Dikisahkan
apabila tiba di penghujung zaman nanti akan terjadilah satu peperangan
yang terbesar dalam sejarah manusia iaitu peperangan diantara umat islam
menentang kufar.
Perang
Dunia ke 3 yang juga dikenali sebagai “Armagedon” ini merupakan perang
terakhir antara kaum muslimin dengan orang-orang Yahudi sebelum
kedatangannya hari kiamat.
Dalam perang tersebut pemimpin mereka Dajjal terbunuh, hingga seluruh Yahudi juga akan terbunuh seramai 70,000 orang.
Diriwayatkan apabila hampir subuh maka Imam Mahdi r.a pun memerintahkan tenteranya bersiap sedia untuk menunaikan solat subuh.
Itulah
peperangan terakhir buat umat islam bersama tentera Al Mahdi dan subuh
yang terakhir sebelum dajjal terbunuh oleh Nabi Allah iaitu Isa as.
Bilal
pun melaungkan azan kemudian masing-masing bersolat sunat fajar apabila
semuanya selesai. Bilal pun berdiri dan melaungkan Iqomah menandakan
solat akan didirikan .
Pada
masa yg sama di luar sana, 2 malaikat telah turun membawa seorang
keturunan bani Israil dari langit, beliau adalah anak seorang perempuan
yang suci, Nabi Isa a.s .
Nabi
Isa a.s diturunkan ke menara putih di Masjid (sesetengah berpendapat
Nabi Isa a.s turun di Masjid Ummayad, Damascus Syria) di mana Imam Mahdi
r.a dan kaum muslimin bersolat subuh.
Di
dalam sebuah hadis ada menceritakan ketika Nabi Isa a.s turun ke bumi
baginda memakai jubah yg berwarna putih kekuning-kuningan, berambut
panjang sehingga mencecah bahu, rambutnya seolah-olah kelihatan basah
seolah-olah ada air yg akan menitis ke pakaiannya, apabila di
mengibaskan rambutnya jatuhlah mutiara daripadanya.
Turunnya
Nabi Isa a.s adalah untuk membuat perhitungan yang terakhir . Inilah
detik terpadamnya fitnah yang menguasai manusia berabad-abad lamanya.
Fitnah
kaumnya tentang kematiannya disalib akan diperlihat kebenaran Al Quran
bahawa jasadnya dinaikkan ke langit dan dikembalikan ke dunia untuk
dipersaksikan keseluruhan umatnya.
Tanpa
berlengah lagi nabi Isa a.s pun turun ke ruangan solat .Kelihatan ramai
manusia sudah berdiri dan bersiap -siap untuk solat subuh .
Diriwayatkan
bahawa manusia yang pertama yang mengetahui turunnya Nabi Isa a.s ialah
pesuruhnya yang dikenali sebagai Zarnab Bar’ala. Beliau hidup sejak
zaman Rasulullah saw dan dipanjangkan usianya melebihi 2000 tahun.
Pesuruh nabi Isa as. itu ditempatkan di suatu bukit dan di doakan umur yang panjang sehingga turunnya nabi Isa a.s dari langit.
Maka
Nabi Isa a.s pun mengucapkan salam kepada semua kaum muslimin, semua
orang di situ mendengar dengan jelas salam itu lalu mereka semua
berpaling ke arah suara itu. Masing-masing tertanya-tanya siapakah
gerangan manusia yang baru memberi salam ini, tanpa berlengah maka
Zarnab Bar’ala memperkenalkan manusia itu ialah Nabi Isa as Putera
Maryam.
Maka
tersenyumlah kaum muslimin, suasana diselubungi perasaan syukur dan
gembira.Nabi Isa a.s menyapa dan bersalam-salaman dengan kaum muslimin.
Tidak menjadi masalah baginya untuk bermesra dengan kaum muslimin kerana
baginda mengetahui banyak bahasa dunia.
Tanpa
berlengah Nabi Isa a.s dipersilakan ke hadapan untuk mengimamkan solat
subuh. Solat subuh yang terakhir sebelum Dajjal lenyap di dunia yang
fana ini.
Imam
Mahdi yang berumur 44 tahun ketika itu mempersilakan Nabi Isa a.s
manjadi Imam tetapi ditolak pelawaan itu dengan baik olehnya. Dalam
perkara ini, Rasulullah saw mengulas dalam salah satu hadisnya,
“Perbuatan Nabi Isa a.s adalah satu penghormatan untuk umat ini”.
Setelah
selesai sahaja Imam Mahdi r.a dan Nabi Isa a.s serta kaum muslimin
bersolat subuh berjamaah. Nabi Isa a.s memerintahkan supaya pintu kubu
di buka, setelah pintu kubu dibuka maka kelihatanlah si Mata Satu
[Dajjal Al-Masih].
Bersama
tenteranya telah berbaris dan bersedia untuk berperang. Di
pinggang-pinggang mereka terdapat pedang yang bersalut emas dan mereka
semua adalah kaum Yahudi yang ketika itu berjumlah seramai 70,000 orang
tentera belum termasuk bilangan jin dan kaum-kaum lain yang terpedaya
dan mengikuti dajjal.
Nabi
Isa yang berusia 33 tahun itu pun maju ke hadapan bersama-sama tentera
Islam. Nabi Isa ketika mara ke hadapan sambil menundukkan kepalanya dan
apabila sampai betul-betul setentang dihadapan dajjal barulah Nabi Isa
a.s mengangkat kepalanya dan merenung Dajjal dengan matanya.
Dengan
izin Allah maka keluarlah mukjizat dari mata Nabi Isa a.s dan terkena
Dajjal , akibat renungan tajam Nabi Isa a.s itu jasad dajjal pun
mencair.
Maka
kelihatanlah dengan jelas muka sebenar dajjal dan tubuh badannya. Kaum
manusia yang sesat tersihir terkejut melihat perubahan ‘tuhannya’
(dajjal) maka mereka pun tersedar bahawa mereka telah di tipu dan lari
bertempiaran melepaskan diri.
Sesungguhnya tuhan yang diikuti selama 37 hari itu sebenarnya adalah dajjal.
Seperti
maksud dari sepotong hadis, “Kemudian ia (Nabi Isa a.s) menuju kepada
mereka (dajjal dan tenteranya) dan apabila ia dilihat oleh musuh Allah
maka ia (dajjal) akan mencair seperti garam yg mencair, sekiranya ia
membiarkan hal itu ,sesungguhnya musuh Allah akan binasa…”
Dajjal
sangat mengenali manusia yang berdiri di hadapannya itu, sebenarnya
mereka sudah pernah bertemu sebelum ini iaitu lebih kurang 2020M tahun
yangg lampau. Maka dajjal sedar ajalnya telah tiba, amat bodohlah
sekiranya dia cuba untuk memerangi Nabi Isa a.s. Sudah tentu dia akan
mati terbunuh dihadapan pengikutnya. Maka habislah gelaran pengiktirafan
taraf Tuhan yang baru diperolehi itu daripada manusia.
Dajjal
mengambil keputusan untuk melarikan diri, secara-tergesa-gesa lari ke
arah timur namun apabila tiba di sana alangkah terkejutnya kerana di
dapati musuhnya sudah ada di hadapannya. Tanpa berlengah dajjal lari ke
arah barat, sampai di sana alangkah terkejutnya buat kali ke dua, Nabi
Isa a.s sudah ada di hadapannya.
Sesungguhnya
pada ketika ini dia merasakan ajalnya telah begitu hampir, namun dajjal
tidak berputus asa lalu lari ke arah negaranya iaitu Israel, tetapi
sebelum sampai ke kuilnya iaitu di suatu tempat di pintu masuk Lud,
dajjal melihat Nabi Isa a.s sudah berdiri di situ dengan sebatang
lembing di tangannya. Pada kali ini Nabi Isa a.s sudah tidak lagi
memberi peluang kepada dajjal.
Nabi
Isa a.s merejam lembing ke arah dajjal yang menusuk tepat ke dada
dajjal dan dajjal pun mati dengan serta-merta, maka tamatlah riwayat
tukang fitnah terbesar di sepanjang zaman.
Nabi
Isa a.s kembali menemui kaum muslimin dan menunjukkan lembingnya yang
dibasahi darah dajjal. Seperti yang diceritakan di sebuah hadis yg
maksudnya, “Akan tetapi Allah mengkehendaki untuk membunuhnya di tangan
Isa Ibnu Maryam, maka Isa memperlihatkan darah dajjal di hujung
tombaknya”.
Kaum
yahudi bertempiaran lari lalu bersembunyi di sebalik pokok-pokok dan
batu-batu , mereka ketakutan kerana dajjal sudah mati dibunuh, tidak ada
sesiapa yang akan menaungi mereka lagi selepas ini.
Kaum
muslimin ketika itu nekad mengejar tentera yahudi dan membunuh semua
kaum yahudi zionis di muka bumi yang berabad lamanya menindas bangsa
lain di dunia.
Bukan
setakat kaum muslimin memerangi kaum yahudi malah termasuklah
pokok-pokok dan batu-batu. Sekiranya mereka bersembunyi di belakang
pokok-pokok atau batu-batu, pokok-pokok dan batu-batu itu itu akan
bercakap, “Wahai muslim dibelakangku ini ada orang yahudi maka bunuhlah
ia!”, lalu kaum muslimin itupun membunuh yahudi yang bersembunyi itu.
Seperti
yang diceritakan pada suatu hadis yang maksudnya, ”Hai Muslim, hai
hamba Allah, hai orang yang bertauhid, dibelakangku ada orang yahudi
yang bersembunyi, maka datanglah ke sini dan bunuhlah ia ”.
Hadis
yang lain menyebut, ”….sehingga pohon dan batu-batuan memanggil, wahai
roh Allah di sini ada Yahudi , maka tidak ada seorang pun pengikut
dajjal yang tidak di bunuh oleh Isa “.
Surah Al-Mai’dah -Ayat 5:78
“Orang-orang
kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab
Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang
demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh”.
Seperti
pencerobohan yahudi ke atas Palestin apa yang kita lihat sekarang ini
dan telah terkandung dalam surah Al-Mai’dah di atas sebagai bukti sahih.
Di
dalam sepotong hadis Rasulullah telah bersabda, “Tidak akan terjadi
hari kiamat sehingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi dan membunuh
mereka, sehingga bersembunyilah orang-orang Yahudi di belakang batu atau
kayu, lantas batu dan kayu itu berkata, “Wahai orang muslim, wahai
hamba Allah, ini ada orang Yahudi di belakang saya, kemarilah dan
bunuhlah ia,” kecuali pohon Gharqad kerana ia termasuk pohon Yahudi”
(HR. Bukhari dan Muslim).
Surah Al-Mai’dah -Ayat 5:41
“Wahai
Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan
orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu
orang-orang yang berkata dengan mulutnya: “Kami tetap beriman”, padahal
hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka
orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka
sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi)
yang tidak pernah datang menemuimu; mereka mengubah serta meminda
perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) dari tempat-tempatnya yang
sebenar. Mereka berkata: “Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini
maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka
jagalah diri baik-baik”. Dan sesiapa yang dikehendaki Allah
kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu
apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang
Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di
dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar”.
Dajjal
adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa
jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya
“Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa a.s. yang diangkat oleh Allah
SWT ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya
turun semula ke atas muka bumi ini (Masjid Ummayad, Damascus Syria)
lalu beliau akan mati dan dikuburkan di Madinah Al Munawwarah
bersebelahan makam baginda Nabi Muhammad SAW.
Sama juga halnya dgn Nabi Khidir a.s., para malaikat, para ambia dan iblis yang ditangguhkan kematian sehingga qiamat nanti..
Wallahualam…
Sumber: wanhayden1040.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan