KAHERAH –
Seorang pemandu bas awam di Mesir kantoi didapati menipu ujian air
kencing apabila disahkan hamil dua bulan setelah menukar air kencing
dengan isterinya untuk mengelak disahkan positif mengambil bahan da dah
baru-baru ini.
Lelaki itu yang
tidak didedahkan identiti pada mulanya dipanggil seorang pegawai polis
tempatan bagi menyemak kesahihan air kencing hasil pemeriksaan rutin
pihak berkuasa terhadap pemandu bas secara rawak bagi mengesan
pengambilan dadah.
Akhbar Mesir
melaporkan, sewaktu disoal, suspek cuba berbohong apabila menegaskan air
kencing itu sebagai miliknya menyebabkan pegawai penyiasat yang keliru
dengan status tersebut akhirnya mengucapkan: “Tahniah, anda disahkan mengandung dua bulan!”
Lelaki itu akhirnya
mengaku cuba menipu dengan menukar air kencing dan menghantar sampel
urin milik isterinya bagi mengelak dikesan mengambil bahan larangan
tersebut yang biasa digunakan kebanyakan pemandu untuk tidak mengantuk
memandu terlalu lama.
Pihak berkuasa
pengangkutan Mesir berkata, mereka mungkin akan mengambil ujian darah
bagi mencegah gejala penukaran air kencing dalam kalangan pemandu
tempatan apabila mendapati penipuan sedemikian sebenarnya sudah lama
diamalkan tanpa dikesan.
Penggunaan dadah di
Mesir dilaporkan meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan
kebanyakan pemandu bas gemar membeli ubat tahan sakit berharga murah
yang mengandungi bahan perangsang tenaga untuk memandu tanpa mengantuk.
Dianggarkan
kira-kira 12,000 orang maut akibat kemalangan jalan raya di seluruh
Mesir setiap tahun dan kebanyakan kes disebabkan pemandu pengangkutan
awam itu terlelap akibat memandu dalam tempoh agak lama tanpa mendapat
cukup rehat. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan