidak kenal erti putus asa, confirm korang boleh
berjaya.
Sedangkan Thomas Edison cipta mentol yang ke 1000 baru berjaya, inikan pula kita yang baru sekali cuba dah terus nak berjaya, kan?
Usaha tangga kejayaan
Okay, itu sahaja yang aku nak kongsikan untuk kali nie, kalau ada di
kalangan korang yang dah berjaya dengan cara dan teknik nie,
kongsi-kongsilah dengan aku dan pembaca blog ini ye, boleh jadi pembakar
lemak semangat pada aku dan yang lain-lain.
Okay, sekian.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan