terlalu banyak bercakap
biasanya akan mengundang kelalaian dan dosa - leka hingga tidak sedar
bahawa diri sudah masuk ke dalam perangkap ghibah(umpatan) dan
namimah(adu domba). Dahsyat bukan hasutan syaitan dan desakan hawa
nafsu? Separa sedar kita dibuatnya akibat terlalu asyik bercakap.
Firman ALLAH SWT dalam Surah al-Nisa', ayat 114:
Sabda Rasulullah SAW:
"Siapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, hendaklah hanya bercakap tentang kebaikan atau pun lebih baik diam."
Entri ini bukan melarang/menghalang sesiapa sahaja daripada bercakap/berkata-kata. Fahami betul-betul agar tidak disalah fahamkan. Bercakaplah...bergaullah...selagi ia memberi faedah/kebaikan serta tidak memudaratkan diri mahupun orang lain.
Maaf seandainya terdapat kesilapan mahupun kekasaran.
Moga kita sama-sama beroleh manfaat. Amiin.
Wallahu 'alam...
Percakapan..., apabila ia melibatkan perkara yang tidak berfaedah
ataupun sekadar basa-basi/omongan kosong adalah suatu pembaziran dalam
berkata-kata. Ini kerana setiap butir bicara kita itu adalah nikmat
ALLAH SWT. Jika satu perkataan sahaja digunakan untuk mengungkapkan
sesuatu yang tidak bermanfaat apatah lagi menjerumus kepada dosa, maka
kita sudah dikira membazir dalam berkata-kata. Jadi, berhati-hatilah
apabila bercakap. Berkatalah yang baik-baik atau sekadar perlu sahaja
supaya kita akan menuai ganjaran pahala dalam Madrasah Ramadhan yang
mulia ini.
Bulan mulia.. buatlah yang mulia-mulia.
Firman ALLAH SWT dalam Surah al-Nisa', ayat 114:
"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan(percakapan yang tidak memberi faedah) mereka, kecuali(bisikan-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia."
Sabda Rasulullah SAW:
"Siapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, hendaklah hanya bercakap tentang kebaikan atau pun lebih baik diam."
Entri ini bukan melarang/menghalang sesiapa sahaja daripada bercakap/berkata-kata. Fahami betul-betul agar tidak disalah fahamkan. Bercakaplah...bergaullah...selagi ia memberi faedah/kebaikan serta tidak memudaratkan diri mahupun orang lain.
Maaf seandainya terdapat kesilapan mahupun kekasaran.
Moga kita sama-sama beroleh manfaat. Amiin.
Wallahu 'alam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan