Ahad, 16 November 2014
Stesen Minyak Tak Alukan Mat Rempit Datang.Kenapa?
Stesen Minyak Tak Alukan Mat Rempit Datang.. Kenapa? - Melalui sebuah gambar yang dikirimkan oleh pembaca Mynewshub, seorang pemilik stesen minyak di Jaya Gading, Kuantan yang kurang senang dengan sikap sesetengah pengguna khususnya mat rempit, didapati telah meletakkan satu memo di stesen minyak tersebut.
Memo tersebut berbunyi:
“Stesen Petronas Jaya Gading tidak menyokong langsung aktiviti rempit. Semua perempit tak payahlah isi minyak motosikal anda di sini. Anda dialu-alukan mengisi di sini bila anda dah berhenti dan bertaubat dari merempit.”
Kisahnya, pada setiap hujung minggu stesen minyak tersebut akan berubah menjadi ‘litar mini’ apabila puluhan mat rempit berkumpul dan membunyikan enjin secara kuat sehingga mengganggu ketenteraman.
Hal ini menyebabkan pengguna lain berasa kurang selesa untuk berhenti mengisi minyak di stesen berkenaan.
Difahamkan, stesen minyak tersebut sebenarnya sangat dikenali kerana boleh dikatakan hampir 24 jam memasang ayat suci Al-Quran dan zikir. Malah, stesen tersebut pernah menawarkan air mineral percuma sekiranya pengguna mengisi minyak lebih daripada RM30.
Bagaimanapun dalam kes ini, pemiliknya tidak lagi berkompromi dengan pelanggan malah sanggup menghalau mereka daripada mengisi minyak di stesen tersebut. Marah sangat nampaknya tu…
Diharapkan bila membaca memo pemilik stesen minyak ini untuk mereka, mat rempit terlibat akan berasa insaf bahawa gelagat mereka sebenarnya hanya mengundang rasa meluat masyarakat. – MyNewsHub
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan