Inilah Pekerjaan Yang Terberat Sekali Di Dunia | Bagi yang selalu
sahaja merungut dan merasakan beban kerja mereka adalah yang paling
berat di dunia ini, sila ambil masa seketika untuk bertukar tempat
dengan mereka di sini.
Bayangkan anda, setiap hari berjalan kaki ke tempat kerja dengan mendaki
gunung sejauh 4000 meter untuk sampai ke kawah gunung berapi yang masih
aktif mengeluarkan asap dan cecair sulfur dengan penuh kesedaran di
hati anda bahawa gunung berapi ini mungkin akan meletus pada bila-bila
masa sahaja.
Sebaik sahaja sampai ke tempat kerja anda iaitu kawasan kawah gunung
berapi, anda terpaksa menuruni cerun berbatu untuk sampai ke tempat
punca rezeki anda iaitu sebuah tasik sulfur yang panas dan menggelegak
serta mengeluarkan asap toksik berbahaya jika disedut dalam jumlah yang
banyak boleh menyebabkan maut.
Tugasan anda seterusnya dengan menggunakan sebatang besi, anda terpaksa
pecahkan sulfur yang sudah disejukkan kepada kepingan kecil dan
meletakkannya ke dalam dua bakul rotan yang anda bawa bersama. Apabila
sudah cukup kepingan sulfur yang kebiasaan beratnya sehingga 90kg,
cabaran sebenar akan bermula.
Anda sudah boleh pulang dari tempat kerja anda dengan mengangkut kedua
bakul tersebut. Dengan hanya menyandarkan dua raga seberat 90 kg ini
kepada sebelah bahu , anda perlu mendaki naik dari cerun kawah yang
berbatu dan berjalan pulang sejauh 4000 meter ke tempat pengumpulan
sulfur.
Sekarang, anda sudah boleh menerima bayaran untuk gaji harian anda.
Bakul yang anda bawa akan ditimbang.
Bagi kerja yang paling berat dan berisiko yang anda pernah lakukan ini,
anda hanya dibayar rm15 sahaja bagi setiap 90 kg sulfur yang anda bawa
pulang.
Itulah mata pencarian bagi 300 pelombong sulfur di kawah gunung berapi
Ijen, Indonesia.
Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikul 90kg sulfur! via
TheVocket.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan