RE: Harapan Buat Pasangan-pasangan Yang Belum Dikurniakan Zuriat
Assalamu'alaikum / Salam Sejahtera,
Ketidaksuburan adalah suatu masalah yang biasa didapati dalam mana-mana
komuniti masyarakat. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh HFEA(Human
Fertilisation and Embryology Authority) pada tahun 2007, 1 daripada 7
pasangan di UK menghadapi masalah untuk dapat zuriat. Manakala
berdasarkan satu statistik dari sumber yang lain, 15% daripada pasangan
di US yang mencuba untuk dapat zuriat tetapi gagal untuk hamil. Menurut
Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, 10-15 % pasangan suami isteri
di Malaysia menghadapi masalah kesukaran untuk mendapat zuriat.
Adakah anda termasuk dalam golongan di atas?
Kami adalah pasangan suami isteri yang juga pernah melalui apa yang anda
lalui sekarang. Keadaan tersebut telah menggerakkan kami untuk membuat
kajian dan rujukan berkenaan dengan ilmu-ilmu tentang kesuburan. Dengan
berlatarbelakangkan pendidikan dalam bidang sains, ia tidak menjadi
masalah bagi kami untuk mendapatkan sumber-sumber kajian yang jarang
diterokai oleh kebanyakan orang.
Setakat pengetahuan kami, tidak pernah ada satu rujukan khusus berkenaan
dengan kesuburan dalam Bahasa Malaysia yang pernah dihasilkan. Kalau
adapun hanyalah tips-tips ringkas 1 mukasurat yang didapati dalam
majalah-majalah kewanitaan dan kehamilan. Ia menyebabkan kami terpaksa
beralih dengan mendapatkan sumber-sumber dari luar negara.
Persoalannya, mana perginya pakar-pakar sakit puan dan pakar-pakar
kesuburan di Malaysia? Sebenarnya kita memang mempunyai pakar-pakar yang
berkemahiran setanding dengan pakar-pakar dari luar negara. Mereka
mempunyai 'track record' yang baik dalam membantu pasangan-pasangan ini
menimang cahayamata. Tetapi oleh kerana kesibukan mereka dalam
memberikan rawatan menyebabkan sehingga sekarang tidak pernah ada satu
sumber rujukan yang khusus yang boleh dijadikan panduan oleh
pasangan-pasangan yang mengalami kesukaran untuk dapat anak.
Sekurang-kurangnya panduan seperti ini dapat dijadikan rujukan bagi
mendapatkan ilmu-ilmu asas kesuburan sebelum merujuk kepada mana-mana
doktor bagi medapatkan khidmat nasihat dan rawatan.
Daripada kajian dan rujukan yang telah kami jalankan, kami telah
menerokai satu hasil dapatan yang sangat menakjubkan. Terdapat
perkara-perkara yang selama ini kita tidak ambil perhatian terhadapnya,
tetapi boleh menjadi punca seseorang itu sukar untuk dapat zuriat. Kami
merasakan adalah sangat rugi jika maklumat-maklumat yang sangat berguna
ini tidak disebarkan untuk manafaat bersama. Hasil dapatan tersebutlah
yang ingin kami kongsikan dengan anda sekalian.
Apakah sebenarnya yang kami telah terokai daripada kajian-kajian
tersebut?
Adakah ia benar-benar bermanafaat?
JIka berminat boleh layari >> Kaedah PBT
JIka berminat boleh layari >> Kaedah PBT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan