Semalam jumpa sahabat lama. Sekarang dia dah jadi ustaz dah.
Alhamdulillah. Dah lama tak jumpa tu, mesti la topik perbualan tu
panjang sikit. Maklumlah, ustaz kesayangan merangkap sahabat setia la
katakan. Dalam masa berbual tu. Tiba-tiba pulak ustaz ni tanya aku dah
'KAHWIN' belum. Alahai ustaz... dah ada calon untuk aku ke?? Umur dah la
hampir setara. Bezanya cuma dia muda sedikit dan sudah berkahwin.
Dalam minggu ni, dah masuk seratus kali dah orang tanya aku soalan yang sama. Teruk betul kena soal selidik ni.
Apa-apa pun aku jawab jugak la soalan tu. Lepas tu ustaz ni beritahu;
"Nak cari jodoh ni, kita kena cari dekat dalam diri sendiri." Aku mula
membingungkan diri dengan memikirkan bagaimana caranya. Otak aku memang
akan mengalami kelembapan yang melampau kalau dalam bab mencari jodoh
ni. Macam manalah aku nak cari jodoh dalam jasad aku yang cukup kecil
ni??
Dalam pada masa aku kebingungan tu. Ustaz ni tambah lagi; "Jangan cari
wanita solehah ni dekat masjid, sekolah, pejabat dan sebagainya sebab
kamu takkan berjumpa dengannya." Aku bertambah bingung dan hampir-hampir
memeningkan diri yang sedari tadi tak pening pun. Mana lagi nak cari
kalau dekat masjid pun tak boleh nak jumpa??
Belum sempat aku nak bertanya dan pecahkan kebuntuan ni. Ustaz merangkap
sahabat aku ni sekali lagi berkata; "Carilah pasangan yang sekufu."
Kali ni aku dengan tangkasnya menanyakan soalan yang terbuku di fikiran; "Sekufu? Maknanya ustaz?"
"Maknanya, sama tahap iman dan taqwa. ALLAH SWT menjadikan seseorang
sebagai pasangan untuk akhi sesuai dengan tahap iman dan taqwa yang akhi
miliki. Jika akhi mahu melihat tahap iman dan taqwa seseorang, lihatlah
siapa pasangannya." Aku mula memahaminya tapi masih belum sepenuhnya.
Cukup-cukup lambat otak aku untuk memprosesnya.
"Jadi, apa yang perlu dilakukan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan