Malah ada dikalangan penerima BR1M sedia ada telah menerima surat pemberitahuan yang memaklumkan supaya mengemaskini bagi memastikan permohonan mereka dapat diproses dengan sempurna berdasarkan maklumat terkini
Berikut adalah lampiran surat kemaskini maklumat pemohon yang di hantar ke alamat penerima
Penerima BR1M Sedia Ada Tidak Perlu Mendaftar Lagi
Sebagai makluman, penerima tidak perlu mengemukakan permohonan baharu sebaliknya hanya perlu membuat kemaskini mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014
Sebagai makluman, penerima tidak perlu mengemukakan permohonan baharu sebaliknya hanya perlu membuat kemaskini mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014
Cara Buat Kemaskini BR1M 2015
Pengemaskinian maklumat boleh dibuat melalui cara berikut:-
Online – Dengan melayari laman web rasmi e-BR1M di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my
Pengemaskinian maklumat boleh dibuat melalui cara berikut:-
Online – Dengan melayari laman web rasmi e-BR1M di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my
- Seperti gambar diatas, penerima perlu klik pada tab ‘kemas kini permohonan’ dan mengikut arahan seterusnya seperti yang dinyatakan
- Nota : Sistem kemaskini permohonan hanya akan diaktifkan bermula tarikh permohonan dibuka
- Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
- Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
- Jabatan Pembangunan Persekutuan
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
- Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
Disyorkan
- Penerima BR1M sebelum ini yang tidak memiliki akaun bank dinasihatkan membuka akaun di cawangan bank berhampiran seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank atau CIMB
- Saranan itu bertujuan supaya penerima BR1M yang memiliki akaun bank tidak lagi perlu beratur panjang menerima bantuan kewangan itu kerana wang akan disalurkan terus ke akaun bank penerima mengikut peringkat pembayaran
- Langkah ini juga mempercepatkan penyaluran bantuan kepada penerima di masa depan
Tidak Dapat Buka Akaun Bank
Situasi ini mungkin berlaku kepada penerima yang tidak mempunyai kewangan atau warga emas yang uzur dan menghalang mereka untuk membuka akaun bank di cawangan berhampiran
Penerima yang masih tiada akaun bank akan diberikan baucar bantuan yang akan dihantar melalui pos kepada alamat tempat tinggal dan baucar tersebut perlu ditebus di lokasi penyerahan atau cawangan bank dinyatakan
Penyaluran melalui baucar akan melalui beberapa proses, ini secara tidak langsung akan menyebabkan penerima akan lambat menerima bantuan berbanding penerima yang mempunyai akaun bank dan memberikan maklumat nombor akaun mereka
Berikut adalah nilai BR1M 2015 yang akan diterima berdasarkan kategori dan peringkat bayaran dilaksanakan
Skim Khairat Kematian
Penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas, juga diminta untuk mengemukakan maklumat waris bagi tujuan pembayaran Skim Khairat Kematian yang memberi manfaat kepada waris dengan bantuan RM1,000, berkuat kuasa selama setahun ( 1 Januari 2015 sehingga 31 Disember 2015)
Punca Dan Sebab Tidak Dapat Bantuan Rakyat 1Malaysia
Berikut adalah antara sebab kenapa permohonan BR1M tidak diluluskan
No. pengenalan pemohon tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) |
Nama pemohon berbeza dengan data JPN |
No. pengenalan pemohon tidak wujud |
Nama pemohon berbeza dengan data |
Semakan data agensi/borang mendapati pendapatan isi rumah melebihi syarat kelayakan |
Pemohon telah menerima baucar buku |
Semakan data agensi mendapati had kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan |
Semakan data agensi mendapati had kemampuan suami/isteri memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan |
Semakan data agensi mendapati had kemampuan tanggungan memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan |
Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan |
Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap |
Maklumat tanggungan tidak lengkap |
Pemohon tidak melepasi kelayakan umur memohon |
Permohonan lebih daripada satu kali |
Pemohon wujud sebagai suami/isteri permohonan lain |
Pemohon wujud sebagai tanggungan permohonan lain |
Suami/Isteri telah membuat permohonan lain |
Suami/Isteri wujud sebagai suami/isteri pemohon lain |
Suami/isteri wujud sebagai tanggungan pemohon lain |
Tanggungan telah membuat permohonan lain |
Tanggungan wujud sebagai suami/isteri pemohon lain |
Tanggungan wujud sebagai tanggungan pemohon lain |
Percubaan memohon sebagai pasangan lebih daripada 4 kali |
No. pengenalan pasangan/tanggungan tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) |
Nota Penulis : Sebarang butiran lanjut dan perubahan maklumat semasa akan dikemaskini dengan kadar segera
Tiada ulasan:
Catat Ulasan