1. Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan
dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali
sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan
kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang
diselindungkannya.
2. Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila
berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari
segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak
berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba
menghalangnya.
3. Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap
merupakan tanda – tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada
apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti
sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut
berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki / wanita anda dan
si dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas
tindakannya itu. 4. Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang
tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kelipan mata berkurangan
dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga
keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan
banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang
berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal
sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.
5. Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta
pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya
merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.
6. Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila
seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan
tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini
berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan