Jumaat, 7 November 2014

Blogger Kocong : tips blog SEO

Aku selalu dengar blogger lama cakap, jika serius nak buat blog kena belajar teknik SEO. Belajarlah walaupun sekadar teknik asas SEO bagi blog baru
SEO atau Search Engine Optimization. Apabila kita menggunakan teknik SEO yang betul, artikel dalam blog kita akan di'index' oleh 'search engine'. Lebih bagus jika artikel berjaya berada di muka depan search engine, kerana orang yang mencari maklumat pasti akan terpandang artikel kita terlebih dahulu berbanding artikel yang berada di 'page 2', kebarangkalian untuk orang masuk ke blog kita pun lebih tinggi.
Tujuan utama SEO adalah untuk menarik trafik masuk ke blog kita. Ambil satu contoh, jika kita buat blog perniagaan, trafik itu umpama duit, kerana kemungkinan trafik tadi akan bertukar kepada pelanggan, seterusnya dapat menghasilkan duit. Jika blog kita tiada trafik, darimana nak jual barang yang kita jual. Penting atau tidak belajar teknik SEO itu bergantung kepada diri kita sendiri.
Sebenarnya dengan menggunakan teknik SEO kita akan mendapat trafik secara berterusan daripada search engine, samaada untuk jangka masa pendek atau jangka masa panjang mengikut 'keyword' yang kita gunakan. Apa yang aku tulis ini cuma sekadar perkongsian apa yang telah aku optimumkan untuk SEO blog aku ini. Jom kita mulakan perbincangan.

Tips Asas Teknik SEO

Secara asasnya teknik SEO terbahagi kepada dua bahagian iaitu On-page SEO dan Off-page SEO. Untuk memastikan teknik SEO kita ampuh, kedua-dua teknik ini perlu seiring, namum on-page SEO adalah yang perlu diutamakan terlebih dahulu baru off-page SEO.

Kandungan Entri Yang Berkualiti

Kandungan entri adalah segala-galanya dalam permainan SEO. Sebab itu ada perpatah orang putih yang berbunyi "Content is King".
Isi kandungan entri blog kita haruslah original, jangan suka-suka nak 'copy-paste' isi blog orang lain. Nak ciplak boleh tapi ada caranya, tapi ingat kena buat entri yang original. Jika nak ciplak juga bagi backlink atau credit dekat tuan punya entri terlebih dahulu.
Tulis tajuk entri lebih kurang 65-75 karakter sahaja, kerana jika lebih daripada itu nanti tajuk kita tidak akan dipaparkan di 'search engine'
Jumlah perkataan, ada yang cakap paling minimum sebuah entri SEO yang bagus adalah dengan menulis 300 patah perkataan atau lebih.
Masukan 'keyword' dalam entri, peratusan 'keyword' dalam setiap entri juga di ambil kira, jangan terlalu banyak jangan terlalu sedikit, formula yang mungkin boleh dipakai adalah dengan menggunakan lebih kurang 4% keyword density. Yang penting isi kandungan entri relevan dengan 'keyword' yang digunakan.
Tulis entri yang bermanfaat kepada pembaca kita, jangan suka tulis entri palsu atau cerita yang tidak benar.

Optimasi Alt Tag Pada Gambar

Penggunaan gambar dalam entri juga memberi kelebihan kepada SEO blog kita. Cuba kita lihat di Google search engine, ada halaman untuk carian gambar. Jadi disini ada juga teknik SEO untuk gambar.
Sebenarnya search engine tidak boleh 'crawl' atau mengesan gambar, namum jika kita memasukan elemen Alt Tag pada gambar, barulah search engine akan mengesan gambar kita.
tips asas teknik SEO blog baruJadi sila masukkan juga 'keyword' pada Alt Tag gambar. Namakan
gambar dengan menggunakan 'keyword' juga. Jangan biarkan title gambar anda disi dengan bermacam nama lain yang tidak ad anilai SEO lansung.
Jika anda menggunakan platfrom blogspot boleh masukkan dengan menggunakan Image Properties. Caranya Klik Pada Gambar > Klik Properties > Isi keyword serta tajuk gamabr dalam kotak yang disediakan.
Anda juga boleh edit Alt Tag secara manual dengan masuk ke HTML Mode, dan masukkan code dibawah ini untuk gambar yang ingin di optimumkan.

Heading Tag

Tips Asas Teknik SEO Blog BaruHeading Tag perlu disusun mengikut urutan yang betul bermula daripada
sehingga
. Kita tidak boleh melangkau susunannya, ia tidak bagus untuk SEO.
Untuk teknik SEO yang bagus, 'keyword' perlu diletakkan pada
. Namum bagi pengguna blogspot, jika masih menggunakan 'default templates' Heading Tag anda masih belum di optimumkan sepenuhnya lagi.
Untuk memaksimumkan SEO, susunan Heading Tag perlu diubah menjadi seperti ini:

Homepage

- Tajuk utama blog

- Tajuk artikel/entri yang ada di homepage

Single post (entri anda)

- Tajuk Entri

- Heading dalam post anda
Dalam blogspot juga selalunya 'Title Sidebar' menggunakan Heading Tag
. Untuk lebih bagus boleh diubah kepada

Bagaimana pula cara hendak guna Heading Tag ini di dalam entri. Contohnya Heading Tag boleh disusun seperti dibawah ini:

Main Heading

Secondary Heading 1

Sub-section of the secondary heading 1

Secondary Heading 2

Sub-section of the secondary heading 2

Membina Backlinks

Apabila bercakap soal 'Backlinks' ia sebenarnya sudah masuk di dalam topik Off-page SEO. Kerana dalam bab ini kita perlu optimumkan SEO dari luar blog kita.
Cara paling senang untuk blogger baru adalah dalam membina Backlinks adalah dengan melakukan 'blogwalking' iaitu melawat ke blog orang lain dan meninggalkan komen serta backlink di ruangan komentar blog orang lain.
Tetapi harus di ingat jangan SPAM blog orang, tak baik. Berikanlah komentar yang membina serta bertepatan dengan entri di blog tersebut.
Setiap kali blogwalking, kalau boleh tinggalkanlah link entri sekali sekala. Lebih bagus jika kita dapat mencari blog 'DoFollow' amat berguna jika kita tinggalkan backlink bersama keyword kita dalam 'anchor text'.
tips asas teknik seo blog baru
Setakat itu dahulu info asas teknik SEO yang perlu blogger baru faham dan tahu. Sebenarnya ada banyak lagi yang perlu aku belajar dan gali jika mahu mendalami ilmu SEO ini. Anda bolehlah jga pergi ke blog blogger-blogger otai yang lain, yang lebih hebat teknik SEO mereka.
Segala tips ini pun dah banyak ada di search engine. Namum aku buat artikel tips asas teknik SEO ini untuk berikan semangat lagi kepada blogger baru supaya belajar serba sedikit pasal teknik SEO.

Jika anda ingin tahu lebih lagi tentang teknik SEO ini, aku rekemenkan anda untuk baca eBook Juara SEO Lokal.

Teknik Rahsia Dari Webmaster Sebuah Syarikat Berstatus MSC Untuk Membantu Menguasai Pasaran Lokal Melalui Google+ Local, Google Places dan Google Maps. Kami Mendedahkan Teknik Penguasaan Google Secara Online Dan Offline Yang Akan Membantu Apa Sahaja Syarikat Untuk Mendominasi Enjin Carian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan