Youtube
sememangnya salah satu dari laman video yang menjadi tempat
persinggahan rakyat Malaysia paling kerap dilawati. Bagi mereka yang
mempunyai akaun Youtube, tentu teruja dan teringin untuk memuat naik
video ke dalamnya supaya dapat ditonton oleh setiap orang. Bagaimana
pula jika ingin muat naik video yang panjang?
Youtube
meletakkan syarat, bagi akaun biasa, supaya melakukan pengesahan
melalui telefon bimbit jika pemiliknya berhasrat untuk memuat naik video
yang panjang. Caranya amat mudah. Anda cuma perlu lawati ruangan Upload, kemudian klik pada perkataan Increase your limit.
Di
situ, anda akan diminta untuk memasukkan nombor telefon bimbit. Sila
masukkan nombor yang sedang anda gunakan, selepas itu, tunggu nombor
pengesahan dari Youtube. Masukkan nombor itu ke dalam kotak pengesahan
dan klik pada butang seterusnya untuk melengkapkan pengesahan akaun.
Setelah semuanya selesai, anda kini sudah boleh muat naik video yang panjang. Silakan mencubanya dan anda pasti berpuas hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan