Waktu yang paling sesuai ping blog |
Sebelum itu diingatkan, perkongsian ini dibuat mengikut pandangan dan pengalaman peribadi. Pendapat blogger lain mungkin berbeza-beza namun saya tetap juga kongsikan kepada semua apa yang saya tahu dan faham mengenai ping blog.
Baiklah, di bawah ini gambaran statistik nuffnang blog ini yang saya ambil pada pukul 11.41 malam semalam mengikut jam:
Bahagian yang berada dalam kotak merah itu merupakan waktu kemuncak. |
1.00am - 8.00am (sangat tak sesuai)
Waktu ini memang tak sesuai untuk post entri kerana traffik pada waktu ini bergerak sangat-sangat perlahan. kebanyakan pengguna alam maya pada waktu ini sedang lena dibuai mimpi indah di atas katil yang empuk. Apabila matahari menunjukkan sinar dalam pukul 7.00 mereka akan breakfast, hantar anak sekolah, pergi ke tempat-tempat kerja atau pun ke kuliah. So, cuba elakkan untuk update entri pada waktu ini.
10.00am-3.00pm (sangat sesuai)
Waktu yang saya istilahkan sebagai waktu emas. Waktu kemuncak dimana menerusi pengamatan saya, waktu ini memang ramai pengguna internet yang sedang online. Bagi yang dekat office, sambil-sambil buat kerja, sambil buka blog cari maklumat-maklumat berkaitan. Oleh itu, gunakan peluang pada waktu emas ini untuk melonjakkan jumlah traffik pada masa ini. Rajin-rajinkanlah diri untuk ping entry di laman sosial seperti facebook dan tempat-tempat ping yang lain.
4.00pm - 8.00pm (tak sesuai)
Waktu petang memasuki malam ini merupakan waktu yang sangat tak sesuai. Pada waktu inilah ramai yang pergi mandi, ada yang pergi surau dan waktu ini jugalah ada yang keluar makan. So, elakkan update pada waktu ini bagi mengelakkan entri anda orang tak perasan.
9.00pm -12.00am (Sangat sesuai)
Waktu yang sesuai bagi pengguna laman sosial. Pada masa inilah pengguna-pengguna internet akan meluangkan masa dihadapan laptop masing-masing. Oleh itu, pilihlah waktu-waktu yang sesuai untuk mengetengahkan hasil tulisan-tulisan anda.
sumber : aniqbukhary