Selain daripada
Hitler dan orang-orang kanannya yang kejam, wanita Nazi turut tidak
ketinggalan menyumbangkan keganasan dan melahirkan rasa takut di
kalangan para tahanan di kem-kem maut.
Kebanyakan
pekerja kem-kem Nazi telah ditangkap dan didakwa atas membunuh dan
menyeksa secara kejam para tahanan mereka selepas Perang Dunia Ke-2.
Seramai 3600 orang wanita berkerja di kem-kem tahanan dan lebih kurang
60 orang dibicarakan di Tribunal Jenayah Perang di antara 1945 dan 1949.
Daripada jumlah itu, 21 orang dihukum mati. Secara keseluruhan 5025
lelaki dan wanita didapati bersalah melakukan jenayah perang di zon-zon
Amerika Syarikat, Britain dan Perancis dan lebih 500 orang dijatuhkan
hukuman mati.
Wanita Nazi secara
amnya merupakan golongan berpendapatan rendah dan dari kelas
pertengahan, dan tiada pengalaman bekerja. Ada juga sukarelawan
diperolehi dengan meletakkan iklan di akhbar-akhbar Jerman, yang meminta
para wanita mereka menunjukkan taat setia dan cinta kepada Reich dan
menyertai SS-Gefolge.
Wanita-wanita ini
dikatakan memegang jawatan yang sama rata dengan pegawai lelaki SS.
Tugasan mereka adalah spesifik seperti yang diarahkan oleh Hitler. Ada
juga wanita yang menyokong polisi anti Yahudi suami mereka, yang
merupakan komander-komander dan menteri-menteri kabinet. Berikut adalah
senarai wanita Tentera Nazi paling kejam dalam sejarah.
10. Maria Mandel
Maria Mandel adalah
merupakan seorang pegawai Nazi yang bekerja di Kem Maut (extermination
camp) Auschwitz-Birkenau dan kem tahanan (concentration camp) Dachau.
Dia dikatakan satu-satunya wanita yang memegang jawatan paling tinggi di
dalam kem tersebut. Mandel hanya menerima arahan dari komandan dan
tugasnya adalah mengawasi semua tahanan dan pembantu wanita.
Dia secara tidak
langsung bertanggungjawab atas kematian 500 ribu orang wanita. Ramai
saksi mengatakan Maria akan berdiri di hadapan pintu gerbang
Aushwitz-Birkenau hanya semata-mata untuk menunggu mana-mana tahanan
yang akan memandang ke arahnya. Dia akan memilih sesiapa yang melihatnya
untuk dihukum mati dengan serta merta.
Pada May 1945.
Maria melarikan diri ke kawasan pergunungan di selatan Bavaria.Sebaik
saja tiba di tempat kelahirannya Munzkhirchen, Austria, dia ditangkap
dan disiasat oleh pegawai tentera Amerika Syarikat pada 10 Ogos
1945.Kemudian Maria diserahkan ke Poland pada November 1946.
Pada bulan yang sama, dia dibicarakan di mahkamah Krakow dan dijatuhkan hukuman mati. Dia digantung pada 24 Januari 1948.
9. Herta Oberhauser
Wanita ini
dikatakan seorang doktor di kem tahanan Ravensbrück. Tapi seperti pakar
perubatan yang lain di dalam kem Nazi, dia juga seorang yang ‘gila’.
Oberheuser menyuntik kanak-kanak yang sihat dengan minyak dan
menyaksikan mereka mati secara perlahan dan penuh terseksa. Kemudian,
selepas mereka mati dia memotong anggota badan dan mengeluarkan
organ-organ dalaman. Tujuh puluh empat orang mangsanya adalah tahanan
politik Poland dan 86 orang lagi adalah wanita. Oberheuser juga
cenderung menggosokkan objek-objek asing terhadap luka-luka para
tahanan.
Namun anehnya, dia
cuba meneruskan karier perubatannya selepas dibebaskan dari penjara pada
1951. Walau bagaimanapun Oberheuser tidak berjaya kerana lesen
perubatannya telah ditarik dan dibatalkan.
8. Irma Grese
Irma Grese adalah
salah seorang penjenayah perang wanita Nazi paling terkenal, dan
sebahagian kecil wanita yang pernah bertugas di kem tahanan, yang
dihukum gantung oleh tentera Pihak Berikat. Dia menjadi wanita paling
muda dihukum di bawah perundangan Britain dalam abad ke-20, dan juga
pengawal kem termuda dihukum gantung. ‘The Bitch of Belsen’ nama
panggilannya, telah ditugaskan di Ravensbrück dan Auschwitz dan adalah
warden untuk seksyen wanita di kem tahanan Bergen-Belsen .
Irma memukul
mangsa-mangsanya dengan cemeti sebelum menembak mereka. Tambahan lagi,
dia melepaskan anjing-anjingnya yang kelaparan ke arah para tahanan di
Bergen Belsen.Menurut saksi, Irma seorang yang sadis dan mendapat
kepuasan dengan membunuh orang secara kejam. Bersama penjenayah perang
wanita lain, dia akhirnya digantung sampai mati pada 13 Disember 1945.
Irma tidak pernah mengungkap penyesalan ke atas perbuatan kejinya itu
sehingga ke nafas yang terakhir
7. Ilse Koch
Ilse Koch dikenali
sebagai 'Bitch of Buchenwald’. Memandangkan suaminya juga seorang
pegawai SS di kem tersebut, dia gemar membawa anjing-anjingnya ke situ
dan membiarkan ia menyerang tahanan wanita. Dia dikatakan juga akan
menunggang kuda dan memilih tahanan untuk dibunuh dengan racun gas,
terutamanya mereka yangmempunyai tatu yang menarik hatinya.
Selepas tahanan
dibunuh, Koch akan melapah kulit mereka untuk dikeringkan dan diawet.
Dia mengumpul kulit manusia untuk diubah menjadi sarung tangan, lamp
shade, kulit buku, perabut di rumahnya dan perkakas serta item pakaian.
Dia pernah
didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada 1947, namun
hukuman itu telah diringankan, membolehkan Koch dibebaskan. Walau
bagaimanapun, dia ditangkap semula pada 1949 dan sekali lagi dihukum
penjara seumur hidup pada 1951. Akhirnya, Koch membunuh diri pada tahun
1967.
6. Juanna Bormann
Juana Bormann,
pegawai wanita SS yang gemar membunuh, bertugas di kem maut Auschwitz
dan Bergen-Belsen. Dia juga terkenal dengan panggilan ‘The Woman with
the Dogs’, mendapat kepuasan sadis dengan melepaskan anjing-anjing
serigalanya mengoyak dan mencerai-ceraikan tubuh badan para tahanan.
Juana menyertai SS sebagai pekerja awam pada 1 Mac 1938 ,
Pada 13 Disember 1945, dia digantung sampai mati, bersama-sama rakan seperjuangannya Irma Grese.
5. Ruth Closius-Neudeck
Neudeck adalah
seorang Blockführerin (pengawas berek) dan dikenali dengan keganasannya
yang melampau ke atas para tahanan wanita. Pada Disember 1944, dia
dipindahkan ke kem maut Uckermark berhampiran dengan Ravensbrück, di
mana dia secara langsung bertanggungjawab dengan pemilihan dan
pembunuhan lebih kurang 5000 orang wanita dan kanak-kanak. Pada Mac
1945, Neudeck diangkat sebagai ketua subcamp di Barth.
Pada lewat April
1945, dia melarikan diri tetapi kemudiannya ditangkap dan dipenjarakan
sementara British Army menyiasat jenayah yang pernah dilakukannya. Pada
April 1948, dia dihadapkan ke perbicaraan Ravensbrück Trial yang ketiga,
bersama beberapa wanita SS yang lain. Bekas penyelia SS yang berumur 28
tahun ketika itu, mengaku salah atas semua tuduhan membunuh dan
penyeksaan yang berlaku di bawah arahannya.
Mahkamah Britain mendapatinya bersalah atas jenayah perang dan Neudeck dihukum gantung pada 29 Julai 1948.
4. Magda Goebbels
Magda adalah isteri
kepada Menteri Propaganda, Joseph Goebbels.Tugas rasminya adalah
menjadi hos majlis kepada isteri-isteri menteri dan pegawai tertinggi
dari luar negeri.
Walaupun dia tidak
berkaitan secara langsung dalam proses pembunuhan tahanan, Magda seorang
yang sangat berpengaruh. Dia amat menggalakkan suaminya menyebarkan
propaganda anti-yahudi. Namun begitu, walaupun mempunyai kuasa dia hanya
berdiam diri ketika bapa tirinya seorang Yahudi menderita di kem maut
Buchenwald.
Akhirnya, demi
mengelak daripada ditangkap dan dihukum oleh pihak Berikat, Magda
meracun kesemua enam orang anaknya, kemudian membunuh diri bersama
suaminya.
3. Elizabeth Marschall
Elizabeth adalah
ketua jururawat di kem tahanan Ravensbrück. Seperti majoriti pekerja
perubatan wanita Nazi yang lain, jawatan ‘jururawat’ hanya pada nama
sahaja. Dia dikatakan membuat pemerhatian ke atas eksperimentasi
perubatan para tahanan di Ravensbrück.
Kebanyakan
eksperimen dilakukan terhadap bayi-bayi yang baru lahir dan yang
mempunyai jangka hayat tidak melebihi 4 minggu. Elizabeth juga memainkan
peranan penting dalam proses pemilihan ke kamar gas, iaitu secara
peribadi memilih lebih daripada 800 orang wanita untuk dihantar ke
Auschwitz dan seterusnya menghadapi kematian mereka di sana.
Dia digantung sampai mati pada 26 Jun 1947 di atas jenayahnya itu.
2. Vera Salvequart
Vera Salvequart,
seorang jururawat di kem tahanan Ravensbrück, juga individu yang
bertanggungjawab ke atas proses hukuman mati para tahanan.
Dia terus meracun
tahanan yang sakit daripada mengganggu proses pemindahan ke kamar gas.
Vera juga menyelia hukuman gas beracun terhadap lebih kurang 1000 orang
wanita di kem tersebut. Kemudian, dia mengisi sijil kematian mereka
sambil memeriksa mulut mayat untuk mendapatkan gigi-gigi emas, yang akan
dikumpul dan dihantar ke ibu pejabat.
Pada Jun 1947 dia juga dihukum gantung sampai mati.
1. Jenny Wanda Barkmann
Wanita keji Nazi
ini merupakan pengawal kem tahanan pada Perang Dunia ke-2. Dia menyeksa
para tahanan dan secara langsung berkaitan proses pemilihan wanita dan
kanak-kanak untuk dihantar ke kamar gas beracun. Dikenali sebagai ‘the
Beautiful Spectre’ Jenny cuba mempergunakan kecantikannya untuk menggoda
warden-warden penjara British. Namun percubaannya gagal dan dia dihukum
gantung juga kerana penglibatannya dalam jenayah kejam.
Sumber: siakapkeli.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan