Khamis, 25 Disember 2014

Tiga Tanda Kiamat Yang Harus Difikirkan




Ada tiga tanda fenomena dari tanda-tanda Kiamat yang perlu di ambil perhatian sekarang ini oleh umat manusia pada umumnya dan umat Islam khasnya. Dua di antara tiga tanda itu termasuk dalam kategori tanda-tanda besar Kiamat. Satu lagi termasuk di dalam tanda besar, namun ada pula yang menyebutnya sebagai tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat.

Tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat ialah diutusnya Imam Mahdi. Imam Mahdi merupakan tanda Kiamat yang menghubungkan antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat.

Masih ramai yang belum menyadari bahawa keadaan dunia sekarang ini ialah dalam situasi dimana hampir semua tanda-tanda kecil Kiamat telah muncul. Cuba perhatikan beberapa contoh tanda-tanda kecil Kiamat di bawah ini:
  1. Perceraian banyak terjadi
  2. Banyak terjadi kematian mendadak (tiba-tiba)
  3. Banyak Quran diberikan hiasan
  4. Masjid-masjid dibangunkan dengan megah
  5. Perjanjian dan transaksi tidak dipatuhi
  6. Berbagai peralatan muzik dimainkan
  7. Berbagai jenis khamr (Arak) diminum manusia
  8. Perzinaan dilakukan terang-terangan
  9. Para pengkhianat diberi kepercayaan (menjadi pemimpin)
  10. Orang yang amanah dianggap pengkhianat
  11. Tersebarnya Pena (banyak buku diterbitkan)
  12. Pasar-pasar (Mall, Plaza, Supermarket) Berdekatan
  13. Penumpahan darah dianggap perkara yang kecil
  14. Makan riba
Jadi kalau kita teliti contoh-contoh di atas, jelas kita sudah menjumpai ciri-ciri tersebut di zaman ini. Apabila kita membuka kitab para Ulama yang menghimpun hadits-hadits mengenai tanda-tanda kecil Kiamat, lalu kita baca satu per satu hadits-hadits tersebut hampir pasti setiap satu hadits selesai kita baca kita akan berkata di dalam hati: “Wah, yang ini sudah..!”

Jika tanda-tanda kecil Kiamat sudah hampir muncul kesemuanya, ini bermaksud dunia sekarang ini sedang menunggu kedatangan tanda-tanda besar Kiamat. Oleh itu, dalam waktu terdekat ini kita semua harus bersiap-siap untuk menyambut kedatangan tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat, iaitu diutusnya Imam Mahdi.

أُبَشِّرُكُمْ بِالْمَهْدِيِّ يُبْعَثُ فِي أُمَّتِي عَلَى اخْتِلَافٍ مِنْ النَّاسِ
وَزَلَازِلَ فَيَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا

“Aku khabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” 
(HR Ahmad)

Muhammad s.a.w mengisyaratkan adanya dua tanda menjelang perutusan Imam Mahdi di tengah ummat Islam. Pertama ialah banyak terjadi perselisihan antara manusia dan kedua terjadinya banayak gempa bumi. Subhaanallah. Jika kita perhatikan keadaan dunia ketika ini, banyak sangat berlaku pergaduhan dan peperangan. Gempa bumi juga silih berganti di serata tempat.

Kedatangan Imam Mahdi merupakan tanda Akhir Zaman yang jelas-jelas harus di ambil berat oleh kita dalam waktu terdekat ini. Kita diperintahkan untuk segera berbai’at dan bergabung ke dalam barisannya sebab episod-episod berikutnya merupakan rangkaian perang yang dipimpin Imam Mahdi untuk menakluk negara-negara yang dipimpin oleh para Mulkan Jabriyyan (Para penguasa yang mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya).

فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ

“Ketika kamu melihatnya (Imam Mahdi) maka ber-bai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” 
(HR Ibnu Majah)

Imam Mahdi akan mengibarkan panji-panji Al-Jihad Fi Sabilillah untuk memerdekakan negeri-negeri yang selama ini dikuasai oleh para Mulkan Jabriyyan. Beliau akan mengetuai pembebasab dunia dari penghambaan manusia kepada hanya untuk memperhambakan diri kepada Allah semata-mata. Beliau akan memastikan bahawa dunia diisi dengan sistem dan peradaban yang mencerminkan kalimatthoyyibah Laa ilaha illAllah Muhammadur Rasulullah dari timur hingga ke barat.

Ghazawaat (perang-perang) tersebut akan dimulai dari jazirah Arab kemudian Persia (Iran) kemudian Rom (Eropah dan Amerika) kemudian terakhir melawan pasukan Yahudi yang dipimpin langsung oleh puncak fitnah, iaitu Dajjal. Pasukan Imam Mahdi Insya Allah akan diizinkan Allah untuk meraih kemenangan dalam peperangan tersebut.

تَغْزُونَ جَزِيرَةَ الْعَرَبِ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ فَارِسَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ
ثُمَّ تَغْزُونَ الرُّومَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ تَغْزُونَ الدَّجَّالَ فَيَفْتَحُهُ اللَّهُ

“Kamu akan perangi jazirah Arab dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan menghadapi Persia dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan perangi Rom dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan perangi Dajjal dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya.” 
(HR Muslim)

Lalu Nabiyullah Isa ’alihis-salaam akan turun dari langit dihantar oleh dua malaikat di kanan dan kirinya. Menurut hadits-hadits yang ada, Nabi Isa putra Maryam ’alihis-salaam akan datang sesudah pasukan Imam Mahdi selesai memerangi pasukan Rom menjelang menghadapi perang berikutnya melawan pasukan Dajjal. Pada waktu itulah Nabi Isa a.s akan Allah takdirkan turun ke muka bumi untuk bergabung ke dalam pasukan Imam Mahdi dan membunuh Dajjal dengan izin Allah.

Ketika Imam Mahdi dan pasukannya mendengar khabar bahawa Dajjal telah muncul dan bermerajalela menabur fitnah dan kekacauan di muka bumi, maka Imam Mahdi mengarahkan pasukannya ke kota Damaskus. Ketika pasukan Imam Mahdi menunggu Subuh di sebuah masjid yang terletak di sebelah timur kota Damaskus, tiba-tiba turunlah Nabi Isa a.s dihantar oleh dua malaikat di menara putih masjid tersebut. Maka Imam Mahdi mempersilakan Nabi Isa ’alihis-salaam untuk mengimami sholat Subuh, namun ditolak olehnya dan Nabi Isa ’alihis-salaam menyuruh Imam Mahdi untuk menjadi imam solat Subuh tersebut sedangkan Nabi Isa ’alihis-salaam menjadi makmum di belakangnya. Subhanallah.

" ينزل عيسى بن مريم ، فيقول أميرهم المهدي : تعال صل بنا ،
فيقول : لا إن بعضهم أمير بعض ، تكرمة الله لهذه الأمة " .

"Turunlah Isa putra Maryam ’alihis-salaam. Berkata pemimpin mereka Al-Mahdi: "Mari pimpin solat kami." Berkata Isa ’alihis-salaam: "Tidak. Sesungguhnya sebahagian mereka pemimpin bagi yang lainnya sebagai penghormatan Allah bagi Umat ini." 
(Al Al-Bani dalam ”As-Salsalatu Ash-Shohihah”)

Saudaraku, marilah kita bersiap-siap akan kedatangan tanda-tanda Akhir Zaman ini. Tanda-tanda yang akan mengubah wajah dunia dari wajah yang penuh kezaliman menuju keadilan di bawah naungan Syariat Allah dan kepemimpinan Imam Mahdi beserta Nabiyullah Isa ’alihis-salaam.


Rabu, 24 Disember 2014

Mengapa Wanita Tidak Membalas Mesej?




Sibuk macam mana pun seseorang itu, takkanlah si dia langsung tiada masa beberapa minit untuk membalas pesanan ringkas kamu.
Betul tak ?Jika hingga memakan masa dua hari sehingga seminggu itu bermakna si dia benar-benar sedang menjauhkan diri daripada kamu. Tetapi mengapa begitu ?? 

Jom ketahui 4 alasan mengapa si dia tidak membalas SMS kamu.

1. Mereka ditanya dengan mesej yang sama

Di telefon bimbit, mereka ditanya soalan yang sama, bayangkan daftar masuk ke facebok hanya untuk mendapati mesej yang belum dibaca dari segelintir lelaki yang bertanyakan hal peribadi seperti ‘jom keluar makan’, ‘kenapa diam saja’. Semuanya itu hanya membuatkan wanita malas untuk balas mesej.

2. Apabila wanita mendapati mereka boleh memiliki anda, maka mereka main tarik tali dengan anda

Jika seseorang wanita tahu dia boleh memiliki lelaki yang diingini maka dia mula untuk main tarik tali, dia mula bersikap acuh tak acuh. Mereka merasakan anda seorang yang sangat mudah, tiada cabaran langsung.

3. Wanita merasakan anda kaum lelaki tidak misteri, tiada daya penarik

Ada setengah wanita sukakan sikap misteri lelaki, mereka tidak sukakan lelaki yang sentiasa ingin mengongkong ataupun 24 jam berkepit dengan telefon pintar, wanita merasakan sangat rimas dengan lelaki sedemikian, mula tidak membalas mesej dan menjauhkan diri

4. Bila wanita sedang sibuk dengan kerja


Ini perkara biasa, bila seorang wanita sedang sibuk dengan karier yang sedang berkembang maka wanita tidak mahu diganggu dengan mesej ringan.
 
sumber : terbuantanah

(7 Gambar) Yang Mungkin Boleh Dijadikan Bukti Cinta Sejati Dari Seorang Pengutip Sampah Kepada Isterinya Yang Pasti Menyentuh Hati Anda Semua....



Sepasang warga emas berusia sekitar 70-an berkunjung ke pusat membeli belah di Korla, China baru-baru ini.

Siapa sangka rupanya si suami ingin membelikan sebentuk cincin berlian sebagai hadiah untuk isterinya.

Apa yang mengharukan adalah pekerjaan warga emas ini adalah sebagai pengutip sampah dan telah menggunakan simpanan sepanjang hidup si suami untuk membeli cincin berlian ini.

Jom kita layan gambar detik romantis dan mengharukan ini.








dipetik dari thevocket

Artis Paling Muda Di Dunia Yang Menjalani Pembedahan Penukaran Jantina..






Daripada Tim ke Kim Petras. Kim Petras dilahir pada 27 Ogos 1992 dan kini berusia 24 Tahun adalah seorang penyanyi / penulis lagu dari Jerman. Beliau terkenal dengan mencipta muzik daripada elektronik muzik serta pelbagai gaya Cappella. Pada tahun 2009, semasa berusia 16 Tahun beliau telah mencipta sejarah menjadi orang yang paling muda menjalani penukaran jantina dimana proses penukaran jantina itu berlaku semenjak beliau berumur 12 tahun. 



Ibu bapa Kim, Lutz dan Konni, telah mengatakan bahawa dari umur dua tahun, dia mula menunjukkan gaya seorang perempuan. Ia semakin menjadi jelas, dia memakai pakaian perempuan di khalayak ramai. Di Jerman, kebiasannya pembedahan seumpama itu tidak dibenarkan sehinggakan pesakit mencapai umur 18 Tahun. Namun pada usianya 12 Tahun, Kim telah berjaya menyakinkan Doktor bahawa dia seharusnya menjalani pembedahan penukaran jantina secepat mungkin.



Kim Petras memulakan terapi gantian hormon sebagai sebahagian daripada peralihan jantinanya pada usia 12 tahun. Dan pada usia 16, suatu Pembedahan penuh menukar jantina telah dilakukan pada bulan November. 








sumber : ejeninfo

Selasa, 23 Disember 2014

Rahsia Mengenal Wanita Dari Cara Berjalan



Mengenal wanita menerusi dari cara berjalan, dimana ianya merupakan pengetahuan yang dipraktikan oleh orang orang melayu zaman dahulu dalam aspek pergaulan.
Walau bagaimanapun, ini merupakan falsafah-falsafah umum.Banyak lagi aspek aspek lain yang perlu di ketahui sebelum membuat rumusan mengenai personaliti seorang wanita.


1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
 
sumber : terbuantanah

Kisah Wanita Nyaris Dirogol Di Stesen KTM Batang Benar



Bukan sekali dua kita dengar kejadian serangan ke atas wanita yang berjalan sendirian terutama di tempat-tempat sunyi.
Ada antara mereka yang dirompak, dicabul atau lebih menakutkan lagi dirogol dan dibunuh oleh si penyerang.
Menerusi laman Facebook, seorang pegawai eksekutif akaun, Siti Balqis Elias berkongsi pengalaman yang cukup menakutkan apabila menjadi mangsa rompakan di kawasan letak kereta KTM Batang Benar, Nilai pada 18 Disember lalu.
Bukan itu sahaja, malah dia juga dipukul dan hampir dirogol dalam keretanya sendiri oleh penjenayah tersebut.
Berikut antara petikan statusnya:

“Assalamualaikum dan hi semua. Ketika saya menaip kisah ini, tangan masih menggigil, fikiran masih terbayang-bayang apa yang terjadi malam itu. Saya ingin berkongsi pengalaman tragik, kisah balik kerja yang selalunya gembira bertukar menjadi pengalaman ngeri yang pasti tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.
“Pada malam Jumaat 18/12/2014 sekitar jam 9.45pm, saya telah dirompak, dicederakan, dan hampir dirogol di dalam kereta sendiri di kawasan parking stesen KTM Batang Benar, Nilai. Ye ini kisah benar, di laluan seharian saya pergi balik kerja, siapa sangka ada mata yang memerhati. Siapa yang biasa naik komuter di stesen KTM Batang Benar akan tahu betapa sunyinya kawasan tersebut especially pada waktu malam, dan kalau dapat parking dekat belakang memang akan tahu betapa jauhnya kawasan parking tu macam dekat hujung dunia. Even setiap pagi datang seawal pukul 7 lebih macam tu, parking bahagian depan memang dah sentiasa penuh jadinya setiap hari memang akan dapat parking yang nun jauh ke belakang. Kalau balik malam, memang tawakkal lah masa jalan nak pergi parking.

“Malam tu, balik kerja macam biasa. Sampai stesen, jalan macam biasa jugak sambil bawak beg laptop dan handbag pergi parking. Tak sangka rupanya ada yang dah aim. Dipendekkan cerita, saya masuk je kereta, start enjin, tiba-tiba sebuah kereta kancil putih WGR7586 park dekat sebelah. Keluar seorang lelaki india, berhelmet, pakai glove pecahkan cermin kereta bahagian driver dengan hammer. Kejadian berlaku sangat pantas, saya melawan tetapi dia berjaya merampas beg laptop saya dan juga handbag yang mengandungi beg duit dan dokumen pengenalan diri. Saya membunyikan hon tetapi ditumbuk kerana melawan. Bila barang dah kena amek, i thought it was over but i was wrong saya baru sedar yang kunci kereta saya ada dengan dia.
“Saya merayu agar dipulangkan kunci kereta tapi dia ugut suruh saya duduk ke seat sebelah kalau saya nak selamat, saya refused tetapi saya ditumbuk lagi dan dia masuk dalam kereta dan menarik tudung saya dengan kasar. Allahu Allah. Di seat yang sama dia drive kereta saya ke hujung kawasan parking dengan niat ingin merogol. Saya menjerit masih cuba untuk melawan tetapi saya dicekik, ditumbuk, dan ditekup hidung agar susah untuk bernafas. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa masa tu, saya sangat takut kerana saya sudah tiada kekuatan lagi untuk melawan. Ya Allah tolonglah hambamu ini, saya berdoa dan bertawakal. In within few seconds, tiba-tiba orang jahat tu melarikan diri. Alhamdulillah, Allah selamatkan diri saya dari dirogol dengan menghadirkan train yang kebetulan sampai di stesen pada waktu itu. Alhamdulillah syukur diri ini selamat.”
Cerita mangsa, dia segera menghubungi ayahnya selepas itu dan mereka bergegas membuat laporan polis di Balai Polis Nilai.

Bagaimanapun, dia agak terkilan kerana kamera pengawasan pihak KTM tidak dapat menyiarkan semula rakaman kejadian.
“Yes the CCTVs are functioning tapi “live” macam tu jela tak boleh nak search history. So semua CCTV yang ada tu are for display only ke? Apa guna ada CCTV kalau macam tu kan. Saya menaiki komuter dari Batang Benar ke KL Sentral hampir setiap hari dan ramai juga yang menggunakan kemudahan servis komuter ini. Jadi saya sangat berharap agar ada tindakan yang diambil dan kejadian seumpama ini dapat dielakkan. Ye, petugas kaunter cakap akan buat report, tetapi jangan sekadar report je please take some action tolong jangan lepas tangan,” tulisnya lagi.

(Klik di sini untuk membaca status penuh)

Dia turut meminta agar pihak pengurusan KTM Batang Benar mempertingkatkan aspek keselamatan terutama di kawasan sunyi bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.
Bersyukur kerana terselamat, Siti Balqis mengingatkan para wanita agar sentiasa berhati-hati ketika berada di luar.
Benar kata orang, apabila sudah terlalu biasa melakukan rutin sama, kita mudah terleka dan mungkin anggap tiada perkara buruk akan menimpa.
Semoga apa yang berlaku pada wanita ini dijadikan iktibar oleh semua.. -MYNEWSHUB.CC

11 Sebab Perempuan Suka Membebel





Pernahkah anda menghadapi situasi wanita, kekasih, isteri, kawan perempuan membebel pada anda? Mungkin pernah atau pun belum lagi dibebel. Adakah membebel itu memang sifat wajib yang ada pada wanita?

Bagi lelaki yang tahan dengan bebelan mereka pasti tiada masalah untuk mengharunginya. Namun bagaimana pula dengan lelaki yang “pantang” dibebel? Pasti panas telinga mendengar.

Kadangkala kita bertanya “kenapalah awak ni suka sangat membebel?” kan? Atau juga kita berkata “Awak ni tak habis-habis nak membebel la” Sambil menyumpah #^@&&. Situasi lebih buruk jika bila wanita membebel lelaki pun ikut sama membebel. Pasti huru hara kan?

Adakah kita pernah tanya kepada mereka kenapa mereka suka sangat membebel? Bagi yang belum pernah tanya dan tak mahu bertanya atau mahu tahu apa sebab mereka suka sangat membebel siang dan malam tak kira pada kita, pada anak atau pada jiran (tu pun kalau terlebih advance bab membebel ni).
Jom Baca!! 11 Sebab Perempuan Suka Membebel

11 sebab kenapa perempuan kuat membebel yang perlu anda tahu adalah seperti dibawah.
Sifat semulajadi – Memang sifat perempuan suka bercakap. Tak kira apa yang dia cakap tetapi mereka memang suka bercakap. Sama ada mengumpat, mengutuk atau bergosip memang sinonim dengan kaum hawa.


Tugas rutin – Dalam rumahtangga perempuan yang lebih banyak menjadi pengurus rumahtangga. Walaupun mereka lebih dianggap “Menteri Kewangan” tetapi sebenarnya mereka lebih banyak bertindak sebagai “hakim” kepada pasangan, kawan, suami dan anak-anak. Ada saja yang tidak kena, habis riuh rendahlah.

Meluahkan perasaan – Banyak perempuan lebih suka membebel daripada menggunakan kekerasan fizikal kepada orang dibebelnya. Mereka tidak punya kekuatan yang cukup untuk menggunakan fizikal tetapi mereka mempunyai mulut yang hebat.

Tanda protes – Kalau nak protes di jalan-jalan pasti orang anggap demonstrasi atau lebih teruk lagi orang akan panggil gila. Jadi kita akan menjadi tempat bebelannya walaupun atas perkara yang sangat kecil.

Terlalu sayang – Kadangkala perempuan lebih risau akan keselamatan orang sekelilingnya dan juga mereka lebih takut sekiranya berlakunya kejadian yang tidak diingini orang yang rapat dengannya. Bukan perempuan tidak suka pada apa yang kita buat tetapi mereka terlalu sayang pada kita dan tak mahu kita ditimpa apa-apa kecelakaan.

Petunjuk – Bila mereka membebel pasti ada sesuatu yang tidak disukainya. Maka dengan membebellah mereka memberitahu kita. Jika disalah tafsir pasti malang perempuan itu.

Senaman otot mulut – Jarang sekali kita lihat perempuan diam membisu. Jika diam maka lain lah yang berlaku. Jika mereka kuat sangat membebel ketahuilah bahawa mulut mereka sedang bersenam tanpa perlu membuat rawatan muka.

Amaran – Membebel juga adalah satu amaran kepada lelaki tentang perasaan marah mereka. Jika bebelan mereka tidak dihentikan maka ianya akan berlarutan kepada kepada sesuatu yang lebih buruk.
Mengharap sesuatu – Jika mereka membebel ketika membuat sesuatu kerja, hulurkan bantuan kerana mereka sedang membuat kerja dengan “terpaksa” walaupun mulut mereka berkata sebaliknya. Hulur-hulurkan tangan pasti bebelan mereka akan reda.

Penyelesaian masalah kesunyian – Jika tak ada perempuan maka sunyilah kita. Hanya mereka jenis manusia yang susah untuk berhenti bercakap. Bila mereka tidak membebel pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Menandakan mereka sihat – Perempuan akan membebel lebih banyak jika mereka sihat. Jika mereka sakit pasti mereka tidak akan banyak bercakap. jadi beruntunglah jika dapat perempuan yang kuat membebel sebab itu menunjukkan yang mereka sihat.

Dalam banyak-banyak sebab diatas pasti anda bersetuju dengan pernyataan diatas, atau anda ada sebab lain yang lain daripada yang lain dan mungkin anda seorang saja yang merasainya. Maka kongsilah diruangan komen ya. Jangan malu-malu untuk berkongsi!
 
sumber : jiwakacaudot.blogspot.com

Rumah Flat Ini Nampak Biasa Sahaja Tetapi Ada Sesuatu Yang Pasti Membuatkan Korang Terkejut Apabila Melihatnya (4 GAMBAR)


Terletak di Zhuji City, Zhejiang, kelihatan sebuah pembinaan haram yang mengejutkan. Pemilik rumah flat ini dikatakan membina sebuah "lif persendirian," hanya untuk ke tingkat 5, semata-mata untuk sebuah unit rumah ini sahaja, dan ia dibina dari awal pembinaan bangunan itu dan aduan telah di buat oleh pemilik rumah di bahagian bawah.

Menurut penduduk sekitar "lif persendirian," pembinaan lif ini menyekat pemandangan beberapa tingkap, dan memberi kesan kepada pemilik lain, Ianya telah menjadi sangat menyusahkan. Sesetengah kejiranan seperti dihukum: Jangan begitu mementingkan diri sendiri! jelas mereka.

Terdapat ramai berkata, mereka tidak faham, ini bukan villa, pembinaan lif persendirian terlalu merugikan! Dan jelas menunjukkan bahawa ini adalah pembinaan haram, tidak ada akal. Dan beliau juga seperti mencari musuh di tingkat bawah, dengan apa yang dilakukannya!



10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin




APABILA seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Pelbagai perasaan menakhluki hati sebelum membina masjid.  Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.


Ini antara janji Allah untuk anda yang ingin berkahwin.

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,...

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim)....

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah....

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah...

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita....

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”.... (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim...


Semoga bermanfaat
 
sumber ; cilipanas

Isnin, 22 Disember 2014

Zizan Razak Tampil Beri Komen Isu Berpisah Dengan Emma Maembong

Setelah berita perpisahan dengan Emma Maembong tersebar, Zizan Razak akhirnya tampil memberi kenyataannya tentang gosip ini.

Kata Zizan Razak hubungan mereka baik-baik sahaja dan mereka masih menyayangi Emma Maembong.

Ini tulis Zizan Razak:

Kami disini baik2 sahaja..terima kasih rakyat malaysia yang sentiasa mendoakan yang baik tuk hubungan kami berdua..dan Emma Maembong sentiasa saya cintai u always in my heart

Itulah jawapan Zizan di laman sosial apabila kisah pasangan ini berpisah dan Emma Maembong kini berkasih dengan Kamal Adli.

Emma Maembong juga menggesa jangan mudah percaya dengan gosip yang ditulis oleh Harian Metro tersebut.

Ini kata Emma Maembong:

Jgn dgr gossip2 yg tak betul oke 

Memang berita perpisahan Emma Maembong dan Zizan Razak agak mengejutkan. Baca laporan tentang berita perpisahan mereka di SINI



Menarik!!! Di Antara Isteri dan Ibu Sendiri...



Pada masa ini banyak kegagalan rumahtangga berpunca daripada kegagalan suami mengimbangkan tanggungjawab sebagai seorang anak dan seorang suami. Ada Suami yang menganggap bahawa ketaatan kepada ibu bapa adalah segala-galanya dan segala kehendak mereka dituruti hinggalah menyebabkan isteri terluka dan dipinggirkan dan ada pula yang terlalu sayang kepada isteri sehingga mengenepikan Ibu bapa dan menyebabkan mereka terluka, si anak terjatuh dalam lembah derhaka. Baca kisah yang dikongsikan oleh blogger hisham79.blogspot.com yang boleh dijadikan pengajaran dan panduan kepada mereka yang bakal dan sudah bergelar suami dalam mengimbangi rumah tangga mereka.


“Ustaz nak uji sikit boleh?” tanya Ustaz Wan kepada saya sambil tersenyum.

“Uji apa pula Ustaz?” tanya saya kehairanan. 

“Uji tentang ilmu baitul muslim la, Sham kan tak lama lagi nak menamatkan zaman bujang.” Jelas Ustaz Wan. Masih tersenyum.

“Oh, kena uji-uji pula ye Ustaz, haa, tanyalah, saya ada juga baca buku, insyaallah boleh jawab soalan ustaz punya.” Balas saya dengan penuh keyakinan.

“Jangan yakin sangat.” Celah Ustaz Wan, seakan dapat membaca fikiran saya.

“Ok, Ustaz nak tanya, katalah tiba-tiba berlaku dalam rumahtangga, mak si lelaki minta anaknya untuk ceraikan isterinya, apa tindakan yang lelaki tersebut perlu buat?” Soal Ustaz Wan.

Saya terkejut, tidak sangka soalan begini pula yang dikeluarkannya.

“Ish Ustaz ni, pelik betul soalan, tak ada soalan lain ke.” Saya cuba membantah.

“Jawab soalan Ustaz yang ini dulu.” Arahnya, membuatkan saya menggaru kepala yang tidak gatal.

“Hmm, tak boleh la kot Ustaz kan.” Saya berfikir dan menyerkap jarang. Menjawab dengan logik dan pengalaman yang mentah.

“Kalau Ustaz kata ada dalil dalam hadis yang membolehkan perkara ini berlaku, macamana?”
Saya tersentak.

“Eh, ada dalil, biar betul Ustaz?”

“Ustaz, saya ‘surrender’ lah, tak tahu lah nak jawab soalan begini, kalau tanya rukun nikah tu tahu la saya. Tapi, kenapa Ustaz tanya begini?” Saya menyerah kalah. 

“Baiklah, Ustaz terang dulu kenapa Ustaz tanya.” 

“Ikut pengalaman Ustaz, dan ramai juga kawan-kawan ustaz yang lain, banyak krisis rumahtangga yang berlaku akibat campurtangan ibu bapa dalam rumahtangga.”

“Akhirnya rumahtangga jadi kacau bilau bila suami tidak cukup ilmu, tidak ada pendirian dalam rumahtangga untuk menangani krisis dengan ibu bapa hingga menyebabkan akhirnya banyak perceraian berlaku akibat campurtangan keluarga.”

“Tadi Ustaz kata ada dalil?” saya mencelah. Masih keliru.

“Benar, ada dalil dari hadis tentang pertanyaan sahabat kepada Rasul, ada juga kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, juga ada dalil tentang Saidina Umar dan anaknya yang kesemua kisah ini menceritakan tentang arahan untuk menceraikan isteri.” Terang Ustaz Wan, tanpa memperincikan hadis tersebut.

“Cuma, aplikasi dari kisah-kisah tersebut yang diriwayatkan daripada hadis, tidaklah boleh diaplikasikan terus dalam kehidupan umat Islam tanpa pemahaman yang jelas tentang banyak perkara.”

“Ketaatan kepada kedua ibu bapa memang suatu yang wajib, tapi tidak dalam bermaksiat kepada Allah. Terlalu menurut kehendak ibu bapa sehingga menzalimi isteri adalah jelas suatu perkara yang bercanggah dengan agama.” 

“Nabi tidak pernah mengajar kita begitu kerana baginda adalah yang terbaik terhadap isteri-isteri baginda dan pada masa sama insan yang paling tegas dalam menyuruh anak-anak untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” Jelas Ustaz Wan, membuatkan saya termenung panjang.

Tidak saya sangka bahawa pesanan seorang murabbi 8 tahun yang lalu rupanya adalah realiti kehidupan rumahtangga yang saya lihat hari ini.

Banyak krisis yang berlaku dalam rumahtangga berpunca akibat gagalnya suami mengimbangkan tanggungjawab sebagai seorang anak dan seorang suami.

Ada yang menganggap bahawa ketaatan kepada ibu bapa adalah segala-galanya, sehingga segala kehendak ibu bapa dituruti hingga menyebabkan isteri terluka dan dipinggirkan.

Ada pula yang mengenepikan ibu bapa kerana terlalu sayang kepada isteri. Ibu bapa terluka, si anak terjatuh dalam lembah derhaka.

“Lepas kahwin nanti Sham, kena pandai dan kena kuat emosi dan rasional, kena ada pendirian.” Sambung Ustaz Wan lagi setelah melihat saya terdiam.

“Ustaz bagi contoh, kalau lepas kahwin, ibu suruh kita duduk serumah, hingga menimbulkan kegelisahan isteri sebab terkongkong dari segi aurat dengan ipar dan rasa tak selesa kerana selalu dinilai oleh mertua dalam apa jua tindakan.”

“Banyak kes begini berlaku, hingga menyebabkan isteri hilang sabar dan akhirnya menuntut cerai.”

“Dalam kes begini, suami kena pandai berbincang dan buat pertimbangan. Mungkin tak perlu tinggal serumah pun, hanya memadai dengan ziarah kerana ibu masih sihat dan ada anak-anak lain yang menemani.”

“Lainlah kalau ibu sakit atau ada sebab-sebab dharuri yang memerlukan untuk tinggal sekali.”

“Jangan atas nama ‘Birr Walidain’ (berbuat baik kepada ibu bapa), kita menzalimi dan menyakiti hati isteri.”

“Kena ada pendirian, kena selalu berbincang bila ada masalah.”

“Begitu juga kalau isteri naik kepala. Merajuk tak tentu hala bila di ajak pulang ke kampung untuk menziarahi ibu bapa yang sedang sakit dan memerlukan perhatian. Tak suka untuk berbuat baik kepada ibu bapa suami.”

“Dalam kes begini, suami kena tegas dengan isteri. Kasih kepada isteri tidak harus menyebabkan ibu bapa dilukai hatinya. Jangan atas nama berbuat baik kepada isteri, hak ibu bapa semuanya dilanggar.” Jelas Ustaz Wan lagi.

Saya mengangguk perlahan, dan hari ini saya mengangguk lagi mengingatkan pesanannya.

Banyak kes-kes perceraian yang berlaku akibat campurtangan keluarga. Kisahnya mungkin berbeza, tapi puncanya adalah sama iaitu suami tidak ada ilmu dan tidak ada pendirian dalam rumahtangga.

Gagal mencari imbangan tanggungjawab antara isteri dan ibu sendiri.

Lemah.

Suami adalah ketua dan pemimpin keluarga, 

baik sang suami, baiklah rumahtangga, 

buruk sang suami, hancurlah rumahtangga.


Sumber: hisham79.blogspot.com